Rabu, November 17, 2010

ELAUN JKKK SEMENANJUNG DAN SABAH PERLU DISELARAS

Elaun JKKK Semenanjung dan Sabah perlu diselaras, kata Saidi

KENINGAU 15th November, 2010: Pengerusi JKKK Kg. Linsudan, Saidi Ekang, menyuarakan kekecewaannya atas penjelasan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengenai pertambahan elaun bulanan Pengerusi JKKK sebanyak RM 800 dalam bajet tahun depan itu, hanyalah untuk Pengerusi JKKK di peringkat Persekutuan.

Pertambahan elaun yang tidak melibatkan para pemimpin masyarakat di peringkat Negeri itu dinyatakan dalam ucapan pengulungan Tan Sri Josepk Pairin Kitingan di Perhimpunan AgungPBS pada Khamis lalu, yang di siarkan dalam akhbar tempatan bertarikh 12 November 2010.

Saidi mempersoalkan tindakan pihak kerajaan mengumumkan kenaikan elaun hampir seratus peratus kepada para pemimpin masyarakat di peringkat Persekutuan dan menafikan keistimewaan yang sama bagi para pemimpin masyarakat di peringkat Negeri khususnya di Sabah.

“ Elaun berkenaan yang diumumkan dalam bajet itu sepatutnya dinikmati oleh semua para pemimpin masyarakat di seluruh Malaysia dan bukan kawasan terpilih, perkara ini pasti menjadi isu dan akan mengundang persepsi yang negatif kepada lebih 3,000 pengerusi JKKK di seluruh Negeri Sabah, kata Saidi.

“Apakah peranan pengerusi JKKK lebih besar di peringkat Persekutuan yang dilihat kawasan yang sudah lebih maju berbanding peranan pengerusi JKKK di kawasan luar bandar di Negeri Sabah, yang hanya dibayar elaun RM200 sebulan, kenapa tidak di selaraskan”. Soalnya.

Beliau yang juga seorang graduan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan berkata, umum maklum bahawa keadaan hidup masyarakat di kawasan luar bandar masih ketinggalan jauh dalam arus pembangunan sosio ekonomi maka peranan ini lah tugas yang terpaksa di galas oleh para pemimpin masyarakat di Sabah.

“Bukan saja memikirkan soal kemajuan kawasan masing-masing tetapi Pengerusi-Pengerusi berkenaan akan diberi tanggung jawab lebih besar iaitu memujuk anak-anak buahnya supaya sentiasa menyokong pihak kerajaan pada setiap kali pilihanraya diadakan,” tambahnya.

Beliau bersama semua Pengerusi-pengerusi JKKK di kawasan Pedalaman Keningau merayu kepada pimpinan kerajaan Negeri Sabah khususnya Ahli Parlimen Keningau Tan Seri Joseph Pairin Kitingan supaya mengusulkan isu ini di dalam persidangan Parlimen yang sedang bersidang sehingga Disember ini.

“Gagasan 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak haruslah direalisasikan melalui penyelarasan pembayaran elaun para pemimpin masyarakat di seluruh Negara”, tambahnya.

Katanya, bermula Januari tahun depan jurang bayaran elaun RM800 bagi Pengerusi JKKK di peringkat Persekutuan dan hanya RM 200 untuk Pengerusi JKKK di peringkat Negeri adalah sangat jauh berbeza.

23 ulasan:

  1. Saya setuju menyelaraskan elaun JKKK di Semenanjung dan Sabah. Tidak adil untuk Pengerusi JKKK di peringkat Sabah.

    BalasPadam
  2. Betul, harap berlaku adilah dengan pembahagian elaun kepada JKKK di mana sekali pun.

    BalasPadam
  3. ya.. biarlah elaun JKKK selaraskan agar ia sama di seluruh negara, ini selaras dgn konsep 1Malaysia.

    BalasPadam
  4. memang tidak adil jika kenaikan elaun itu hanya terhad diperingkat persekutuan. apa alasan atau penjelasan kerajaan untuk tidak menyelaraskan peruntukan elaun tersebut di semua peringkat negeri?

