BHF AKAN HERET KERAJAAN BN KE MAHKAMAH
Oleh : MUTALIB M.D
PENGERUSI Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjelaskan pihaknya sedang dalam peringkat terakhir dokumentasi untuk mengheret Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional ke Mahkamah bagi mendesak satu ‘Deklarasi’ bahawa Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London adalah TIDAK SAH dan BATAL.
“Kita telah diperdaya selama 48 tahun termasuk menukarkan status Sabah daripada Negara kepada sebuah Negeri dan menafikan 20 Perkara,”
kata Dr Jeffrey dalam pertemuan khas dengan Sabahkini.net di Kota Kinabalu, kelmarin.
Sehubungan itu kata Dr Jeffrey, BHF akan mengambil langkah pro-aktif untuk mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa Perjanjian Malaysia dan sebahagian kandungan di dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung Sabah adalah Vex, Jeopardi, putar belit dan bercanggah dengan undang-undang.
Walaupun ramai pihak mempertikai bahawa 20 Perkara bukanlah ‘sebuah Perjanjian’ mengikut konteks Akta Kontrak dan Perlembagaan, namun kata Dr Jeffrey ia menjadi asas utama Penggubalan Perjanjian Malaysia dan Pembentukan Perlembagaan Malaysia.
“Kenapa Kerajaan Persekutuan bertindak menyumbat saya ke dalam tahanan ISA semata-mata kerana menyuarakan hak Sabah dan kedudukan Sabah dalam Malaysia? Jika Singapura boleh keluar daripada Malaysia, kenapa Sabah dinafikan hak sedangkan majoriti rakyat Sabah sudah mula bosan dengan tindak tanduk Kerajaan Persekutuan?,” ujar Dr Jeffrey yang menjelaskan masa untuk Kerajaan Persekutuan membohongi rakyat Sabah telah tamat.
Menurut Dr Jeffrey, BHF ditubuhkan sebagai Yayasan Amanah untuk menjaga kepentingan Sabah dan rakyatnya, sehubungan itu beliau akan berjuang mengikut lunas undang-undang setelah Kerajaan Persekutuan menggagalkan perjuangannya melalui saluran politik.
“Sudah tiba masanya rakyat Sabah menyedari bahawa mereka hanya diberi gula-gula seperti kanak-kanak apabila Kerajaan Persekutuan mengumumkan Periktirafan dan cuti umum pada Hari Malaysia yang jatuh lusa, 16 September; sedangkan mereka tidak pernah menganggap Sabah sebagai rakan kongsi yang membentuk sebuah negara Malaysia,” kata Dr Jeffrey yang menegaskan beliau bukan menghasut rakyat Sabah untuk memberontak, sebaliknya berjuang di mahkamah keadilan.
Tegasnya, jika BHF gagal berjuang di Mahkamah Malaysia, pihaknya akan memfailkan tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Heague, Belanda bagi mencari keadilan untuk rakyat Sabah yang telah terpedaya dan ditipu oleh Kerajaan Persekutuan terutama berhubung autonomi dan Isu 20 Perkara.
----
16/9 IS A BLACK DAY FOR SABAH?
“We are against joining Malaysia as individual States, and want the Borneo territories to get together, so that when we talk with Malaya, it will be as equal partners and not as vassals, and if we join Malaya now, the people who will come and take most of the top jobs will be Malayan, the new expatriates...”
Tun Fuad
-----
RADICAL MINDSET AMONG YOUNG PEOPLE
“The government have to recognize the basic facts and the problems (facing the people). What we see now in the mainstream media, our political leaders including the Prime Minister, the Chief Minister keep ignoring what’s happening; Youth unemployment is very serious, grabbing of people’s land (by private companies) is very seriousness where the people are losing their traditional livelihood and culture, and when they come into the urban area, there’s no jobs, they become squatters, they become hopeless,”
Datuk Yong Teck Lee
Kes Double six itu menyebabkan Sabah hilang peluang untuk keluar dari Malaya.
BalasPadamApa benar semuanya ni...
BalasPadamThe thing is we are haunted by PTI already. Worst case.
BalasPadamSekiranya pembentukan M'sia adalah tidak sah rasanya ramai rakyat Sabah akan berdiri dan menentang. Termasuk la tu pilak kali..
BalasPadamjika kes ini dibawa ke Mahkamah, diharap ia akan dibicara dgn adil.
BalasPadamSememangnya 20 perkara tu perlu dijaga dan diperjuangkan.
BalasPadamNampaknya rakyat Sabah perlu membuat penilaian yang mendalam.
BalasPadamit will be as equal partners and not as vassals
BalasPadamAdakah Sabah mampu berdiri sendirian?
BalasPadamyang penting kepentingan dan hak Sabah dijaga dengan sebaiknya.
BalasPadamSabah is possible to come up if before various problems are coming to bite us.
BalasPadamcare berkata...
BalasPadamSabah is possible to come up if before various problems are coming to bite us.
Sabtu, September 17, 2011 11:11:00 AM
Mekanisme yang bagaimana harus dilakukan oleh kerajaan?
Well, m one of the " bored " Sabahans.
BalasPadamKalau begitu kenapa JK tidak mencadangkan perkara ini dari dulu lagi semasa berkuasa dulu? Kenapa sekarang baru sudah terfikir.
BalasPadamSebaiknya kita perlu bersyukur juga dengan apa yang ada dengan Sabah ini. Rasanya Kerajaan persekutuan juga tidak membiarkan kita begitu saja, Kita rakyat Sabah masih boleh bersuara meminta apa yang perlu dan patut untuk Sabah.
