PERANG.... Rakyat 13 buah kampung memprotes penggalian parit ini yang seolah-olah mengisytiharkan Perang Khandak dengan mereka.
DALAM.....Parit ini cukup dalam sehingga lebih tinggi daripada Ketua Kampung Lok Buani, Roslan Abdul Hamid yang menjadi saksi perbicaraan kes rasuah Mantan Pesuruhjaya Polis Sabah yang juga Pengarah Kinsajaya Sdn.Bhd. KEJAM.... Perbuatan memutuskan jalan menuju ke sekolah Lok Buani adalah terlalu kejam kepada penduduk kampung yang tidak berdosa. Kenapa Felda masih menggunakan hukum rimba atau undang-undang penjajah?
BANJIR.... Parit ini menyumbang kepada banjir kilat kerana ekosistem terganggu dan membahayakan jika kanak-kanak terjatuh ke dalamnya. WILAYAH BARU.... Parit yang digali ini membentuk dua wilayah baru dalam satu negeri. SEMPADAN..... Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedang menerangkan kawasan Felda dan kawasan yang telah diceroboh Felda. PROJEK.... Papantanda projek bekalan air ini menimbulkan bantahan penduduk kampung kerana mendakwa sumber air mereka musnah.
TENGGELAM.... Sebahagian kebun yang musnah akibat takungan air secara haram untuk membina loji air yang menguntungkan Felda tetapi malapetaka kepada penduduk kampung.
Saya dan Datuk Seri Najib mungkin bimbang sekiranya 'dendam' ibubapa ini diterjemahkan dalam bentuk undi protes sebagaimana keputusan beberapa pilihanraya kecil lalu. Moga dijauhkan Malaikat 44.
Sehubungan itu, saya merayu Datuk Seri Najib agar 'memecat' dengan SERTA MERTA semua pegawai yang terlibat dalam 'Perang Khandak' atau semua Wakil Rakyat UMNO dan BN dipecat lebih 44,000 pemilih berdaftar pada pilihanraya akan datang.
Bagi saya, tidak ada gunanya menjadi Wakil Rakyat BN sekiranya aduan saya tidak didengar Felda dan rayuan saya tidak diendahkan pemimpin.
Saya agak geram dengan tindakan Felda membina Kolam Takungan Air di kawasan kebun penduduk kampung sehingga mereka kerugian dan kehilangan sumber pendapatan kerana kebun mereka ditenggelami air.
Semoga Felda pandai bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Sabah yang menderita di Semenanjung Dent yang kononnya membawa kemakmuran dan rahmat kepada sektor pembangunan di Sabah.
Salam Hormat,
YB TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI
Ahli Parlimen Malaysia
P 188 Silam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan