Memaparkan catatan dengan label dukun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dukun. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 20, 2011

HEMBUSAN ASAP ILMU PENGASIH SI KUDUNG

Ilmu pengasih asap rokok

imageGH

JOHOR BAHRU 20 Okt 2011: “Din mengamalkan ilmu pengasih menggunakan asap rokok dan bagi menjadikannya lebih mujarab, ia perlu dihembus kepada mangsa di hentian bas,” kata seorang guru sebuah sekolah di bandar raya ini yang mendakwa menjadi mangsa kasanova berjari 17 dikenali sebagai ‘Din Kudung’, semalam.

Ahad, September 18, 2011

BILA ILMU HITAM “ORANG MINYAKNYA” TIDAK MENJADI ….

Lelaki bertelanjang ditangkap

Penduduk mengawasi lelaki disyaki pengamal ilmu hitam yang ditahan di flat Pinggiran Batu Caves, Selayang, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR 18 September 2011 - Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.

Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.

Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya.

Khamis, Disember 17, 2009

“SAYA TIDAK FIKIR ADA ORANG MEMBANTAH WUJUDNYA ENAKMEN INI MELAINKAN AHLI SIHIR”

"Selepas perbincangan di peringkat muzakarah fatwa kebangsaan, cadangan itu akan dibawa dalam Majlis Raja-Raja dan sekiranya dipersetujui akan dibawa balik ke peringkat negeri untuk diwartakan sebagai enakmen sebelum dikuatkuasakan.

"Ilmu sihir ini bercanggah dengan kehendak syarak. Masalahnya adalah untuk mendapatkan bukti bagi tujuan perundangan memandangkan ilmu sihir tidak dapat dilihat oleh pancaindera kerana ia adalah abstrak.

"Maka, kita harapkan cadangan yang dibincangkan di peringkat pakar hari ini membolehkan pembuktian dapat dilakukan bagi melaksanakan apa-apa hukuman,"

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid

---

"Tidak ada dalam mana-mana agama membenarkan amalan sihir ini dilakukan, memang benda jahat seperti ini dilarang baik dalam agama Kristian, Yahudi mahupun Buddha manakala dalam Islam ia diharamkan.

"Jadi, bila semua agama melarang, asasnya cukup kuat bagi menjadikan larangan itu sebagai undang-undang umum. Saya tidak fikir ada orang membantah wujudnya enakmen ini melainkan ahli sihir,"

Datuk Dr. Haron Din

Isnin, November 23, 2009

BOMOH MISTERI RAWAT PEMAIN EPL DICARI

BELGRADE 23 Nov. – Pihak berkuasa kesihatan Serbia sedang mencari bomoh misteri yang baru-baru ini menyembuhkan beberapa pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang cedera melalui rawatan termasuk urutan dengan uri kuda.

Marijana Kovacevic telah menghilangkan diri selepas pegawai kesihatan bersama anggota polis ingin mengunjungi klinik persendiriannya di Belgrade minggu lalu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, Kovacevic yang merupakan doktor farmakologi tidak mempunyai lesen untuk mengamalkan rawatan fisioterapi.

Reputasinya sebagai bomoh ajaib untuk merawat kecederaan akibat bersukan tersebar meluas di EPL dengan pemain Arsenal, Robin van Persie dan pemain Liverpool, Yossi Banayoun, Albert Riera dan Glen Johnson dilaporkan mengunjungi Belgrade awal bulan ini. – AP

Rabu, Julai 15, 2009

SANTAU ADALAH SEJENIS ILMU HITAM ORANG-ORANG MELAYU YANG DIGUNAKAN UNTUK MERACUN ATAU MENYAKITI PIHAK MUSUH

Syarat-syarat santau

Oleh Zaidel B or Sinatra_Z

image Santau adalah sejenis ilmu hitam orang-orang Melayu yang digunakan untuk meracun atau menyakiti pihak musuh. Biasa kita dengar bahawa santau ini digunakan oleh orang tertentu yang dengki dengan kejayaan seseorang itu terutama dalam bidang perniagaan runcit dan industry kedai makan. Banyak cerita-cerita mengenai bagaimana sesebuah restoran yang sedang maju telah berjaya disantau kerana hasat dengki pesaing; pelanggan yang makan di restoran berkenaan akan mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Akan tetapi samaada ianya keracunan makanan, taun atau santau kesahihan biasanya tidak dapat dipastikan.

image Santau banyak dibincangkan dan diperdebatkan dengan meluas di kedai-kedai kopi dan juga media akademik alternatif seperti Mastika, Mingguan Misteri, Pesona dan sebagainya. Sebagai contoh baru-baru ini penulis sempat berborak dengan seorang pensyarah dari Grik yang datang melawat ke syarikat kami bersama dengan pelajar-pelajarnya. Pensyarah itu dengan arif menceritakan terdapat pelbagai jenis santau seperti santau angin, santau bersalam, santau lalu, santau ujian dan macam-macamlah.

baca seterusnya

Ahad, Julai 05, 2009

SUSILO DAKWA LAWANNYA AMAL ILMU HITAM

image"Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya.

image "Ia luarbiasa. Banyak kaedah (ilmu hitam) digunakan,"

image "Saya membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam. Misalnya, malam Jumaat lepas, saya sentiasa membaca ayat suci al Quran sepanjang jalan ke venue debat (pusingan ketiga dan akhir debat presiden), bersama-sama isteri saya, pembantu dan pemandu,"

image"Saya juga meminta anda semua berdoa supaya kempen pilihan raya ini bebas daripada fitnah dan ilmu hitam, keganasan dan apa juga taktik kotor,"

image"Demokrasi ialah mengenai menang atau kalah. Adalah amat indah jika pemenang dapat menjalankan tugasnya dengan baik manakala yang kalah menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan tidak mencari kambing hitam,"

Penyandang presiden dan calon presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono

Khamis, Jun 25, 2009

POLITIK ORANG MELAYU SUDAH BERADA DALAM KEADAAN NAZAK ?

"Apa relevan dan kena-mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang? Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahupun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik," satu artikelnya 'Siapa Puaka Sebenar' dipetik.

"Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang Melayu sudah berada dalam keadaan nazak.

"Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah.

malaysiakini.com, Isuhot Dot Com, Malaysia Instinct

Jumaat, Jun 19, 2009

PENYAKIT MENTAL DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Penyakit mental di negara ini mencatatkan peningkatan, dengan lebih banyak individu mendapatkan rawatan bagi masalah itu yang meliputi gangguan mental ringan kepada skizofrenia teruk.

image Menurut statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 379,010 individu mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital-hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007.

image Jumlah pesakit psikiatri yang dirawat di hospital pada tahun lepas ialah sebanyak 21,852 kes berbanding 21,217 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Pembangunan Perubatan kementerian itu, Datuk Dr Azmi Shapie.

image Beliau berkata Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 pada 2006, menunjukkan semakin ramai remaja yang menderita masalah kesihatan mental.

Kaji selidik itu menunjukkan 19.5 peratus kumpulan umur lebih tua (70 hingga 74 tahun) dan 14.4 peratus golongan termuda (antara 16 dan 19 tahun) juga lebih berisiko menghidap masalah kesihatan mental, daripada kumpulan umur lainnya," katanya pada Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia ke-14 di sini Jumaat.

Dr Azmi membacakan teks ucapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya penyakit mental juga lebih banyak berlaku di kalangan wanita pada kadar 12.1 peratus berbanding lelaki (10.4 peratus).

Beliau berkata penyakit mental juga menjadi punca kepada perbuatan bunuh diri, yang jumlahnya juga semakin meningkat, di mana kadar mortaliti ialah 16 bagi setiap 100,000 atau satu kematian dalam setiap 40 saat.

image "Di Malaysia, kadar bunuh diri telah meningkat kepada antara sembilan dan 12 orang bagi setiap 100,000 populasi, berbanding lapan orang pada 1980-an.

"Kadar itu didapati adalah yang tertinggi di kalangan kaum India," kata Dr Azmi.

Sementara itu, Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) berkata diskriminasi dan penafian di kalangan orang ramai terhadap penyakit mental merupakan satu daripada halangan utama kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan penyembuhan.

"Orang ramai tidak melihat masalah kesihatan mental sebagai sesuatu yang serius sepertimana apabila mereka bercakap mengenai penyakit lain...oleh yang demikian, mereka tidak mendapatkan rawatan lebih awal.

image "Malahan apabila sesetengahnya berbuat demikian (mendapatkan rawatan lebih awal), mereka memilih mendapatkan rawatan tradisional atau mendapatkan bantuan daripada bomoh, daripada mendapatkan bantuan profesional," kata Naib Presidennya Dr Abdul Kadir Abu Bakar kepada pemberita.

Beliau menegaskan sokongan dan penerimaan keluarga dan masyarakat amat penting dalam membantu pesakit untuk sembuh.

Pada majlis itu, Garis Panduan Klinikal (CPG) bagi pengurusan skizofrenia di kalangan orang dewasa turut dilancarkan.

