JKKK minta jalan raya ke Rugading Ranau-Hot Spring di naik taraf
RANAU 26th November, 2010: Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rugading, Ranau, Irin Kulangas menggesa pihak berwajip terutamanya kerajaan negeri untuk meneliti permohonan mereka supaya jalan raya yang menghubungkan kawasan air panas Rugading (Rugading’s hot Spring) dinaiktaraf sesuai dengan potensi kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan sekiranya dikomersilkan.
Irin berkata, perkara tersebut (naik taraf jalan) amat penting bagi memudahkan pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke tempat tersebut untuk keluar dari kawasan Sungai Liwagu-Rugading setelah menjalankan aktiviti “rafting”.
“Ianya juga sebagai menyokong usaha kerajaan negeri terutamanya dalam mempromosikan Sabah sebagai negeri pelancongan di mata dunia,” tegasnya.
“Sebenarnya, sejak Sungai Liwagu dibuka untuk orang ramai melakukan aktiviti rafting, Rugading’s Hot Spring menjadi sering kali menjadi tumpuan persinggahan pelancong memandangkan ia sebagai satu-satunya tempat yang terdapatnya mata air panas untuk mereka berendam sesudah puas bermain rafting. Sukan rafting di Sungai Liwagu ini merupakan yang ketiga dibuka di Sabah selepas Sungai Padas dan Sungai Kiulu” tambah Irin.
Aktiviti rafting mula menjadi popular di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini. Dari tempat permulaannya di Sungai Kenisir yang terletak 3 kilometer dari pekan Ranau, ianya menyelusuri secara teknikal sungai deras dan berakhir di kampung Nabutan sejauh 45 kilometer.
Tetapi, ianya khas untuk mereka yang gemar bermalam semasa aktiviti rafting, manakala bagi yang tidak bermalam, mereka boleh menghabiskan cabaran rafting mereka di kawasan Rugading’s Hot Spring dalam jarak 12 kilometer dari ‘tempat permulaan”.
Irin menegaskan, Rugading’s Hot Spring yang terletak kira-kira 6 kilometer jauhnya dari kampung Rugading, dan 16 kilometer dari pekan Ranau dilihat berpotensi dijadikan kawasan riadah dan pelancongan yang baru, memandangkan ianya memiliki mata air panas yang segar. Di samping mata air panas, terdapat juga air terjun yang berhampiran dengan kawasan tersebut.
----
http://kinapulidan.blogspot.com/2008/05/gotong-royong-membersihkan-pusat.html
Ya, saya amat bersetuju untuk menaik taraf jalan raya terutamanya yang disambungkan kepada lokasi pelancongan yang berbeza.
BalasPadamsebaiknya jalan raya dikawasan berkenaan dinaik taraf bagi mengiatkan lagi aktiviti riadah dan pelancongan di kawasan berkenaan.
BalasPadamjalan raya yang baik sebenarnya amat penting bagi memudahkan pengunjung amat yang berkunjung ke tempat tersebut.
BalasPadamjalan tersebut mmg patut dinaiktaraf bagi memudahkan para pelancong datang ke kawasan2 pelancongan.
BalasPadamSatu cadangan yang baik untuk tarikan pelancongan negeri Sabah. Tidak salah kita melabur untuk menaiktaraf tempat kita ini untuk masa depan negeri juga.
BalasPadamSemoga kerajaan mempertimbangkan semua ini untuk kebaikkan kita semua. Dengan menaiktarafkan jalan raya ini untuk menjadikan kemudahan pelancongan di negeri sabah ini dengan keadaan yang baik. Maka para pelancong akan berasa keselesaan dengan kemudahan yang baik.
BalasPadamKerajaan perlu memastikan bahawa semua jalan raya di seluruh Sabah adalah dalam keadaan yang baik. Ini merupakan salah satu keperluan asas.
BalasPadamini adalah satu keedah yang baik untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sabah.
BalasPadamIni satu cadangan yang baik. Beribu2 pelancong dtg ke Sabah untuk menikmati semula jadi di sini jadi kita harus pandai berubah.
BalasPadamKawasan baharu yang berpotensi sebagai distinasi pelancongan diberi perhatian untuk dimajukan.
BalasPadamBagi saya, untuk menaiktaraf jalan raya tidak tertumpu di tempat-tempat pelancongan sahaja, tetapi di jalan-jalan utama yang menghubungkan antara Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Ini kerana kebanyakkan pelancong samada dari luar negara mahupun dalam negeri lebih suka travelling.
BalasPadamSepatutnya kawasan tersebut dapat diperkenalkan kepada rakyat sabah agar mendapat sokongan padu, baharulah kerajaan ambil perhatian.
BalasPadamkerajaan tidak akan rugi jika meluluskan permohonan untuk meniaktaraf jalan tersebut. selain pelaksanaan cadangan itu bakal membawa kebaikkan kepada penduduk sekitar, kerajaan juga dapat meningkatkan ekonomi Sabah dengan mengkormesilkan kawasan air panas tersebut sebagai kawasan pelancongan.
BalasPadamThere are many unique and interesting places in Sabah that can become potential tourist attractions such as the Sabah Tea Plantation, however, the roads to go there is in very bad condition. It is important to ensure that the roads are well maintained.
BalasPadamThis is vital. Come on, if we want to be known as the world tourist destination ever, we must show it.
BalasPadam当然啊!沙八十个优美的地方,当然最基础的设施一定要有嘛。
BalasPadamBanyak kompilasi yang berlaku gara2 jalan raya yang tidak rata di sepanjang jalan Ranau-Kundasang ini.
BalasPadamA major setback for Sabah's tourism. Kundasang is famous for its hot spring and etc. So take his word.
BalasPadamHarap-harap kerajaan Sabah boleh mempertimbangkan dengan baik.
BalasPadamYa, semoga kerajaan akan membuat keputusan untuk menaik taraf jalan raya tempatan.
BalasPadamTidak ada sebab untuk tidak menaiktarafkan jalan itu. Saya amat menyokong projek ini untuk dijalankan.
BalasPadam