    BalasPadam
  5. kerajaan sepatutnya sensitif dengan pengumuman seperti ini yang bersifat diskriminasi. sudah tentu ianya mengundang persepsi negatif terutamanya dikalangan mereka2 yang layak menerima elaun tersebut tetapi telah dinafikan.

    BalasPadam
  6. mungkin ada penjelasan dipihak kerajaan berhubung dengan isu ini. saya harap kerajaan akan tampil dengan penyelesaian terhadap kekeliruan ini dengan melaksanakan penyelarasan disemua peringkat.

    BalasPadam
  7. There should be equal treatment for both West Malaysian's and Sabahans.

    BalasPadam
  8. saya setuju jika elaun JKKK di Sabah dan di Semenanjung diselaraskan. ini baik untuk semua pihak.

    BalasPadam
  9. peranan dan tugas JKKK tidak kira tempat adalah sama. jadi memang wajar jika elaun tersebut diselaraskan.

    BalasPadam
  10. biarlah pemberian elaun kepada JKKK dilakukan dgn adil tanpa mengira kawasan.

    BalasPadam
  11. Ini memang patut dilakukan dari dulu lagi. Kononnya konsep 1M.

    BalasPadam
  12. Perkara ini harus di lihat semula, kenapa selalunya di semenanjung mendapat kelebihan berbanding dengan Sabah dan Sarawak. elaun JKKK itu seharusnya diberikan secara adil kepada JKKK.

    BalasPadam
  13. This is not only the case. There are still many plunging in.

    BalasPadam
  14. I agree 100%. Remember we are 1 Malaysia and shall Sabah get more!!!

    BalasPadam
  15. Bukan elaun JKKK saja yang perlu diselaras jikalau betul-betul mahukan penyelarasan secara 1Malaysia. Dari segi harga kereta, pakaian dan barangan domestik sepatutnya diselaraskan jika benar-benar ingin diselaraskan.

    Hairan juga padahal harga-harga barangan di sabah jauh lebih tinggi daripada di S'jung, mungkin boleh diterima pakai jika alasan kos pengangkutan, tapi mengapa elaun di Sabah lebih jauh kecil berbanding elaun di S'jung jikalau begitu? Sabah=Harga barang tinggi, elaun lebih sikit? Sjung=Harga barang rendah, elaun tinggi?

    Well, cannot say Sabah should get more if we want to be treated as the same.

    BalasPadam
  16. memang patut elaun JKKK diselaraskan..

    BalasPadam
  17. jika elaun pengerusi JKKK dinaikkan hanya untuk mereka di peringkat persekutuan, tidak perlulah diumumkan dalam bajet 2011..kalau ya pun, harus dijelaskan siapa yang dapat dan tidak..nampaknya gagasan 1Malaysia tidak dalam semua hal..hanya hal2 tertentu sahaja 1Malaysia perlu..

    BalasPadam
  18. kerajaan terutamanya pucuk pimpinan iaitu najib harus bersikap lebih adil dan saksama berhubung dengan isu ini...apakah pengerusi JKKK di peringkat negeri khususnya di luar bandar tidak layak mendapat elaun yang lebih baik?

    BalasPadam
  19. di manakah istilah '1Malaysia' Najib dalam isu ini? diharap pairin akan membawa isu ini di parlimen untuk layanan yang lebih adil dan saksama kepada pengerusi JKKK khasnya luar bandar sabah yang hanya menerima elaun rm200...

    BalasPadam
  20. Memang patut diseleraskan. Kalau tak, kecil hati lah JKKK yang lain. huhuhu

    BalasPadam
  21. Saya harap hal ni dapat perhatian sewajarnya oleh pihak2 yang bertanggungjawab.

    BalasPadam
  22. Saya sokong, diharapkan kerajaan pusat akan menangani perkara ini secara adil dan saksama serta memberikan layana sama kepada Sabah dan Semenanjung.

    BalasPadam
  23. Memang perlu diselaraskan. Mengapa tidak sama layanan? Mana 1 Malaysia yang dilaungkan oleh PM Najib?

    BalasPadam