BalasPadamsaya juga ada mendengar bahawa perjanjian malaysia adalah tidak sah dan batal...betulkah?
BalasPadamkerajaan persekutuan perlu memastikan perjanjian 20 perkara yang menjadi asas kepada pembentukan malaysia dan perlembagaan agar dipenuhi dan dipatuhi..sabah tidak meminta lebih melainkan haknya dalam malaysia sebagai equal partner.
BalasPadamdiharapkan sabah mendapat haknya dalam malaysia seperti yang dipersetujui dalam 20 perkara.
BalasPadamkerajaan persekutuan telah memperuntukkan peruntukkan yang besar untuk pembangunan negeri sabah..ini bukti bahawa kerajaan persekutuan tidak meminggirkan sabah dan kerjasama di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memberikan manfaat kepada rakyat sabah.
BalasPadamkita tunggu dan lihat perkembangan perkara ini.
BalasPadammari kita tunggu dan lihat berapa ramai rakyat yang ingin mendapatkan Sabah (dan Sarawak) bebas dan membentuk sebuah negara baru.
BalasPadamsemoga perjanjian 20 perkara dapat iperbincangkan semula antara kerajaan negeri dan pusat
BalasPadamsemoga pihak kerajaan negeri dapat memberi keterangan/ulasan mengenai kenyataan ini
BalasPadambiar suara majoriti rakyat Sabah yang menetukan samada untuk menentang atau menyokong kerajaan Malaysia
BalasPadamnasib Sabah ditangan rakyat bila menjelang PRU akan datang nanti
BalasPadamnampaknya Jeffrey semakin berkobar2 untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah. semoga usaha beliau akan membuahkan hasil.
BalasPadam“Kita telah diperdaya selama 48 tahun termasuk menukarkan status Sabah daripada Negara kepada sebuah Negeri dan menafikan 20 Perkara,”
BalasPadamSemoga kerajaan memegang janji kepada perjanjian 20 perkara. Seharus kerajaan negeri memperjuangkan demi hak orang Sabahan.
Tertanya juga adakah Sabah akan menjadi kuat dan berkembang seperti Singapura dan Brunei jika berpisahan dari Malaysia?
BalasPadam"ramai pihak mempertikai bahawa 20 Perkara bukanlah ‘sebuah Perjanjian’ mengikut konteks Akta Kontrak dan Perlembagaan, namun kata Dr Jeffrey ia menjadi asas utama Penggubalan Perjanjian Malaysia dan Pembentukan Perlembagaan Malaysia."
BalasPadamHarap kerajaan membuat sesuatu berkenaan dengan perjanjian 20 perkara. Ini merupakan keperluan asas semasa pembentukan Malaysia, tidak harus diabaikan semata-mata tiada perjanjian tersebut.
Apakah sebab kerajaan persekutuan gagal memenuhi permitaan penjanjian 20 perkara sehingga kini? Harus beri penjelasan dan menunaikan janji.
BalasPadam"sedangkan mereka tidak pernah menganggap Sabah sebagai rakan kongsi yang membentuk sebuah negara Malaysia,” kata Dr Jeffrey yang menegaskan beliau bukan menghasut rakyat Sabah untuk memberontak, sebaliknya berjuang di mahkamah keadilan."
BalasPadamSering hak dan kepentingan orang Sabah diabaikan. Banyak polisi dan perjanjian yang tidak ditunaikan dan dilaksanakan, sistem kabotage yang membebankan. Harap kerajaan persekutuan mendengar suara dan menjalankan perubahan.
Semoga kerajaan menunaikanjanji 20 perkara.
BalasPadamAdakah Sabah berkebolehan untuk bermaju danmencapai kejayaan seperti Singapura? Susah nak jangka.
BalasPadamRamai pemimpin Sabah tampil diri kebelakangan ini untuk menuntut, bersuara dan memperjuangkan lebih banyak untuk rakyat, adakah ini berkait dengan PRU yang akan datang?
BalasPadamJika kerajaan negeri lebih mengutamakan rakyat Sabah, rasa pencapaian Sabah tidak sebegini sahaja dengan kondisi dan sumber yang begitu baik di Sabah. Tidak perlu sehingga kini, ramai bersuara nak keluar dari Malaysia.
BalasPadamPengundi dan generasi muda kini tidak serupa seperti dahulu, dengan pemberian sedikit gula-gula dah puas hati. Sekarang, semua berjuang and bersuara untuk menuntut hak dan menilai parti dan pemimpin yang mereka perlukan untuk masa depan sendiri dan generasi akan datang.
BalasPadambukan senang mahu keluar dari Malaysia setelah lama bergabung.. apa yang perlu dilakukan sekarang ialah berusaha mendapatkan semula hak2 rakyat Sabah tanpa perlu keluar dari Malaysia..
BalasPadamAda Pro dan Kontra dalam isu ini, namun.. kita mesti bermuasyarah adakah NEGARA NORTH BORNEO @ SABAH adalah tunjang utama atau KEPENTINGAN RAKYAT NORTH BORNEO @ SABAH itu menjadi asas utama... kekadang Rakyat Sabah tertanya-tanya kenapa projek mega di Sabah, majoritinya terdiri daripada Syarikat-Syarikat Semenanjung....
BalasPadamkadang2 rakyat juga akan tertanya2, apa akan jadi kepada Sabah jika keluar dari Malaysia..
BalasPadam