Memaparkan catatan dengan label hariraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hariraya. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 18, 2012

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI ESOK AHAD 19HB. OGOS 2012

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Ahad

582235_420136318038462_494348418_n-crop-crop KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Ahad, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012," katanya.

Isnin, Ogos 29, 2011

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI ESOK HARI SELASA 30HB. OGOS 2011

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Esok

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Sabtu, Ogos 27, 2011

SEORANG KANAK-KANAK HILANG 4 JARI & SEORANG LAGI HAMPIR BUTA AKIBAT SERONOK MAIN MERCUN

Padah main mercun

MOHD. Amin Abdullah (kiri) dan Wan Mohd. Zakuan Wan Zadrim dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 26 Ogos – Seorang murid tahun enam dan pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Tumpat, menjadi mangsa terbaru akibat bermain mercun di negeri ini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, Wan Mohd. Zakuan Wan Zadrim, 12, dari Kampung Dalam Rhu, Tumpat, hilang empat jari tangan kiri selepas mercun buatannya tiba-tiba meletup.

Menurut Wan Mohd. Zakuan, ketika kejadian, ibunya, Saerah Samad, 42, keluar bekerja dan dia cuba membuat mercun buatan sendiri dengan memasukkan belerang ke dalam besi antena televisyen.

Selasa, Ogos 23, 2011

TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL DITETAP PADA HARI ISNIN 29HB. OGOS

Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetap pada 29 Ogos

KUALA LUMPUR 23 Ogos — Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Khamis, Julai 28, 2011

“IF THAT ALSO THE SDO CANNOT IMPLEMENT, I WONDER WHAT BIGGER PROJECTS COULD BE DONE BY THEM,” - HAJIJI

State Devt Office under fire

TUARAN July 28, 2011: Sulaman assemblyman Datuk Hj Hajiji Hj Noor yesterday took the State Development Office (SDO) to task for failing to rebuild the Kampung Mengkabong mosque after dismantling the old one in December last year.

“When they took down the old mosque last December, the expectation of Muslims in Mengkabong would naturally be that the new one would be ready for the fasting month and Hari Raya Puasa this year.

“Now the fasting month is almost here, where are the Mengkabong Muslims going to go for their Tarawih prayers during the fasting month? Where are they going to go for their Hari Raya prayers?” he asked.

Hajiji, who was speaking to reporters after officiating at the Tuaran District Consumer Awareness Seminar at Kampung Gayang, said the new mosque project costs only RM1.2 million and there is no reason why it could not be built within half a year.

“We are not even talking about a RM12 million project, but only RM1.2 million. We are talking about only a village mosque. If that also the SDO cannot implement, I wonder what bigger projects could be done by them,” he said.

Hajiji, who is also the Local Government and Housing Minister, said what irked him most was the SDO’s decision to pull down the old mosque when they could not rebuild it in time for the fasting month.

“I am very, very disappointed. I took the trouble to speak to former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi, who approved the project.

“That was a few years ago, and until today the project has not been implemented despite the old mosque having been torn down. How can I not be disappointed?”

Sabtu, September 11, 2010

AMALKAN PEMAKANAN SIHAT SEPANJANG SYAWAL INI

Amalkan Pemakanan Sihat Sepanjang Syawal Ini, Nasihat Pegawai Dietetik

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Apabila tiba musim perayaan, masyarakat seolah-olah berada dalam 'syurga makanan' menyebabkan ramai yang mengetepikan seketika faktor makanan sihat dan seimbang.

Namun, menurut seorang pakar pemakanan sikap sedemikian harus dihentikan kerana kesan ke atas kesihatan seseorang khususnya bagi mereka yang sudah menghidap penyakit seperti kencing manis adalah besar.

"Musim perayaan ini ramai orang buat rumah terbuka, hidang pelbagai makanan, mendorong orang ramai makan lebih banyak. Kadang-kadang kita makan kerana mahu menjaga hati tuan rumah...kita boleh makan, tapi ambil dengan kuantiti yang sedikit," kata Yeo Pei Sien, Pegawai Dietetik Hospital Kuala Lumpur kepada Bernama di sini.

Beliau berkata tidak sukar untuk mengawal pengambilan makanan jika masyarakat mengamalkan beberapa tips ketika menghadiri rumah terbuka.

Antaranya kata Yeo, ialah membuat perancangan dalam memenuhi undangan rumah terbuka iaitu hanya makan sedikit di setiap rumah yang dikunjungi.

"Jangan pergi rumah terbuka dalam keadaan yang sangat lapar. Apabila kita terlalu lapar kebarangkalian makan terlalu banyak sangat tinggi, kita akan jadi 'overeating'.

"Jadi, jangan biarkan perut kosong. Rancang dahulu, setiap rumah makan sedikit dan pastikan ia seimbang," katanya.

Yeo berkata orang ramai juga wajar menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan makanan bagi memastikan setiap hidangan yang dijamah bukan saja mempunyai elemen yang diperlukan tetapi pada kadar mencukupi.

"Selain itu pengambilan air kosong amat penting. Setiap daripada kita harus minum antara lapan hingga 12 gelas air kosong setiap hari," katanya.

Bagi yang menganjurkan rumah terbuka pula, Yeo berkata mereka juga harus bijak mengubah suai resepi tanpa menjejaskan rasa juadah yang dihidang.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak lupa melakukan senaman ringan sepanjang musim perayaan ini.

"Saya tahu ramai yang kurang menjalankan aktiviti senaman masa Hari Raya ini kerana sibuk pergi rumah terbuka. Buat aktiviti ringan...seperti berjalan kaki dari rumah ke rumah. Setidak-tidaknya kita boleh bakar sedikit kalori yang diambil," katanya.

Khamis, September 09, 2010

UMAT ISLAM SAMBUT AIDILFITRI JUMAAT

Umat Islam Sambut Aidilfitri Jumaat

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Rabu malam.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

~~~~~

Sembilan Ditahan Kerana Sambut Aidilfitri Pada Rabu

Selasa, November 10, 2009

LIHAT ANAK BULAN ZULHIJJAH 17 NOV

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah ialah pada petang Selasa, 17 Nov bersamaan 29 Zulkaedah 1430 Hijrah, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Perkara itu telah dititahkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan Raja-Raja, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan juga telah diperkenankan melihat anak bulan Zulhijjah pada petang itu di 29 tempat di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Qurban.

Sabtu, Oktober 17, 2009

16.10.2009 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009 SK KITUNTUL RANAU

Bertempat di SK Kituntul Ranau, pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya yang telah di hadiri oleh En. Jusli Hj Zakaria selaku wakil Pegawai Pelajaran Daerah Ranau selaku wakil Pegawai Pelajaran Daerah Ranau , Ustaz Aziz Muji Ketua Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah, En. Sain Gahali Guru Besar SK Badukan, rombongan dari pejabat pendidikan daerah Ranau, Tim YDP PIBG En. Hasbi Jumin serta guru-guru dan kakitangan SK Kituntul Ranau.

IMG_1703

IMG_1695

 IMG_1697 

IMG_1700

Rabu, September 30, 2009

SUDAWIL DO DUSUNKADAZAN DOID BUNDULIWAN

Pada 22/09/2009 bertempat di kediaman YBhg. Dr. Othman Minuddin di Kg. Silou Ranau, sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidill Fitri. Saudara Patrick Guritom yang turut hadir telah mengambil kesempatan mempromosikan buku koleksi “SUDAWIL” atau Rangkap Pantun Dalam bahasa Dusunkadazan, yang berbentuk buku 30 muka surat dengan koleksi sebanyak 227 rangkap pantun.

Buku tersebut merupakan usahasama beliau bersama dengan Dr. Benedict Topin.

 IMG_0509 Tuhup do sogia’an

Popogirot do kotumbayaan

Maganu oku do kasaga’an

Popotimpuun diti ababayan

-

IMG_0518 Tulud-tulud kandawai

Tulud sulok bawang Liwogu

Osonong ginawo dahai

Nokosolowot dikoyu kawagu

-

IMG_0522

Tatak roun do kayu

Tatak id kopuruan

Momilin oku dikoyu

Pogiroto tokou pisompuruan

-----

Jika berminat sila berhubung dengan beliau di 0168010458.

Atau berhubung dengan http://kdca.org.my/contact

Sabtu, September 19, 2009

MEDIA BERTANGGUNGJAWAB BANTU MAJUKAN NEGARA

"Kita kena berlaku adil kepada semua kaum. Ini bukan hanya sesuatu yang kita hendaki tetapi ianya juga adalah tuntutan agama Islam. Era kerajaan lebih tahu telah berakhir dan kini kita perlu berinteraksi dengan semua dan untuk ini media harus tahu pemikiran kerajaan dan sebaliknya,"

-

"Meskipun dalam keadaan kelaparan dan dahaga, niat kita untuk mencapai kejayaan masih ada dengan kekuatan minda dan pemikiran. Dalam menyambut Hari Raya, kita juga harus bersyukur kerana kita dapat menyambut perayaan ini dalam keadaan aman, selesa dan dengan segala yang mencukupi,"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Rabu, September 16, 2009

SEKOLAH CUTI KHAS JUMAAT INI

PUTRAJAYA, 16 Sept (Bernama) -- Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.

Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal.

Isnin, September 14, 2009

KIT ELAK JANGKITAN WABAK H1N1 KETIKA RAYA

"Kit H1N1 boleh disediakan sendiri dan perlu sentiasa dibawa. Hanya perlu ada tiga komponen untuk melengkapkan kit itu yang mempunyai

pencuci tangan antikuman,

topeng penutup mulut serta hidung dan

tisu,"

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican

Ahad, September 13, 2009

SEBELUM BALIK KAMPUNG JANGAN LUPA BELI IKAN PUYU

5 keperluan wajib sebelum balik kampung

Kamal Affandi Hashim

SAYA hanya ketawa kecil apabila melihat pembelian wajib seorang rakan, Hanifi sempena Aidilfitri yang bakal menjelma. Bahkan, kerutan mukanya melihat saya ketawa hanya berjaya menyebabkan ketawa saya menjadi lebih besar! Lihatlah sendiri antara senarainya:

 

1. Akuarium plastik satu set

 

2. Ikan puyu

 

 

3. Satu penyapu lidi

 

 

4. Lesung batu

 

 

5. Gam gajah

 

 

Kenapa? Apa yang lucunya? Masakan tidak!

Kenapa? Apa yang lucunya? Masakan tidak! Saya sudah boleh menjangkakan kenapa Hanifi beria-ria memastikan lima barangan itu ada dalam senarai wajibnya. Tak lain dan tak bukan untuk memenuhi petua memastikan rumahnya selamat ketika pulang ke kampungnya di Pahang nanti. Yalah, ikan puyu dalam akuarium untuk elak dipukau dan penyapu lidi di belakang pintu untuk elak dipecah masuk. Lesung pula untuk melengkapkan litar 'sistem penggera' rumahnya barangkali!

Hakikatnya, itulah sebahagian daripada senario sebenar yang berlaku kepada ramai antara kita. Maaf, bukan saya skeptikal kepada petua seperti itu. Cuma ada perbezaan antara kepercayaan tradisi dengan aplikasi wajib pencegahan jenayah masa kini. Walaupun kedua-duanya ikhtiar seseorang untuk mengurangkan risiko pecah rumah, sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan praktikal untuk dilakukan.

Setiap kali musim perayaan, ramai mula 'tersedar' keperluan memastikan rumah dan harta benda yang bakal ditinggalkan di dalamnya dalam keadaan selamat. Ada yang sudah mula mencongak bajet membayar perkhidmatan kawalan keselamatan statik daripada pihak ketiga. Ada pula yang sudah merangka jadual penggiliran tugas berjaga minggu pertama Aidilfitri. Bahkan, ada pula yang terpaksa menjadi pengawas rasmi atau wajib rumah jiran semata-mata kerana tidak pulang ke kampung pada tahun ini!

Sebenarnya, prinsip pengurusan risiko seperti berikut:

a) Mengelak risiko

b) Memecahkan risiko

c) Mengalihkan risiko

d) Menyubahati risiko

e) Mengandaikan risiko

Sama ada seseorang tinggal di rumah banglo, teres atau pangsapuri sekalipun, semuanya tetap tertakluk kepada kaedah sama. Bahkan, memang benar kata orang saiz tidak penting. Tidak kira besar atau kecil saiz sesebuah premis itu, kaedah pecah masuk sama yakni melalui tingkap, pintu atau bumbung.

Pintu

Apa yang perlu dilakukan kita ialah memastikan jalan masuk/keluar ini dapat membantu mengelak risiko pecah masuk di samping diperkukuh untuk menghindar harta benda daripada dicuri atau dilarikan. Cuba perhatikan daun pintu ini dari sebelah luar mahupun dalam dan lihat keadaan tombol dan engselnya.

Sekiranya posisi anda adalah di luar rumah dan untuk membuka pintu perlu ditolak ke dalam, anda hanya perlu memeriksa/mengukuhkan telinga gril (dengan membuat kimpalan lipan) dan juga memasang kunci tambahan pada daun pintu dari jenis dead-bolt saja. Itu saja keperluannya dan pintu anda sudah dinaiktarafkan darjah kekebalannya!

Keadaan sebaliknya bagi pintu jenis yang ditarik ke luar untuk membukanya. Sebenarnya pintu anda tidak kukuh kerana sudah dipasang terbalik! Ini kerana bahagian kerjanya seperti engsel dan mekanisme kunci terdedah dan boleh dimanipulasi dengan mudah. Anda perlu menukar tombol itu kepada yang lebih baik (mahal), menambah dead bolt lock, selak di bahagian atas dan bawah daun pintu serta barangkali tidak balik kampung pada raya ini!

Pada masa sama, gril yang ada di sebelah dalam itu juga perlu dikemaskini dengan menambah selak di atas dan di bawahnya. Posisi selak ini pula bukan di penjuru, se-baliknya di tengah-tengah bagi mengelirukan bakal penjenayah yang bercadang memecah masuk selepas berjaya membuka pintu yang anda tidak mahu kukuhkan tadi!

Bagi pintu gelungsur atau sliding door, ada yang masih menggunakan batang kayu penyapu yang diletak di atas landasannya. Ini kaedah yang lazim digunapakai oleh hampir semua penghuni rumah. Keburukannya hanya tiga; pintu masih boleh dibuka dengan mengangkat saja panel gelungsur itu, batang kayu terpaksa disorok bila ada tetamu datang dan sakit pinggang kerana banyak membongkok!

Cara paling mudah, murah dan lebih berkesan yakni sekitar RM25 ialah dengan membeli kunci khas pintu gelungsur di kedai perkakasan DIY. Jika bajet anda hanya RM5, usah khuatir kerana anda masih boleh membeli selak dan memasangnya di setiap bingkai panel pintu gelungsur ini.

Tingkap

Jenis tingkap yang paling popular ialah panel kaca bersusun atau lebih dikenali sebagai Naco (sebutan; nako). Ia dilengkapi dengan bar besi dan didatangkan dengan set bingkai lengkap. Hanya perlu pilih jenis kaca hendak diguna dan panjangnya saja. Kelemahan Naco cuma ia boleh dimanipulasi dari luar tanpa perlu membuka cermin satu persatu seperti tanggapan umum.

Tidak banyak yang perlu anda lakukan bagi tujuan memastikan ia tidak dapat dibuka dari luar. Anda cuma perlukan sedikit masa, pemulas skru dan sebatang skru saja. Sebelum meninggalkan rumah, skru betul-betul di bahagian bawah pemegang tuas pembuka itu. Tinggalkan sedikit kepala skru tadi di paras tuas pembuka. Tujuannya untuk mematikan tuas pembuka tadi. Dengan cara itu, ia tidak dapat langsung dibuka dari luar.

Bumbung

Bagi yang memiliki bumbung dan atap, kebimbangan ialah apabila kemasukan dilakukan melalui jalan ini. Apatah lagi yang tinggal di rumah teres berkembar dan kawasan perumahan baru, ia adalah mimpi ngeri tuan rumah. Sebelum tidur asyik lihat ke siling rumah dan terpaksa membayangkan pelbagai senario menakutkan? Kebetulan pula kebanyakan bukaan lubang akses siling ialah di bilik tidur utama!

Ya, benar ada kes pecah rumah yang berlaku yang mana penjenayah turun ala Spiderman melalui siling. Tetapi yang pasti, mereka akan membuka sekeping panel akses ke siling itu sebelum turun/naik melaluinya. Belum ada yang memecahkan bahagian lain siling rumah untuk turun.

Selain daripada sistem penggera moden, anda boleh meletakkan perangkap tikus jenis spring di beberapa tempat di dalam siling rumah. Ini dapat membantu dalam banyak cara. Sekiranya terpijak atau terpegang ketika penjenayah merangkak dalam gelap, prapp!!, barang sudah tentu cap jari dan bukti DNAnya melekat di situ!

(Ada kenalan saya meletakkan papan berpaku di merata tempat di dalam silingnya). Jangan lupa pastikan pintu bilik yang ada bukaan siling ini ditutup sepenuhnya apabila meninggalkan rumah nanti. Jika tidak ditutup, ia berupaya membantu penjenayah turun/naik nanti. Pada masa sama, tambah dead bolt lock supaya ia langsung tidak dapat dibuka kecuali dengan kunci.

Perkara lain

Perlindungan insurans adalah antara kaedah memindahkan risiko. Bayar premium dan harta anda terjamin sekiranya dicuri dalam kejadian jenayah.

Di samping itu, maklumkan jiran dan kenalan jangkaan tarikh anda pulang ke kampung dan kembali semula ke kediaman. Kalau premis anda sebuah kedai, jangan tampal notis tarikh dan dijangka tutup!.

Apabila selesai sambutan dan sebaik saja sampai semula di kediaman, jangan ulangi kesilapan orang lain. Ramai yang terus saja keluar dari kenderaan dan berebut-rebut masuk ke dalam rumah. Ini bahaya kerana manalah tahu kalau-kalau pada masa itu ada penjenayah di dalam rumah. Parah dibuatnya!

Yang penting, bapa akan keluar dari kenderaan terlebih dulu, masuk rumah, buka lampu dan buat pemeriksaan pintu belakang, bilik atas dan semuanya sebelum membenarkan anak-anak masuk.

Sempena dengan cuti perayaan, kita bernasib baik kerana polis kita berbanding kepolisan negara lain sentiasa menganjurkan Kempen Rumah Selamat Ketika Bercuti. Anda mungkin tidak tahu bahawa dalam 10 tahun program ini dilaksanakan, semua rumah yang berdaftar pada tempoh kempen ini masih mempunyai rekod cemerlang iaitu sifar peratus pecah!

Elok rasanya anda menghubungi balai polis terdekat dan mengisi borang yang disediakan. Apatah lagi perkhidmatan ini percuma. Di samping jimat, ia juga boleh memberikan ketenangan minda apabila pulang ke kampung halaman hujung minggu ini.