Kisah Di Sebalik Batu Sumpah Peringatan Keningau
Oleh Emin Madi
KENINGAU, 29 Nov (Bernama) -- Kecuali ayat yang ditulis dalam Bahasa Melayu menggunakan ejaan lama, `batu sumpah peringatan' di hadapan Pejabat Daerah Keningau kelihatan seperti batu biasa yang lain.
Kebanyakan pelawat langsung tidak ambil peduli akan maksud perkataan yang tertera pada plak yang dipasang pada batu itu yang berbentuk tapak kaki besar.
Tetapi selepas sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan pada 16 Sept lepas di Sabah, batu bersejarah ini sedikit sebanyak menerima pengiktirafan.
KISAH DI SEBALIK BATU BERSEJARAH
Batu itu pada mulanya ditempatkan di dalam kawasan pejabat daerah lama Keningau, yang bersebelahan dengan hospital daerah, tetapi kemudian dipindahkan ke tapak sekarang.
Orang yang terlibat dengan batu sumpah peringatan ini ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Tan Sri Richard Lind.
Menurut Lind, idea mengadakan batu sumpah itu timbul semasa usaha mengatasi bantahan awal ketua-ketua kaum pribumi terhadap langkah Sabah menyertai Persekutuan Malaysia.
"Beberapa ketua masyarakat pribumi terkemuka (yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya) pada awalnya bimbang dengan idea Sabah menyertai Persekutuan, kerana khuatir yang mereka tidak faham dengan apa yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia," jelas Lind, yang pada masa itu merupakan Pegawai Daerah Keningau.
"Banyak rundingan dan perbincangan diadakan. Saya cuba sedaya yang boleh mengatasi rasa khuatir dan keraguan mereka," kata beliau kepada Bernama.
Selepas mengatasi keraguan mereka, muncul idea untuk mengadakan batu sumpah peringatan itu sebagai menunjukkan penerimaan mereka terhadap Gagasan Malaysia.
MENDAPATKAN BATU HIKMAH
Jadi usaha mencari batu yang sesuai untuk tujuan ini dimulakan.
"Sebagai pegawai daerah yang menguruskan tugas ini saya menyegerakan usaha supaya batu sumpah ini siap sebelum ulang tahun pertama kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia," kata Lind.
Selepas memulakan usaha mencari batu yang sesuai, beliau menemui sebuah batu di tengah-tengah Sungai Pegalan, dekat Kampung Senagang, sebuah perkampungan kecil yang terletak di tepi Jalan Keningau-Tenom.
"Batu ini mempunyai kesemua ciri untuk digunakan sebagai batu sumpah. Bagaimanapun, mengeluarkannya dari sungai itu bukan mudah kerana ia berada di tengah-tengah sungai yang agak deras airnya," kata beliau.
Bagaimanapun, dengan bantuan seorang kontraktor binaan tempatan, Nip Kui Chiang, batu itu berjaya dinaikkan dari sungai dan dipindahkan ke tapak yang dipersetujui oleh para pemimpin tempatan.
Lind berkata beliau kemudian menempah sebuah plak daripada Thornycraft Shipyard di Singapura untuk dipasang pada batu itu.