Garis panduan itu berobjektif membantu profesional kesihatan, pesakit dan keluarga mereka dalam membuat keputusan mengenai penjagaan kesihatan yang sesuai bagi keadaan spesifik, berkaitan penyakit itu.

Khamis, Jun 04, 2009

E-MEL MERAH PUKAU GADIS

image KUALA LUMPUR, Khamis, 04 Jun 2009: Keghairahan seorang remaja perempuan melayari laman sembang bertukar tragedi apabila dia dilarikan seorang lelaki warga asing selepas terbaca kiriman e-mel misteri yang diterimanya.

image Difahamkan, kandungan emel itu hanya tertera perkataan ‘cinta berahi’ dengan tulisan merah, namun tulisan berkenaan dikatakan mempunyai kuasa luar biasa kerana mampu memukau sesiapa saja yang membacanya.

image Selepas terpukau, mangsa akan patuh arahan yang diberikan lelaki terbabit sebelum mengatur pertemuan dengan pengirim e-mel berkenaan.

Sebaik bertemu, mangsa sekali lagi dipukau sebelum dilarikan dan disembunyikan di lokasi tertentu.

Dalam kes terbaru, seorang remaja yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjadi mangsa ‘ahli sihir moden’ itu.

Mangsa, Nur Fawa Adilla Badrul Hisham, 15, melarikan diri dari rumahnya di Bandar Baru Sentul pada 20 Mei lalu, dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri dipercayai selepas dipukau lelaki terbabit.

image Bagaimanapun, mangsa ditemui semula di kawasan perumahan di Kampung Tasik Permai, Ampang di sini oleh bapanya Badrul Hisham Zainal Abidin, 42, kira-kira jam 4 petang, kelmarin dalam keadaan separuh sedar hasil maklumat orang awam.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian seorang gadis yang mula intim dengan kekasih sibernya nekad melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikut lelaki terbabit sejak 20 Mei lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa keluar dari rumahnya di Bandar Baru Sentul dengan alasan untuk ke sekolah berhampiran rumahnya bagi mengikuti kelas tambahan sebelum menghilangkan diri.

Menurut Adilla, selama 13 hari menjadi ‘tahanan’ kepada lelaki terbabit, dia tidak menyedari kejadian itu sebaliknya tersedar apabila menemui bapanya yang mencarinya di kawasan berkenaan.

image “Apa yang saya ingat adalah saya tinggal bersama dua lelaki warga asing berusia 30-an dan seorang daripadanya individu yang melarikan saya.

“Sebelum kejadian, saya terbaca satu e-mel sebelum hilang ingatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek melarikan diri dan usaha memburunya dilakukan pihak berkuasa.

Sementara itu, pendakwah, Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz ketika dihubungi, berkata perbuatan pukau melalui peralatan moden boleh berlaku.

image “Golongan yang menggunakan kaedah ini adalah pengamal ilmu sihir dan mereka bersaudara dengan jin serta syaitan.

“Dengan bantuan makhluk durjana ini, mereka mampu melakukan perkara luar batasan termasuk memukau sesiapa saja yang dikehendaki menerusi kiriman emel mahupun panggilan telefon,” katanya.

Sabtu, Mac 28, 2009

TIDAK LUT WALAUPUN DITETAK PARANG TAJAM

12275

Jelas pengacara berusia 32 tahun ini, beliau pada mulanya kurang yakin dengan jampi serapah yang dikaitkan dengan ilmu hitam kerana tiada bukti nyata yang boleh dipercayainya.

"Antaranya saya pernah melihat suatu kejadian seorang lelaki yang tidak lut walaupun ditetak menggunakan sebilah parang yang tajam. Memang sukar untuk mempercayainya.

Jimmy Smith, pengacara rancangan seni mempertahankan diri Fight Quest

Rabu, Februari 11, 2009

DUKUN MASUK HOSPITAL ?

 

dukun-jadi JAKARTA, 10 Feb (Bernama) -- Indonesia sekali lagi riuh dengan cerita keajaiban, kali ini mengenai seorang dukun kecil berusia sembilan tahun yang dikatakan mendapat sebuah batu ajaib ketika hampir disambar petir baru-baru ini dan tahu-tahu didakwa mampu mengubati segala penyakit.

Hari ini, polis menutup rumah Ponari atas alasan kanak-kanak itu kelihatan terlalu letih selepas setiap hari mengubati pesakitnya dari pukul 7 pagi hingga 4 petang sedangkan dia sendiri terpaksa dikejarkan ke hospital di Jombang petang semalam kerana keletihan.

____________________________________