Isnin, Jun 21, 2010

KEBEBASAN BERLEBIHAN PUNCA GEJALA SEKS

Kebebasan berlebihan punca gejala seks

KUALA LUMPUR: Kekurangan penerapan dan latihan akhlak yang baik menyebabkan gejala salah laku seks berlaku di kalangan remaja.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata disebabkan itu, ajaran Islam tidak masuk ke dalam jiwa remaja menyebabkan mereka tidak takut melakukan maksiat.

“Kita kena kaji sistem pendidikan dari segi penerapan nilai Islam supaya anak muda kita berakhlak. Untuk menangani gejala keruntuhan akhlak anak muda mesti ada usaha bersepadu dari semua pihak.

“Kita memberikan kebebasan yang berlebihan kepada remaja hari ini dan saya menyarankan kita sekat sikit internet seperti yang dilakukan China dan Pakistan demi menjaga akhlak anak muda kita,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Kajian itu juga menyatakan, sebahagian besar golongan remaja berkenaan mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, berkata remaja terbabit dengan gejala salah laku seks kerana tidak mendapat hidayah Allah walaupun mereka mengetahui hukum agama dan dosa melakukan zina.

“Sebab utama perkara sedemikian kerana remaja kita tidak menjaga solat dan kurang mengunjungi tempat seperti masjid atau majlis ilmu. Hukum Islam pada kelompok remaja berkenaan hanya menyentuh telinga saja dan bukannya jiwa mereka.

“Selain itu, cara ibu bapa mendidik anak dengan corak Barat turut menyumbang kepada masalah berkenaan disamping keengganan mereka mendengar saranan ulama untuk mengatasi gejala maksiat,” katanya.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din, berkata kajian terbaru UPM itu boleh memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa mengenai realiti remaja sekarang yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

“Saya menyeru kepada ibu bapa supaya mengambil tindakan dengan memantau aktiviti anak serta meningkatkan pengawasan lebih-lebih lagi ibu bapa yang mempunyai anak gadis.

“Islam menyanjung tinggi remaja yang menjalani kehidupan dengan berlandaskan agama dan bukannya hawa nafsu,” katanya.

----

Janin dalam mangkuk tandas hotel

Suami tangkap isteri berkhalwat
Pelacuran remaja meningkat

Ketulan Janin Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak

Pelajar Tingkatan Lima maut akibat pendarahan

18 ulasan:

  1. kurangnya didikan agama adalah antara punca kepada gejala seks bebas..bagi saya, faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan gejala ini adalah melalui pengaruh budaya luar, media serta rakan sebaya..ibu bapa harus sentiasa meluangkan masa bagi anak2 agar boleh tahu segala masalah yang dihadapi..selalunya anak2 akan berkongsi masalah dengan rakan mereka yang akhirnya akan membawa kepada penyelesaian yang salah..

    BalasPadam
  2. selain itu, tidak salah kita mendidik anak mengikut corak barat asalkan cara tersebut adalah betul..tidak semestinya semua yang berunsur 'kebaratan' itu salah...terpulang kepada ibu bapa bagaimana cara yang sesuai untuk mendidik anak2 mereka..

    BalasPadam
  3. gejala seks bebas semakin berleluasa pada masa kini, inilah disebabkan kurangnya penerapan nilai2 agama dan moral dalam diri. ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk nilai dan jati diri anak2 mereka.

    BalasPadam
  4. Emmm, jika pendidikan agama cukup pun susah juga mau jangka perangai manusia..daripada apa yang saya lihat kongkongan adalah punca mengapa mereka ini bertinddak sedemikian.Sebahagian daripada mereka terlalu dikongkong dan apabila berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dan jauh dari ibubapa maka kejutan budaya akan berlaku yang mana akan mendorong mereka untuk melakukan perkara baru yang mereka sendiri tidak sedar keburukan yang menimpa... hanya la sekadar pendapat. Apa yang boleh saya katakan, hidup kita mesti la ada keseimbangannya, jangan terlalu taksub dengan hanya satu benda. Ingat Tuhan dan berpijaklah dibumi yang nyata....

    BalasPadam
  5. In my opinion, I don't think religion is enough to prevent teenagers from committing sexual intercourse. No matter how much religious and moral values were instill in their mind, in the end, they might choose to ignore it. Often, their mind are being controlled by lust rather than their brains. Teenagers are easily tempted to try new things which they are curios. What they see in the media, makes them even more tempted to commit sexual intercourse. From watching porno downloaded thru the internet leads them to wanna have sex. Parents should always monitor their activity, spend more time with them and guide them to the right path.

    BalasPadam
  6. walaupun mereka mempunyai didikan agama, tapi jika ia tidak diterapkan dalam jiwa, gejala seperti ini tetap juga akan berlaku. hal ini sebenarnya lebih byk berlaku kerana pengaruh persekitaran. terlalu byk pengaruh disekeliling kita, seperti melalui media yg terlalu bebas. apa yang penting adalah penerapan nilai 2 murni dalam diri.

    BalasPadam
  7. ya.. didikan agama saja tidak cukup jika ia tidak diterapkan, apa yan penting adalah, kita perlu jaga persekitaran kita, ibu bapa perlu pantau kegiatan anak2 mereka. galakkan anak2 melakukan kegiatan yang lebih berfaedah.

    BalasPadam
  8. bagi saya itu semua berpunca dari institusi kekeluargaan yang gagal menerapkan nilai2 moral dan aktiviti sosial yang sihat dikalangan ahli keluarga mereka. seperti yang berlaku di sandakan, terdapat segelintir ibubapa yang terlalu memberi kebebasan kepada anak2 mereka tanpa sebarang pengawasan.

    BalasPadam
  9. antara punca2 utama yang memerlukan pengawasan berterusan ialah pengaruh rakan sebaya, Sikap keluarga dalam mendidik dan mengasuh anak
    -anak dan Pengaruh media massa.

    BalasPadam
  10. Punca2 utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.

    BalasPadam
  11. Semua orang lahir memang mahu seks tapi cara mereka menghadapinya adalah terpenting. Pendidikan agama telah pun membuktikan tiada guna untuk mengelakkan sex maniac ni.

    BalasPadam
  12. Parents played an important role to make sure that their children do not wander into the wrong path.

    BalasPadam
  13. Budak-budak sekarang seolah-olahnya cepat matang, tapi sebenarnya pemikiran mereka masih mentah lagi.

    BalasPadam
  14. Bagi saya keluarga memainkan peranan penting dalam menanggani hal ni. Bebas atau tak sebenarnya, hal nombor dua, apa yg penting ialah keluarga mendidik anak dan sentiasa rapat antara satu sama lain. Keakraban yg timbul akan mebuahkan kasih sayang yg mendalam dan secara tak langsung mampu mengawal sikap anak2 muda :)

    BalasPadam
  15. Keluarga saya berikan sepenuh kepercayaan dan kebebasan terhadap kami adik beradik... dan saya sangat bersyukur memiliki parents yg cukup mendidik kami dari kecil dan menyokong kami dalam setiap perkara yang kami mahu lakukan. Justeru kami adik beradik tak mahu buat hal biarpun bebas kerana ia hanya akan menyebabkan parents kami sedih...
    pendek kata, kalau anak muda tahu jaga nama baik dan maruah keluarga, saya yakin hal seperti ni takkan berlaku :)

    BalasPadam
  16. hhmm, entah apa mahu jadi dengan budak2 zaman sekrang ni.. aduii
    Apapun saya harap semua pihak harus mainkan peranan masing2 bagi menanggani hal ni.

    BalasPadam
  17. SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA BERASA KECEWA DI ATAS PERBUATAN KAUM HAWA YANG TIDAK MEMBERI KEMANUSIAAN TERHADAP BAYI YANG TIDAK BERDOSA KERANA NAFSU SERAKAH SANGGUP MEMBUANG BAYI.BAGI SAYA BINATANG PUN TAHU SAYANG KEPADA ANAKNYA.

    BalasPadam
  18. siok ba tu. itu ini masalah. baru hidup namanya. hujung cerita, keluarga yg kena kasi salah. cuba fikir apa kesan drpd semua maklumat yg masuk dlm kepala hotak. sekali nampak org becium dlm TV, ok find, (pala hotak cakap eeeee~~) 10 kali nampak (. . . . . . . .) hari ahad suda test. mahu salahkan keluarga..? fikir logik laa... isu kegagalan keluarga ni dah basi la...

    BalasPadam