Isnin, November 29, 2010

KISAH DI SEBALIK BATU SUMPAH PERINGATAN KENINGAU

Kisah Di Sebalik Batu Sumpah Peringatan Keningau

Oleh Emin Madi

KENINGAU, 29 Nov (Bernama) -- Kecuali ayat yang ditulis dalam Bahasa Melayu menggunakan ejaan lama, `batu sumpah peringatan' di hadapan Pejabat Daerah Keningau kelihatan seperti batu biasa yang lain.

Kebanyakan pelawat langsung tidak ambil peduli akan maksud perkataan yang tertera pada plak yang dipasang pada batu itu yang berbentuk tapak kaki besar.

Tetapi selepas sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan pada 16 Sept lepas di Sabah, batu bersejarah ini sedikit sebanyak menerima pengiktirafan.

KISAH DI SEBALIK BATU BERSEJARAH

Batu itu pada mulanya ditempatkan di dalam kawasan pejabat daerah lama Keningau, yang bersebelahan dengan hospital daerah, tetapi kemudian dipindahkan ke tapak sekarang.

Orang yang terlibat dengan batu sumpah peringatan ini ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Tan Sri Richard Lind.

Menurut Lind, idea mengadakan batu sumpah itu timbul semasa usaha mengatasi bantahan awal ketua-ketua kaum pribumi terhadap langkah Sabah menyertai Persekutuan Malaysia.

"Beberapa ketua masyarakat pribumi terkemuka (yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya) pada awalnya bimbang dengan idea Sabah menyertai Persekutuan, kerana khuatir yang mereka tidak faham dengan apa yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia," jelas Lind, yang pada masa itu merupakan Pegawai Daerah Keningau.

"Banyak rundingan dan perbincangan diadakan. Saya cuba sedaya yang boleh mengatasi rasa khuatir dan keraguan mereka," kata beliau kepada Bernama.

Selepas mengatasi keraguan mereka, muncul idea untuk mengadakan batu sumpah peringatan itu sebagai menunjukkan penerimaan mereka terhadap Gagasan Malaysia.

MENDAPATKAN BATU HIKMAH

Jadi usaha mencari batu yang sesuai untuk tujuan ini dimulakan.

"Sebagai pegawai daerah yang menguruskan tugas ini saya menyegerakan usaha supaya batu sumpah ini siap sebelum ulang tahun pertama kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia," kata Lind.

Selepas memulakan usaha mencari batu yang sesuai, beliau menemui sebuah batu di tengah-tengah Sungai Pegalan, dekat Kampung Senagang, sebuah perkampungan kecil yang terletak di tepi Jalan Keningau-Tenom.

"Batu ini mempunyai kesemua ciri untuk digunakan sebagai batu sumpah. Bagaimanapun, mengeluarkannya dari sungai itu bukan mudah kerana ia berada di tengah-tengah sungai yang agak deras airnya," kata beliau.

Bagaimanapun, dengan bantuan seorang kontraktor binaan tempatan, Nip Kui Chiang, batu itu berjaya dinaikkan dari sungai dan dipindahkan ke tapak yang dipersetujui oleh para pemimpin tempatan.

Lind berkata beliau kemudian menempah sebuah plak daripada Thornycraft Shipyard di Singapura untuk dipasang pada batu itu.

Para pemimpin tempatan mahu Ketua Menteri Persekutuan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merasmikan batu itu tetapi tugas itu diwakilkan kepada Menteri Buruh Persekutuan Tan Sri V. Manickavasagam ketika itu.

Pada 16 Sept 1964, bersempena ulang tahun pertama Hari Malaysia, ramai yang datang ke perkarangan Pejabat Daerah lama untuk menyaksikan majlis bersejarah merasmikan batu sumpah itu.

Antara yang hadir pada masa itu ialah Ketua Menteri Tun Fuad Stephens, presiden Pasok Momogun, parti pembangkang utama pada masa itu, Datuk G.S.Sundang, Setiausaha Persekutuan ketika itu Yeap Kee Aik, OKK Sedomon Gunsanad, OKK Angian Andulag, para pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan, ketua masyarakat pribumi, ketua kampung serta wakil dari pelbagai kumpulan etnik.

Batu sumpah peringatan ini yang kini berusia 47 tahun, dengan beratnya lebih dua tan, merupakan batu simbolik yang mempamerkan syarat-syarat yang dipersetujui penduduk pribumi untuk menerima gagasan Malaysia.

Syarat yang tertera pada plak itu (dalam bahasa Melayu) menyatakan tiga rukun -- Kebebasan beragama di Sabah; kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa berhubung hal ehwal tanah di negeri ini; dan budaya serta tradisi penduduk pribumi di negeri ini dilindungi dan dipulihara oleh kerajaan.

Di sebaliknya, penduduk di pedalaman menjanjikan kesetiaan mereka kepada kerajaan Malaysia.

UPACARA MONINGOLIG

Pada tahun-tahun awal, satu upacara korban yang dipanggil `moningolig' diadakan di situ bersempena sambutan Hari Malaysia, yang dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk ahli politik, petugas kerajaan, pelajar serta pemimpin masyarakat yang mewakili pelbagai kaum etnik.

Upacara ini juga merupakan penghargaan kepada para pemimpin zaman sebelum kemerdekaan untuk mengingatkan generasi muda akan peranan Sabah dalam mewujudkan Persekutuan Malaysia.

Menurut seorang warga tempatan, John Gitang, semasa acara korban julung kali apabila batu itu dirasmikan, satu perkara ganjil berlaku, seekor ayam jantan putih 'tidak mahu mati' walaupun selepas disembelih.

Gitang beranggapan bahawa ayam jantan itu telah mati dan membawanya pulang untuk dimakan tetapi semasa isterinya mahu membersihkannya, ayam itu tiba-tiba hidup semula.

Oleh kerana berasa khuatir yang keluarganya mungkin dirundung malang, keluarga ini tidak jadi memakannya dan ayam jantan itu bernasib baik terselamat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup mencadangkan bahawa batu sumpah itu dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai memandangkan nilai sejarahnya.

Beliau berkata lokasi sekarang ini tidak lagi sesuai kerana tapak itu akan digunakan untuk memperbesar pejabat daerah.

25 ulasan:

  1. I hope that those promises made to Sabahans including the 20 points agreement will be fulfilled as it is a part of the agreement for Sabah to join Malaya.

    BalasPadam
  2. batu ini merupakan bahan sejarah yang penting di Sabah.

    BalasPadam
  3. kisah di sebalik Batu ini memang patut difahami dengan sebaiknya. Batu tersebut juga patut dijaga kerana nilai sejarahnya..

    BalasPadam
  4. batu ini merupakan batu bersejarah bagi negeri kita.

    BalasPadam
  5. Jaga peninggalan sejarah negeri kita ini..

    BalasPadam
  6. Semoga penduduk boleh memahami apa yang tersurat dibatu sumpah yang bersejarah ini. Ini merupakan batu sebelum Sabah menyertai gagasan Malaysia.

    BalasPadam
  7. Batu Sumpah bersejarah..Saya orang sabah baru tahu dengan batu ini. Seharusnya batu ini dijaga dan disimpan baik-baik untuk peringatan rakyat sabah.

    BalasPadam
  8. Sampai bila kita kena tunggu sehingga janji-janji di atas batu ini ditunaikan?

    BalasPadam
  9. Batu ini haruslah diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh orang ramai supaya sentiasa ingati janjian ini.

    BalasPadam
  10. batu ini tidak ternilai dan perlu dijaga dgn baik, ia mengandungi cerita sejarah tersendiri.

    BalasPadam
  11. Batu ini harus dijaga dengan baik kerana ia merupakan bahan sejarah penting di Sabah.

    BalasPadam
  12. walau setinggi mana nilai sejarahnya jika nilai kandungannya tidak direalisasikan atau tidak dihormati, nilainya tidak lebih dari sekadar batu biasa. saya harap kita bukan sahaja menjaga batu ini tetapi juga menjaga hak kita sebagaimana yang tertulis pada batu itu.

    BalasPadam
  13. Jarang kita dengar tentang batu bersumpah di Keningau ini.

    BalasPadam
  14. Seems like this oath rock will remain as the mysterious piece of after war.

    BalasPadam
  15. Best bah sabah ni banyak sejarah :)

    BalasPadam
  16. Jagalah batu ni sebaik mungkin demi tatapan generasi akan datang:)

    BalasPadam
  17. Ya darshania. Semoga semua pihak akan menjaga hal kita seperti yang tercatat pada batu sumpah itu.

    BalasPadam
  18. Ya pesona. Mmg jarang tapi selepas ni saya harap bukan saja rakyat tahu kewujudan batu ni tapi juga menghayati perjanjian yang tercatat.

    BalasPadam
  19. Diharapkan perjanjian ini akan dihormati.

    BalasPadam
  20. Young generations should be educated on this.

    BalasPadam
  21. Pendedahan lanjut harus ada untuk mengelakkan sejarahnya pupus begitu saja.

    BalasPadam
  22. 历史不可这样就消失了。更多详情需要解释的。

    BalasPadam
  23. Oh begitu ceritanya, baru aku tau...jadi jangan sia2 kan usaha mereka yang terlibat.

    BalasPadam
  24. This stone serves as a reminder to the people about the promises made to Sabahans.

    BalasPadam
  25. Halo,
    Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu untuk membantu saya memperoleh pinjaman yang baik setelah saya banyak mengalami pinjaman dari pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa memberikan pinjaman kepada saya telah memerlukan pinjaman untuk 3 tahun yang lalu untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan sebuah syarikat palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted kerana saya kehilangan semua wang saya untuk sebuah syarikat palsu di Turki, kerana saya berhutang kepada bank saya dan rakan-rakan saya dan saya tidak ada sesiapa pun untuk menjalankan, sehingga satu hari setia bahawa seorang kawan saya memanggil Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya terpaksa menghubungi Siti Aminah dan dia memberitahu saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahawa dia adalah seorang ibu yang baik dan saya terpaksa menunaikan keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia. Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam tempoh 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah satu keajaiban dan saya mesti memberi keterangan mengenai kerja baik Ibu Alicia Radu
    jadi saya nasihat semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya memberi jaminan bahawa anda akan memberi keterangan seperti yang telah saya lakukan dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan anda masih boleh menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (sitiaminah6749@gmail.com)
    semoga Allah terus memberkati dan mengasihi ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan kewangan saya

    BalasPadam