Para pemimpin tempatan mahu Ketua Menteri Persekutuan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merasmikan batu itu tetapi tugas itu diwakilkan kepada Menteri Buruh Persekutuan Tan Sri V. Manickavasagam ketika itu.
Pada 16 Sept 1964, bersempena ulang tahun pertama Hari Malaysia, ramai yang datang ke perkarangan Pejabat Daerah lama untuk menyaksikan majlis bersejarah merasmikan batu sumpah itu.
Antara yang hadir pada masa itu ialah Ketua Menteri Tun Fuad Stephens, presiden Pasok Momogun, parti pembangkang utama pada masa itu, Datuk G.S.Sundang, Setiausaha Persekutuan ketika itu Yeap Kee Aik, OKK Sedomon Gunsanad, OKK Angian Andulag, para pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan, ketua masyarakat pribumi, ketua kampung serta wakil dari pelbagai kumpulan etnik.
Batu sumpah peringatan ini yang kini berusia 47 tahun, dengan beratnya lebih dua tan, merupakan batu simbolik yang mempamerkan syarat-syarat yang dipersetujui penduduk pribumi untuk menerima gagasan Malaysia.
Syarat yang tertera pada plak itu (dalam bahasa Melayu) menyatakan tiga rukun -- Kebebasan beragama di Sabah; kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa berhubung hal ehwal tanah di negeri ini; dan budaya serta tradisi penduduk pribumi di negeri ini dilindungi dan dipulihara oleh kerajaan.
Di sebaliknya, penduduk di pedalaman menjanjikan kesetiaan mereka kepada kerajaan Malaysia.
UPACARA MONINGOLIG
Pada tahun-tahun awal, satu upacara korban yang dipanggil `moningolig' diadakan di situ bersempena sambutan Hari Malaysia, yang dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk ahli politik, petugas kerajaan, pelajar serta pemimpin masyarakat yang mewakili pelbagai kaum etnik.
Upacara ini juga merupakan penghargaan kepada para pemimpin zaman sebelum kemerdekaan untuk mengingatkan generasi muda akan peranan Sabah dalam mewujudkan Persekutuan Malaysia.
Menurut seorang warga tempatan, John Gitang, semasa acara korban julung kali apabila batu itu dirasmikan, satu perkara ganjil berlaku, seekor ayam jantan putih 'tidak mahu mati' walaupun selepas disembelih.
Gitang beranggapan bahawa ayam jantan itu telah mati dan membawanya pulang untuk dimakan tetapi semasa isterinya mahu membersihkannya, ayam itu tiba-tiba hidup semula.
Oleh kerana berasa khuatir yang keluarganya mungkin dirundung malang, keluarga ini tidak jadi memakannya dan ayam jantan itu bernasib baik terselamat.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup mencadangkan bahawa batu sumpah itu dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai memandangkan nilai sejarahnya.
Beliau berkata lokasi sekarang ini tidak lagi sesuai kerana tapak itu akan digunakan untuk memperbesar pejabat daerah.
KOTA KINABALU 28th November, 2010: Sejak awal Januari tahun ini sebarang permohonan tanah di bawah syarat Native Title (NT) bagi kelulusan 15 ekar ke bawah, bagi permohonan individu dan di bawah keluasan 50 ekar bagi permohonan berkumpulan untuk kegunaan selain daripada getah dan kelapa sawit, ulasan kesesuaian tanah daripada Jabatan Pertanian tidak diperlukan lagi.
Jelasnya, dengan tindakan-tindakan tersebut, Ibu Pejabat Jabatan Pertanian telah dapat memperoses pada kadar sebanyak 900 hingga 1,000 permohonan ulasan kesesuaian tanah setiap bulan.
“Sebenarnya, sejak Sungai Liwagu dibuka untuk orang ramai melakukan aktiviti rafting, Rugading’s Hot Spring menjadi sering kali menjadi tumpuan persinggahan pelancong memandangkan ia sebagai satu-satunya tempat yang terdapatnya mata air panas untuk mereka berendam sesudah puas bermain rafting. Sukan rafting di Sungai Liwagu ini merupakan yang ketiga dibuka di Sabah selepas Sungai Padas dan Sungai Kiulu” tambah Irin.
"Instead we will have operations to catch offenders anytime soon, since we do have our operations on and off all the time anyway," Mentek said, adding there are CCTVs in all the immigration counters at both terminals of the Kota Kinabalu International Airport.
PENAMPANG, 26 Nov (Bernama) -- Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor meminta Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjung Jimmy Wong supaya menerima dengan hati terbuka keputusan sebuah lembaga khas bahawa beliau tidak layak memiliki Sijil Anak Negeri.
Semalam, Hajiji, ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, berkata lembaga khas itu yang dipengerusikan oleh setiausaha tetap kementerian berkenaan, ditubuhkan untuk meneliti ketulenan Sijil Anak Negeri wakil rakyat daripada DAP itu selepas isu berhubung dokumen itu dibangkitkan berulang kali oleh Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya dalam beberapa persidangan dewan sebelum ini.
November 23, 2010 THE Public Works Department (PWD) was chided over the loss of a RM1.5 million allocation from the Education Ministry due to "inefficiency" in submitting a report on three primary schools in Sebatik to the Tawau district education office.
Sabah is one of the only two states that received a rating of “good” for financial management from
KOTA KINABALU 21st November, 2010: Polis mengeluarkan amaran kepada awam terutama sekali warga asing di negeri ini supaya tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan mereka sendiri.
Kota Kinabalu November 16, 2010: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the State Government is confident of achieving not less than 85 per cent of the overall
According to State Development Office (SDO) Officer, Matusin Sunsang, most of the delayed projects were schools, health facilities and infrastructure, among others.






"We believe they are using children in order to avoid detection. They (the trio) were paid RM15 per boat," he added.

Kota Kinabalu, November 02, 2010: A Kudat-born surgical oncologist who has a private practice in Portland, Oregon (Northwestern United States), said he would love to help the Malaysian health authorities set up the Sabah Cancer Hospital.
Kota Kinabalu, November 02, 2010: About 60 per cent of convicts serving sentences at the Central Prison in Kepayan here are foreigners.
Pelajar 

