Semua pihak perlu terbuka terima teguran - Lajim
KOTA KINABALU 7 Sept. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu terbuka menerima teguran kerana ia tidak berniat buruk tetapi sebaliknya mampu memantapkan lagi semangat setiakawan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, adalah lebih baik mereka sesama sendiri yang bersuara berbanding parti pembangkang yang sudah semestinya berniat jahat dan ingin menghancurkan BN.
Beliau berkata, setiap teguran perlu diperbaiki termasuk duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan penyokong masing-masing dan rakyat keseluruhan.
''Bagi saya keterbukaan itu perlu diperluaskan, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri boleh menerima teguran. Rakyat tegur, malah MT juga tegur dan beliau amat terbuka.
"Sejarah telah membuktikan apa yang berlaku dalam USNO dan Berjaya sebelum ini di Sabah yang pemimpinnya hanya mengiakan sahaja semua perkara, akhirnya apa jadi kepada kedua-dua parti itu," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di sini malam tadi.
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort diminta mengulas mengenai tindakan parti yang sebelum ini secara terbuka menegur kepimpinan BN Sabah terutama UMNO.
Keadaan semakin panas apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said membuat kenyataan mempersoalkan kenapa pemimpin kanan Parti Liberal Demokratik (LDP) tidak menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Kabinet negeri di sini kelmarin.
Jelas Lajim, isu itu hanya perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan, sebaliknya semua pihak mesti menumpukan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Jika ada pihak yang tidak hadir rumah terbuka, saya harap janganlah kecil hati, pasti ada sebabnya. Najib tidak hadir rumah terbuka saya, adakah bermakna beliau tidak suka saya?.
"Jangan kita bezakan mana-mana parti walaupun ia kecil yang semestinya tetap mempunyai penyokong. Apa akan jadi jika BN berada pada saat genting 50-50 untuk membentuk kerajaan, mereka inilah yang akan membantu BN," katanya.
Setuju bahawa setiap pihak perlu pandai menerima teguran ataupun kritikan supaya boleh memperbaiki kelemahan diri.
BalasPadamSemua masalah mempunyai jalan penyelesaian. Dan setiap penyelesaian yang terbaik adalah melalui perbincangan.
BalasPadamSetiap teguran kita ambil sebagai iktibar untuk terus memperbaiki kelemahan untuk lebih cemerlang lagi dimasa hadapan.
BalasPadamSelamat maju jaya kepada pemimpin2 kita.
BalasPadamya..setuju... persefahaman itu penting... jika ada maslah boleh di bawa berbincang... jadi tak ada lah pergaduhan antara satu sma lain..
BalasPadamYang penting semua kena bekerjasama dan saling membantu. Rakyat diutamakan.
BalasPadamSeseorang akan lebih matang jika menerima teguran dengan positif & professional.
BalasPadamtidak menghadiri rumah terbuka bukan isu dan hanya perkara kecil..tidak perlulah diperbesarkan kerana tidak mendatangkan faedah..
BalasPadamapa jua teguran, harus diambil secara positif..tidak perlu menjadikan teguran itu sesuatu yang peribadi..untuk maju dan mantap, teguran itu adalah perlu...
BalasPadamdiharap mana2 pemimpin dalam BN sabah tidak akan memperbesarkan perkara kecil semata-mata untuk kepentingan diri...yang penting adalah tanggungjawab kepada rakyat seperti yang ditekankan oleh KM sabah...
BalasPadamkalau nak menegur, biar ikut saluran yg betul...jgn la terlalu guna media sebagai medium untuk berkomunikasi atau berdebat...kerana media malaysia ni terkenal dgn "spin"nya...
BalasPadamapa yang dikatakan oleh Lajim adalah bernas dan benar...semangat setiakawan dalam BN sabah harus dikekalkan dan bukannya dicemari dengan perkara2 kecil yang diperbesarkan sehingga mewujudkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak..
BalasPadamsemua harus meningkatkan kerjasama dan berusaha untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.
BalasPadamteguran perlu dibuat dengan cara yang matang dan yang penting usaha untuk memenuhi tanggungjawab kepada rakyat perlulah menjadi keutamaan.
BalasPadambetul, bersikap professional dan bukan kebudak-budakan
BalasPadamsetuju, semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu terbuka menerima teguran secara positive kerana ia tidak berniat buruk tetapi sebaliknya mampu memantapkan lagi semangat setiakawan.
BalasPadamsememangnya isu tidak hadir rumah terbuka itu hanya perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan, sebaliknya semua pihak mesti menumpukan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
BalasPadamKM sendiri pun relaks ja tidak komen apa2 pun
BalasPadamelakkan pergaduhan, harus ada persefahaman dan kerjasama dalam parti komponen
BalasPadampemimpin yang baik harus boleh menerima teguran, teguran adalah cerminan kepada diri dan melalui teguran kita dpt memperbaiki kelemahan yang ada.
