Jumaat, Disember 11, 2009

“KITA SERING TERDENGAR BUNYI TELEFON BIMBIT BERBUNYI DENGAN KUAT SEMASA SEDANG SEMBAHYANG, ... PERKARA SEDEMIKIAN ADALAH BERDOSA”

“Saya menasihatkan para jemaah supaya mematikan telefon bimbit, atau menukar ke mod senyap atau meninggalkan alat telekomunikasi itu dalam kereta ketika masuk ke dalam Masjid Negeri atau mana-mana masjid sekalipun,”

“Kita sering terdengar bunyi telefon bimbit berbunyi dengan kuat semasa sedang sembahyang, terutama sekali ketika solat Jumaat kerana keadaan ini akan menggangu tumpuan jemaah lain termasuk imam, perkara sedemikian adalah berdosa

Semua jemaah yang datang menunaikan solat Jumaat tidak dibenarkan membuat bising semasa khutbah Jumaat.

“Menghantar atau membalas sms, membuat atau menjawab panggilan telefon bimbit juga adalah dilarang kerana perkara ini akan menghilangkan pahala ke atas pelakunya,”

“Ini termasuk mereka yang membaca al-Quran dengan suara kuat dan boleh menggangu jemaah yang sedang menunaikan solat ketika itu,”

Juga mengingatkan para jemaah supaya tidak membuat pergerakan sebanyak tiga kali semasa sedang menunaikan sholat, sama ada ada pergerakan itu bertujuan untuk mematikan telefon bimbit kerana perbuatan sedemikian akan membatalkan sembahyangnya.

Penolong Imam Besar Masjid Negeri Datuk Asmali Bachi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan