Terimalah Keputusan Dengan Hati Terbuka, Kata Hajiji Kepada Adun DAP
PENAMPANG, 26 Nov (Bernama) -- Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor meminta Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjung Jimmy Wong supaya menerima dengan hati terbuka keputusan sebuah lembaga khas bahawa beliau tidak layak memiliki Sijil Anak Negeri.
"Saya harap Yang Berhormat (Sri Tanjung) faham, dan sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau seharusnya bekerjasama dalam perkara ini memandangkan keputusan itu dicapai oleh lembaga khas yang diwujudkan oleh kerajaan negeri dan dilantik oleh Yang Dipertua Negeri Sabah.
"Lembaga ini telah pun membuat keputusan dan beliau sepatutnya menerimanya," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Hari Landskap Kebangsaan di Buhavan Square pada hari Jumaat.
Semalam, Hajiji, ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, berkata lembaga khas itu yang dipengerusikan oleh setiausaha tetap kementerian berkenaan, ditubuhkan untuk meneliti ketulenan Sijil Anak Negeri wakil rakyat daripada DAP itu selepas isu berhubung dokumen itu dibangkitkan berulang kali oleh Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya dalam beberapa persidangan dewan sebelum ini.
Hajiji dipetik sebagai berkata lembaga itu telah pun meneliti dokumen berkenaan dan mendapati Wong tidak layak memiliki Sijil Anak Negeri dan keputusan lembaga itu diserahkan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Wong berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk mencabar keputusan itu, sama ada di Mahkamah Anak Negeri atau mahkamah sivil.
----
I hope that the authorities will take appropriate actions against those involved in this case.
BalasPadamharap tindakan yang bersesuaian akan dapat diambil.
BalasPadamterima sajalah keputusan lembaga khas tersebut.
BalasPadam"..Hajiji dipetik sebagai berkata lembaga itu telah pun meneliti dokumen berkenaan dan mendapati Wong tidak layak memiliki Sijil Anak Negeri dan keputusan lembaga itu diserahkan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut..."
BalasPadamtunggu sajalah tindakan lanjut yang akan diambil selepas ini.
Prosedur harus dijalankan jika ingin tahu hal sebenar.
BalasPadamSebagai seorang yang profesional, seharusnya faham dengan semua ini. Sri tanjung diharapkan faham dengan semua ini.
BalasPadammemang benar beliau perlu bertanggungjawab dan berkerjasama tetapi jika beliau tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, beliau berhak bersuara dan mencabar keputusan itu supaya gambaran keputusan itu lebih jelas bagi pihak dirinya.
BalasPadamsaya harap isu ini dapat ditangani secara profesional tanpa merumitkan keadaan..
BalasPadamSaya rasa tidak salah kalau Jimmy Wong ingin tidak mengeruhkan keadaan.
BalasPadammungkin perlu juga ada lembaga khas lantikan TYT bagi meneliti ketulenan 'MyKad' pendatang asing hasil daripada Projek M/projek IC..
BalasPadamterpulang kepada Jimmy untuk membuat tindakan susulan..
BalasPadamtunggu dan lihat..
BalasPadamsaya rasa perkara ni tidak boleh diperbesar-besarkan. ia mengaibkan individu tertentu...
BalasPadamhal seperti ini jangan diheboh-hebohkan sehingga menimbulkan kemarahan individu tertentu...biarpun dia tidak layak memiliki sijil anak negeri, benda ni kena selesaikan dengan bijak
BalasPadamsaya perlu ada jawatankuasa khas yang boleh tentukan status seseorang itu....dari sebelum dia menceburi bidang wakil rakyat, tyt atau apa-apalah.
BalasPadamkeputusan lembaga khas tyt harus diterima dengan tenang dan jika anda tidak layak, terimalah dengan seadanya.....supaya tidak menimbulkan kemarahan rakyat...
BalasPadamApapun keputusan yang dilakukan, ia perlu diterima dengan seadanya.
BalasPadamHal ni patut diselesaikan dengan baik bagi memastikan semua pihak puas hati dengan keputusan yg ditetapkan.
BalasPadamJika benar siasatan dah dibuat dan Wong disahkan tak layak dapat SAN, buatlah apa yg patut supaya hal ni dijadikan pengajaran.
BalasPadamSiasat hak ni sedalam mungkin dan pastikan dalang di sebalik hal ni pun kena tindakan juga.
BalasPadamSelesaikan hal ni dengan bijaksana dan jangan samapi hal ni dipolitikkan nanti tambah teruk pula.
BalasPadamApapun saya harap hal ni dapat diselesaikan denagn baik.
BalasPadamHarap-harap perkara ini dapat diselesaikan secara wajar.
BalasPadamJimmy Wong will never put this thing to rest.
BalasPadamHajiji memang akan dibedil habis habisan gara2 pernyataan mereka terhadap kesahihan status Jimmy Wong sebagai penduduk Bumi Sabah.
BalasPadam天下无难事,只怕有心人。对得起自己的话,那才是最佳的答案。
BalasPadamI do hope that the government will do the right thing.
BalasPadamMungkinkah sijil anak negeri ini ditarik balik?
BalasPadamAnda berhak untuk bersuara, jika anda ada dolumen yang dapat menyokong hujah anda, maka tidak perlu takut atau gentar.
BalasPadam