BalasPadamMemang benar apa yang dikatakan oleh Lajim. semua pihak perlu terbuka menerima teguran. jika asyik memandang teguran sebagai sesuatu yang negatif, maka pihak yang mempunyai kekurangan dan kelemahan tidak dapat memperbaiki diri.
BalasPadambagi ahli2 BN yang mempunyai masalah sesama mereka sepatutnya ia diselesaikan di kalangan parti tersebut saja. bukan menghebohkannya di media sehingga pihak pembangkang pun tahu dan mungkin mereka akan mengambil kesempatan dalam masalah tersebut. sepatutnya selesaikanlah dengan lebih profesional.
BalasPadamyup.. bersikap terbuka dalam menerima teguran dan juga bersikap terbuka dalam mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan sebarang konflik yang berlaku dalam BN.
BalasPadambetul tu kiera.. kalau betul2 mahu menyelesaikan masalah itu, bukannya dengan membawanya ke media.. peranan media adalah untuk menghebahkan cerita itu sekaligus membuatkan keadaan bertambah lebih kritikal..
BalasPadamIndeed, leaders should be more open to criticisms.
BalasPadamSuda semestinya.Itu baru nak maju.
BalasPadamTake it positively.
BalasPadam"Beliau berkata, setiap teguran perlu diperbaiki termasuk duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan penyokong masing-masing dan rakyat keseluruhan."
BalasPadamIn fact, not everyone can accept criticism even they know criticism could help to improvement. No matter how, we have to face reality where some critic needed to be face to face.
Older generation hardly to accept criticisms but younger generation hardly accept pressure.
BalasPadamMemang kritik adalah baik untuk membaiki kelemahan masing-masing, tetapi kritik perlu diberi dengan cara yang betul juga. Sebab, bukan semua orang boleh terima kritik yang keras.
BalasPadam"Bagi saya keterbukaan itu perlu diperluaskan, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri boleh menerima teguran. Rakyat tegur, malah MT juga tegur dan beliau amat terbuka."
BalasPadamTeguran positif semata-mata untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. Seharus mempelajari untuk menerima kritik dari orang lain dengan hati yang terbuka.
Bagi yang faham, kritik merupakan satu tanda baik untuk membolehkan dia bermaju, sebaliknya, bagi yang tidak faham, dia mengambil kritikan itu merupakan senjata untuk melemahkan kuasanya.
BalasPadamWould be great if everyone can accept criticsms that can lead to better improvement.
BalasPadamVery agreed to Moi Moi. A lot of old generation and experienced leaders very difficult to accept critics even it is a positive critics. They often take these as a personal attack to them.
BalasPadamMemang teguran seakan untuk kebaikan dan membaiki kelemahan. Seharus diterima dengan hati terbuka.
BalasPadamOnly "effective communication" that can help to resolve problems efficiently. How many among us that apply good communication skills?
BalasPadampara pemimpin and ahli parti komponen dah cukup matang untuk menyelesaikan masalah parti sendiri. Semua masalah seharus dibawa bincang dengan hati yang tenang.
BalasPadamNah kan timbul isu lain gara2 tak hadir rumah terbuka. huhuhu
BalasPadamSemua pihak harus matang dan berfikiran terbuka. Jangan terlalu sensitif kerana ia hanya akan merumitkan masalah saja. Bukankah lebih baik kalau harmoni, tak payah pening kepala.
BalasPadamSemoga hal ini diberi perhatian sewajarnya dan berusahalah menerima teguran:)
BalasPadamTeguran hanya memberi yang terbaik untuk semua.
BalasPadamTeguran itu untuk membetulkan kesilapan yang ada pada diri kita sendiri. Kelemahan yang orang lain nampak dan perlulah diperbetulkan.
BalasPadamSiapa yang sempurna sepenuhnya? Rasanya tidak ada. Mesti ada kelemahan yang terdapat pada diri kita yang kita terlepas pandang.
BalasPadamTeguran dan nasihat adalah baik untuk mengetahuai bahawa kiat berbuat kesalahan maka boleh mengelak mambuat kesalahan yang sama lagi.
BalasPadamUbahlah sikap kecil hati, barulah rakyat dapat menyokong kamu.
BalasPadamMemang perlu meneriam teguran walaupun teguran itu susah untuk diterima.
BalasPadamKecil hati pun tak guna, janganlah gitu.
BalasPadamSemua memang perlu berubah sikap yang buruk itu...
BalasPadam