Isnin, November 29, 2010

PERMOHONAN TANAH NT TIDAK LAGI PERLUKAN ULASAN KESESUAIAN JABATAN PERTANIAN

Permohonan tanah NT tidak lagi perlukan ulasan kesesuaian Jabatan Pertanian

KOTA KINABALU 28th November, 2010: Sejak awal Januari tahun ini sebarang permohonan tanah di bawah syarat Native Title (NT) bagi kelulusan 15 ekar ke bawah, bagi permohonan individu dan di bawah keluasan 50 ekar bagi permohonan berkumpulan untuk kegunaan selain daripada getah dan kelapa sawit, ulasan kesesuaian tanah daripada Jabatan Pertanian tidak diperlukan lagi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, permohonan terbabit adalah diproses terus oleh Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah, selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, bagi permohonan, selain dari kategori itu, keputusan untuk memusatkan pemprosesan permohonan tanah adalh bertujuan untuk menyelaras bagi setiap permohonan yang diterima.

“Tindakan ini diambil, bagi mengelakkan percanggahan, dalam ulasan yang dibuat di peringkat daerah, dengan Ibu Pejabat Jabatan Pertanian,” katanya.

Yahya berkata, ketiadaan pegawai yang pakar dalam bidang kaji tanah di peringkat daerah juga menjadi sebab pemprosesan permohonan itu dilakukan di ibu pejabat.

Menurutnya, kelewatan memberikan ulasan kesesuaian tanah yang dipohon adalah juga disebabkan dokumen yang diterima tidak lengkap.

Permohonan yang tidak dilengkapkan dengan menanda kawasan dipohon dalam peta berskala 1:50,000 terpaksa dirujuk semula kepada Pejabat Permungut Hasil Tanah (PPHT) yang berkaitan.

Oleh itu, katanya, tindakan hanya dapat dibuat, setelah maklumat itu dilengkapi dan diterima oleh Jabatan Pertanian.

Yahya berkata, beberapa usaha telah diambil oleh Jabatan Pertanian untuk menangani isu ulasan kesesuaian tanah yang tertangguh.

“Di antara usaha itu, ialah dengan membentuk satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada tiga Pegawai Penyelidik (Kaji Tanah) dan tiga Juruteknik Pertanian di Seksyen Pengurusan dan Sains Tanah, Jabatan Pertanain sejak Julai lalu untuk menangani tugasan berkenaan,” katanya.

Selain itu, katanya, Jabatan Pertanian juga sudahpun membangunkan data spatial tanah yang telah digunakan sepenuhnya bagi mempercepatkan pencapaian data dan seterusnya mempercepatkan ulasan tanah terbabit.

Jelasnya, dengan tindakan-tindakan tersebut, Ibu Pejabat Jabatan Pertanian telah dapat memperoses pada kadar sebanyak 900 hingga 1,000 permohonan ulasan kesesuaian tanah setiap bulan.

“Dengan kadar ini dijangka Jabatan Pertanian akan dapat menyelesaikan isu laporan kesesuaian yang tertangguh berkenaan dalam tempoh 18 bulan,” tambahnya.

----

NT land below 15 acres, individual and communal application below 50 acres, no need assessment, says Yahya

24 ulasan:

  1. Adakah tindakan ini tindakan yang betul?

    BalasPadam
  2. mungkin kaedah ini akan membolehkan Jabatan pertanian akan dapat menyelesaikan isu laporan kesusuaian yang tertangguh.

    BalasPadam
  3. diharapkan langkah yang diambil ini adalah bersesuai dengan keadaan dan keperluan.

    BalasPadam
  4. harap langkah ini dpt dpt memudahkan semua pihak dalam urusan mereka.

    BalasPadam
  5. Bagus,ini dapat mengurangkan lagi masalah yang timbul.

    BalasPadam
  6. Carilah jalan yang mudah untuk melakukan urusan. Kita tidak mahu ada kesulitan yang akan berlaku.

    BalasPadam
  7. Ikutlah prosuder supaya mudah urusan. Jabatan pertanian akan cuba terbaik untuk membantu para pertani.

    BalasPadam
  8. urusan tanah jika melibatkan pihak Jabatan Pertanian memang memakan masa lama dan banyak permohonan orang-orang kampung tertangguh dengan gara-gara karenah birokrasi yang bermacam-macam

    BalasPadam
  9. pakar dalam bidang kaji tanah...saya ingat lulusan graduan dalam bidang geologi pun boleh nilai tanah tu...geologist tahu mana tanah yang subur, berpasir, berbatu, mempunyai mineral tinggi, organik dan sbgnya berkaitan dengan pertanian. bukan hanya yang ada pengetahuan agronomi / pertanian saja yang tahu nilai tanah?

    BalasPadam
  10. I hope this will help make things faster and easier for the applicants. The Agriculture department should also improve their efficiency.

    BalasPadam
  11. Ini akan mengurangkan lagi kejadian pencerobohan tanah.

    BalasPadam
  12. Harap-harap dengan cara ini, masalah yang remeh boleh dikurangkan.

    BalasPadam
  13. apa sahaja tindakan yang mampu mempertingkatkan kecekapan bagi sesuatu urusan wajar dilaksanakan. tetapi terlebih dahulu ia perlu dijelaskan kepada rakyat bagi mengelakkan kekeliruan atau salah faham..

    BalasPadam
  14. It will definitely save some time and energy.

    BalasPadam
  15. Saya rasa cara ini dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan kerana hak mereka untuk memiliki tanah tidak lagi serumit mana.

    BalasPadam
  16. Great, I won't feel betrayed anymore.

    BalasPadam
  17. Saya mahu tanya ba, kalau pohon tanah untuk tapak rumah yang 1/3 ekar pun tak sampai, berapa lama prosesnya ya????
    Call Jbtn Tanah dorang cakap tunggu ja, memang la ni lama...
    Tapu lamanya tu bukan alang2, pohon dari 1996 sampai sekarang (minngu lepas call)masih lagi di hasil bumi... huhuhuu

    BalasPadam
  18. Cuba la kan kalau ada satu sistem yang lebih laju daripada yg ada sekarang ni... mesti best... ni asyik2 tunggu.. huhuhu

    BalasPadam
  19. Bagi saya perkara ni mmg wajar dilakukan. Tak perlu banyak karenah.. hehe

    BalasPadam
  20. Perkara yang boleh mempercepatkan sesuatu proses patut dilaksanakan. Tapi jangan pula disalahguna. hehe

    BalasPadam
  21. Harap lepas ni, kurang juga komplen pasal tanah yang kita dgr. hehee

    BalasPadam
  22. Diharapkan cara ini adalah apa yang terbaik.

    BalasPadam
  23. Satu cara yang saya rasa lebih efektif dan akan membuahkan sesuatu keberhasilan dalam menangkis semua masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat.

    BalasPadam
  24. I hope this proposal would make things more efficient.

    BalasPadam