Memaparkan catatan dengan label ufo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ufo. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 06, 2009

KECOH MONOLIT DI MARIKH

Monolith Discovers Secrets of Life on Mars?

PHOENIX - Penemuan sebuah monumen batu di Planet Marikh yang dirakamkan oleh sebuah kapal peninjau telah menarik perhatian peminat angkasa lepas di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

MarsMonumen batu berbentuk seperti sebuah tugu kuno atau monolit itu mencetuskan persoalan kemungkinan pernah terdapat kehidupan di Marikh.

Monolit itu mirip dalam sebuah filem sains fiksyen mengenai proses evolusi manusia arahan Stanley Kubrick pada 2001 yang berjudul A Space Odyssey.

"Adakah monolit itu memberi petunjuk bahawa satu tamadun kuno pernah menghuni Marikh?" kata seorang bekas pengacara radio dan peminat fenomena angkasa lepas, David Tyler.

Bagaimanapun, beberapa pakar di Universiti Arizona, Amerika Syarikat (AS) berpendapat monumen sepanjang lima meter itu sebenarnya sebuah bongkah batu yang terbentuk secara semula jadi.

Isnin, Julai 20, 2009

GAMBAR POCONG ?

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

image KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4.

"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya

tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan tele-fon bimbit,"

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut,"

Abdul Rahman Sabie, 25, seorang penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran yang dapat merakam gambar pocong guna telefon bimbit

Sabtu, April 11, 2009

DCA TELITI RAKAMAN OBJEK 'UFO' DI LARKIN

ufo larkin

image KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan meneliti rakaman video pergerakan beberapa objek bercahaya hijau dan putih di ruang udara Larkin, Johor Bahru, yang didakwa penduduk sebagai pesawat makhluk asing atau Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO).

Jurucakapnya berkata, DCA sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kesahihan dakwaan itu.

“Setakat ini, DCA tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai kewujudan UFO di ruang udara Larkin, Johor Bahru.

imageRadar yang ditempatkan di Johor dengan keupayaan mengesan objek dalam lingkungan 80 kilometer persegi juga tidak mengesan sebarang pesawat atau objek terbang melintasi ruang udara itu pada hari UFO berkenaan dilaporkan dilihat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

image Beliau juga menafikan kemungkinan objek itu adalah pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) negara jiran yang menceroboh ruang udara negara ini.

“Saya tidak fikir ia UAV kerana radar kita mampu mengesan objek di udara yang saiznya enam meter panjang atau lebar. Kita boleh tahu jika ada pesawat negara jiran yang menceroboh ruang udara kita,” katanya.

Kelmarin, seorang pengurus perhubungan awam sebuah institusi pengajian tinggi, Zaid Zain, 43, serta adiknya, Zamri, 30, mendakwa melihat beberapa objek bercahaya hijau dan putih itu berlegar-legar di ruang udara Larkin sejak dua bulan lalu hingga menggemparkan penduduk di situ.

Zaid berkata, pada awalnya objek itu disangka cahaya bintang, tetapi selang beberapa hari kemudian ia kembali dengan dua tompokan cahaya yang saling bergerak ke kanan dan ke kiri dalam keadaan mendatar.

image Sementara itu, Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Mustafa Din Subari, berkata pihaknya sedia meninjau lokasi objek bercahaya itu dilihat tetapi setakat ini tiada kajian khusus dibuat mengenai kewujudan UFO di negara ini.

“Kita juga tidak mempunyai unit khas untuk mengkajinya. Kita cuma membuat tinjauan apabila ada laporan diterima.

“Biasanya, jika objek berkenaan mendatang kesan negatif kepada penduduk seperti radiasi, kita akan turun padang untuk menemubual saksi dan mengkaji objek terbabit,” katanya.

Beliau berkata, laporan mengenai kewujudan UFO juga pernah dilaporkan di beberapa tempat di negara ini, tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana kekurangan bukti atau saksi.

image “UFO yang dilihat itu juga mungkin cahaya lampu limpah berkuasa tinggi yang dipancarkan ke langit dari kawasan hiburan atau tanglung yang dilepas ke udara,” katanya.