LAPAR.... Kanak-kanak ini kelaparan kerana belum bersarapan pagi walaupun sudah jam 1.15 petang kerana bapa mereka, Muhammal baru pulang daripada menjala ikan.
BISKUT.... Setelah 46 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang belum menjamah sarapan pada jam 3.30 petang ketika kebanyakan orang sudah asyik menikmati Hi-Tea di Hotel terkemuka.
BERASAP.... Dapur mereka hanya berasap jika Muhammal mempunyai hasil untuk membeli beras kerana kehidupan yang begitu melarat.
WAJAH.... Wajah kemiskinan yang merantai kehidupan Jalilah belum mampu dilukiskan di kanvas kehidupan.
BESAR... Keluarga besar Muhammal yang menjaring mimpi untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang merantai kehidupan mereka selama ini.
SENYUM.... Jalilah masih mampu tersenyum sekalipun disula kemiskinan tegar di gubuk buruk yang menjadi sangkar kehidupannya selama ini.
GABI.... Percayakah anda Jalilah dan keluarganya hanya mengalas perut mereka dengan air suam kosong sebagai hidangan makan malam kerana suaminya tidak memperoleh tangkapan ikan siang tadi.
TANGKAPAN.... Jika nelayan sungai Segama seperti rakan Muhammal ini mampu menangkap sepuluh ikan lampan jawa sebesar ini sehari, mereka mampu keluar daripada penjara kemiskinan.
SARAPAN.... Biskut ini adalah sarapan pagi mereka pada jam 3.30 petang kelmarin.
WARIS.... Sampai bila bapa mewariskan anaknya dengan kemiskinan sedangkan kerajaan mewar-warkan Miskin Tegar Sifar pada 2010 iaitu enam bulan dari sekarang?
TERPAL....Apakah layak saya menggelarkan diri saya Wakil Rakyat jika membiarkan Abdul Salleh sekeluarga hidup dalam kemiskinan sedangkan mereka turut menyumbangkan undi memenangkan saya pada pilihanraya umum lalu?
ZING.... Bantuan 50 keping zing ini hanya untuk meringankan beban mereka sementara menunggu pembinaan rumah PBR mereka yang memakan masa yang agak lama.
DAIF.... Kehidupan Wohraya begitu daif sehingga anaknya tidak dapat melanjutkan pelajaran menengah kerana dibelenggu kemiskinan.
USANG..... Rumah keluarga malang Wohraya ini sudah terlalu usang dan akan menyembah bumi pada bila-bila masa.
RUMAH.... Saya menunaikan Janji Datuk Nasrun yang disarkan di akhbar Cina ini untuk memberi sebuah rumah PPRT kepada Khairunnisa pada 2004 demi menjaga maruah UMNO.
MARUAH....Saya terpaksa menyelamatkan maruah Nasrun untuk membela nasib keluarga malang miskin tegar Cina ini yang terletak hanya 100 meter di belakang rumah Nasrun.
KANVAS.... Lukisan kemiskinan pada kanvas kehidupan bukanlah sesuatu yang indah untuk ditatap.
ASAS.... Masih ramai penduduk luar bandar bergantung kepada air hujan sedangkan kerajaan membenarkan konsesi bekalan air membuang berjuta liter air sehari ke longkang kerana bekalan melebihi permintaan!
TUMPAH.... Berapa baldi air mata yang harus ditumpahkan oleh rakyat miskin tegar untuk membasuh dosa pemimpin terdahulu yang hanya tahu berjanji namun gagal menunaikan janji?
BERAT.... Tugas membasmi kemiskinan tegar bukanlah mudah, namun walau seberat mana, saya terpaksa memikulnya.
UMNO.... Walau setia kepada UMNO namun permohonan rumah PPRT sejak 7 tahun lalu tidak pernah lulus.
MEDIA.... Kenapa hanya akhbar Cina yang berani menyiarkan realiti kemiskinan sedangkan akhbar arus perdana seolah-olah kehilangan sentuhan?
TURUN....Kerajinan Jabatan Kebajikan turun padang membantu saya mencegah kemiskinan tegar terus merantai kehidupan mereka.
RUMAH.... Saya hanya dapat meluluskan rumah baru kepada keluarga miskin tegar ini, namun bagaimana mereka mahu mengeluarkan diri mereka daripada kemiskinan sedangkan mereka tidak mempunyai pendapatan?
GEDUNG....Sungai adalah gedung harta bagi nelayan sungai, namun kerajaan gagal memastikan gedung harta ini daripada pencemaran.
TELAGA.... Inikah balasan atas undi mereka yang masih bergantung kepada air telaga untuk kegunaan seharian?
Sekian, Salam Hormat!
YB TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI
Ahli Parlimen Malaysia
P 188 Silam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan