Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

Selasa, September 27, 2011

THE STAR OF MISREPORTING HUDUD QUIT VOW?

DAP accuses The Star of misreporting hudud quit vow

KUALA LUMPUR, Sept 27 — The DAP accused The Star today of falsely reporting that Lim Guan Eng had threatened to pull the party out of Pakatan Rakyat (PR) if hudud became part of the pact’s joint policy.

Zairil Khir Johari, Lim’s political secretary, wrote in an open letter to the English daily that the party secretary-general had merely promised that “the entire central executive committee (CEC) would resign to take full responsibility if hudud” became PR policy.

“An initially correct report had come to be replaced by one that was imaginatively concocted,”

Rabu, Mac 03, 2010

TUN RAZAK HUSSEIN PETUALANG NEGARA ?

Arahan tutup mulut — Tengku Razaleigh Hamzah

3 MAC — Menurut salah seorang Naib Presiden Umno, parti itu kini melarang para ahlinya daripada memperkatakan isu pembayaran minyak PETRONAS kepada negeri-negeri.

Pada hemat saya, dari hari ini dan seterusnya, arahan tutup mulut ini perlu dikendalikan dengan betul oleh Umno.

Mereka juga hendaklah berhenti bercakap-cakap fasal Tun Razak Hussein, yang menurut mistar Umno Baru, merupakan seorang petualang.

Allahyarhamlah orang yang mengarah saya untuk mereka bentuk Akta Kemajuan Petroleum agar negeri-negeri yang merupakan pusat populasi Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Johor dan pastinya negeri Pahang yang amat Allahyarham cintai, beroleh manfaat berupa hasil langsung daripada minyak di luar pesisir pantai melewati lingkungan tiga batu nautika, menerusi mekanisme bayaran tunai 5 peratus yang dibayar terus kepada dana disatukan dalam negeri-negeri berkenaan.

Kalau ikut acuan terkini Umno, Allahyarham sememangnya pengacau nombor wahid. Melalui segala bentuk saluran penyampaian maklumat kerajaan, kini Umno Baru bertegang urat menegaskan bahawa Kelantan dan Terengganu langsung tidak berhak menerima pembayaran tersebut, atas hujah lembam kononnya minyak itu ditemui melewati lingkungan 3 batu nautika di luar pesisir pantai.

Amat naif  Allahyarham Tun Razak kerana tidak dapat menduga betapa pihak Umno Baru ada cara lebih baik, ya, lebih baik daripada kalangan warga Melayu Pantai Timur (Semenanjung Malaysia) yang sebegitu daif kehidupan mereka, dalam hal memanfaatkan wang itu.

Lihatlah bagaimana lebih daripada RM20 bilion dibelanjakan atas nama Terengganu sepanjang tempoh bertahun-tahun ini walhal warga Terengganu terus bergelut dengan kemelut kemiskinan lantaran wang itu tidak sampai kepada mereka.

Ya, tentunya hati mereka terhibur sekali melihat gelagat para jutawan bermain-main dan bercanda dalam perahu-perahu layar mewah, atau mengagumi keindahan sebuah masjid kristal di mana mereka tidak dapat bersolat di dalamnya.

Maka kita juga wajib mengeluarkan arahan tutup mulut daripada menyebut-nyebut nama Allahyarham Tun Hussein Onn. Sekurang-kurangnya, Allahyarham insan berprinsip dan musuh mutlak bagi segala bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Allahyarham merupakan ancaman sebegitu hebat kepada Umno Baru lantas beliau, seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman, tersisih (dan terpaksa memutuskan keluar) daripada parti, dan tamat riwayatnya di luar parti.

----

Ku Li dares Umno to impose ‘gag order’

Lim wants oil royalty documents declassified

Isnin, Mac 01, 2010

ADUN UMNO TARIK BALIK SOKONGAN USUL ROYALTI KEPADA KELANTAN

ADUN Umno tarik balik sokongan

Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.

Mat Yusof menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan lidah rasmi PAS - Harakahdaily - bahawa usul tersebut diluluskan sebulat suara selepas turut disokong oleh semua ADUN Umno/BN.

lamanweb tersebut menyebut usul tersebut disokong oleh ketua pembangkang Umno/BN, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (Umno/BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (Umno/BN–Kuala Balah).

Manakala Datuk Nozula Mat Diah (Umno/BN–Paloh) dan Adhan Kechik (Umno/BN–Bukit Bunga) pula dilaporkan oleh Harakahdaily, tidak bangun. Datuk Noorzahidi Omar (Umno/BN–Pengkalan Kubur) pula tiada dalam dewan ketika itu.

Menjawab soalan, Mat Yusof berkata, keputusan untuk menyokong usul awal tersebut telah disepakati oleh keenam-enam ADUN Umno/BN berkenaan.

Perkara itu juga, tambahnya, telahpun dimaklumkan kepada badan perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Datuk Mustapa Mohamed yang juga ahli parlimen Jeli.

Bagaimanapun, katanya, mereka memutuskan untuk tidak mengundi usul pindaan tersebut kerana ianya tidak sepertimana yang mereka persetujui sebelumnya.

---

Royalti: 3 ADUN Umno sokong usul DUN K'tan

Kelantan Mahu Proses Timbang Tara Dengan Petronas Dalam Isu Royalti Minyak

Oil royalty advertisements backfiring

SEBELUM ADA PDA KERAJAAN SABAH DAN SARAWAK SUDAH MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN SHELL, KETIKA ITU SHELL DIKEHENDAKI MEMBAYAR ROYALTI KEPADA SABAH DAN SARAWAK SEBANYAK 8 HINGGA 12 PERATUS

Bekas peguam Petronas kecewa royalti Kelantan dinafi

KOTA BHARU, 28 Feb: Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Syaghir Nik Mohd Nor (gambar bawah) melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak.

Beliau berkata, pemimpin terbabit dianggap menafsir undang-undang tanpa melihat kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).

Katanya, akta tersebut menyebut dengan jelas perkataan onshore (daratan sehingga tiga batu nautika) dan offshore (perairan negeri).

“Saya hairan mengapa mereka termasuk juga yang bergelar profesor di universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut.

“Saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat.

“Sedangkan pada 1975 Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir memberi hak kepada Petronas mencarigali minyak yang di kawasan onshore dan offshore,” katanya pada taklimat mengenai tuntutan royalti petroleum kepada wakil-wakil rakyat di Bilik Gerakan Negeri di sini, petang tadi.

Hadir sama bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan peguam kes tuntutan royalti minyak Terengganu, Thommy Thomas.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tuntuan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa, dua Adun BN iaitu Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Yusoff Abdul Ghani (Nenggiri) serta wakil-wakil rakyat lain.

Turut hadir pegawai-pegawai kerajaan negeri, pusat serta wartawan tempatan.

Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuntutan royalti minyak Kelantan semata-mata bagi menegak kebenaran setelah ada pihak yang mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang Perbendaharaan Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu sebelum ada PDA kerajaan Sabah dan Sarawak sudah menandatangani perjanjian dengan Shell.

Katanya, ketika itu Shell dikehendaki membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 8 hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi carigali dengan pantai.

“Mengambil kira perkara tersebut saya ketika itu dipertanggungjawab merangka draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan Petronas perlu membayar royalti 10 peratus iaitu 5 peratus kepada pusat dan 5 peratus lagi kepada negeri.

“Lagi pun Tun Razak tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA. Kesemua negeri mempunyai hak yang sama di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan seperti digambarkan pihak tertentu,” ujarnya.

Abdul Aziz (gambar kiri) juga menegaskan pembayaran royalti kepada negeri tidak menggunakan kaedah 3 batu nautika seperti yang diuar-uarkan pemimpin kerajaan pusat sekarang.

Katanya, pembayaran yang dibuat berdasar kepada istilah onshore dan offshore serta tidak berbangkit sama sekali kaedah 3 batu nautika.

“Kalau ada pendapat menyebut royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah.

“Kerajaan pusat, negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5 peratus. Tidak benar sama sekali ada perbezaan royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri di semenanjung dalam soal ini,” ujarnya.

Thomas pula menjelaskan biar pun isu royalti diketengahkan ke mahkamah bagi mendapat keadilan, kerajaan negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk memperkatakan isu berkenaan.

Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim belum membuat apa-apa keputusan.

“Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar,” ujarnya.

Sementara itu Husam berkata, Kelantan akan menggunakan rundingan bagi menuntut royalti dan tindakan mahkamah merupakan jalan terakhir.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan mendapat pandangan dari semua Adun terlebih dahulu sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Ditanya kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang tetap mahu menghantar surat jemputan pelantikan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa berkenaan kata Husam surat tersebut tidak ada dilayan.

“Kita berpendapat jawatankuasa itu haram dan tiada dalam undang-undang, bahkan bayaran 5 peratus yang mereka ambil itu juga haram,” katanya selepas mesyuarat Exco sebelum itu.

Ahad, Februari 28, 2010

SABAH SHOULD SUPPORT THE CAMPAIGN ON OIL ROYALTY AS THE ISSUE AFFECTING ITS COUNTERPARTS IN THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA WAS SIMILAR TO THEIRS.

DAP wants the ban on Mojuntin book lifted

Kota Kinabalu: DAP Secretary-General, Lim Kit Siang, has challenged Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the Federal Cabinet to find out why he (Lim) believes "Malaysia is less 1Malaysia" 10 months after the launching of the 1Malaysia concept.

"After 10 months of 1Malaysia, Malaysia is more polarised and divided in the region," he told reporters, Friday. Towards this end, he said Najib should sit down with his Cabinet to seriously discuss the matter.

He also challenged Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to take three tests in order to tell whether the 1Malaysia concept has succeeded.

  • He said the first was whether "Muhyiddin could get the support from a Parliamentary Select Committee on 1Malaysia (if set up) headed by an opposition MP".
  • The second was to ask Muhyiddin to declare that in 1Malaysia it should be "Ketuanan Malaysia" (Malaysia Supremacy) instead of the "Ketuanan Melayu" (Malay Supremacy).
  • The last was to see whether Muhyiddin would be able to declare himself a Malaysian first and Malay second in accordance to the definition of 1Malaysia in the 1Malaysia Government Transformation Programme Roadmap.

The Ipoh Timur MP also urged the Prime Minister to produce a white paper on all documents related to the oil royalty issue to the state of Kelantan, Terengganu and Sabah since 1974 in Parliament.

He claimed Terengganu, which had been enjoying oil royalty for 25 years, had it revoked because the Federal Government stated that it was not obliged to give the oil royalty after the opposition won the State in 2004.

Towards this end, he said Sabah should support the campaign on oil royalty as the issue affecting its counterparts in the east coast of Peninsular Malaysia was similar to theirs.

On another note, Lim said the people in Sabah, especially the KDM community, should voice out their support for the lifting of the ban on the book entitled "The Golden Son of the Kadazans".

He questioned the reason for the government to ban the book that was written on Sabah's leader Datuk Peter Mojuntin, who died in the plane crash on June 6, 1976 together with then Chief Minister Tun Fuad Stephens, Datuk Salleh Sulong, Datuk Darius Binion and others in Sembulan.

"Sabah's development could have been very much different if these leaders were alive today," he said.

He said the question was raised in Parliament in November last year and the reply from the Government was that the book threatened peace and order.

"But is it because it was written by a DAP Assemblyman, (the late) Bernard Santa Maria? We cannot accept the banning of the book," he said.

Lim said that if the ban on the book "The Malay Dilemma" can be lifted there was no reason the same could not be done for "The Golden Son of the Kadazans".

Later, Lim together with Sabah DAP chief, Dr Hiew King Cheu, deputy chief, Jimmy Wong, Serdang MP, Teo Nie Ching and other Sabah DAP leaders visited the Chinese New Year open house hosted by Moyog Assemblyman, Donald Mojuntin in Penampang.

Later in the afternoon, the DAP entourage visited the Triple Six monument in Sembulan to place a wreath in memory of the Sabah leaders who died in the crash.

According to Hiew, who is also the Kota Kinabalu MP, Lim would be attending the Pakatan Rakyat Chinese New Year open house at Kian Kok Hall on Sunday together with Parti Keadilan Rakyat advisor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selasa, Februari 09, 2010

AS AN UMNO MEMBER HIS GREATEST FEAR WAS THAT THE PARTY WOULD BE BOOTED OUT OF POWER, IF IT FAILS TO HEED THE DEMANDS OF THE PUBLIC.

      Umno can sack me, says Ku Li

      KUALA LUMPUR, Feb 8 — Tengku Razaleigh Hamzah(picture) said today that Umno had the right to sack him if they wish to over his controversial stand to side with Kelantan and the PAS government in their dispute with the Barisan Nasional (BN) federal government on oil royalty payments to the state.

      “They have every right to decide anyway they want. If they ask me to leave, I will leave. If they ask me to stay, I will.”

      The Gua Musang MP on Friday disclosed there was no such thing as ‘Wang Ehsan’ and states, including Kelantan, were entitled to oil royalties which has so far been denied by the Umno-led Federal Government.

      When asked about the feathers he has ruffled due to his repeated clash with Umno policy he used the Malay proverb that ‘siapa yang makan cili dialah rasa pedas’ to suggest that only those leaders who are culpable would feel sensitive over the issue.

      The founding chairman of Petronas added that he was merely explaining provisions of the Petroleum Development Act (PDA) last Friday when he called a press conference to continue his campaign for payments to Kelantan.

      “It’s not my stand. I have nothing to do with it”

      He said that the original purpose of the PDA was to ensure the poorest states in Malaysia received benefits.

      His advise to Petronas was for the company to comply with agreements signed with the states.

      Razaleigh added that there was too much power in the hands of the Federal Government, which he said flexes its muscles in a manner which is draconian and authoritarian.

      He said the Federal Government should improve ties with states, starting with oil royalties.

      “It’s a question of credibility and public confidence”

      He said as an Umno member his greatest fear was that the party would be booted out of power, if it fails to heed the demands of the public.

    Ahad, Februari 07, 2010

    "ISTILAH ROYALTI TIDAK ADA DALAM MINYAK, YANG ADA SEBUT BAYARAN TUNAI ATAU JUGA BOLEH DIBERI DALAM BENTUK WANG EHSAN,"

    Faktor Politik Punca Pembangkang Tolak Wang Ehsan

    KOTA BAHARU, 7 Feb (Bernama) -- Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata faktor politik yang menebal di kalangan pemimpin pembangkang menyebabkan parti itu menolak pemberian wang ehsan kerajaan pusat.

    Beliau berkata pembangkang juga lemah dari segi undang-undang menyebabkan pemimpin mereka meminta royalti sedangkan istilah itu tidak wujud dalam industri minyak negara tetapi Bayaran Tunai dan Wang Ehsan.

    "Istilah royalti tidak ada dalam minyak, yang ada sebut Bayaran Tunai atau juga boleh diberi dalam bentuk Wang Ehsan," katanya ketika berucap pada penerangan input ceramah isu royalti minyak kepada kakitangan kerajaan di sini pada Ahad.

    Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sebenarnya Kelantan belum mengeluarkan hasil minyak sebagaimana didakwa pemimpin pembangkang tetapi gas yang dikeluarkan di kawasan tuntutan bertindih dengan Thailand.

    "Itupun masih sikit dan pemberian wang ehsan sebanyak RM20 juta yang diumumkan baru-baru ini adalah berpada dengan jumlah pengeluaran gas," katanya.

    Untuk itu, beliau meminta pembangkang tidak menipu rakyat dengan isu royalti minyak yang tidak wujud sebaliknya menyatakan perkara sebenar mengikut perjanjian dan undang-undang yang dibuat dengan Petronas.

    "Apa yang diperkatakan oleh Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada 28 Jan lepas tidak sama dengan yang diucapkan pada Oktober 2000 mengenai wang ehsan kepada kerajaan Terengganu," katanya.

    Mustapa berharap semua pihak faham dengan undang-undang dan tidak mengambil kesempatan menggunakan isu royalti minyak semata-mata menipu rakyat untuk kepentingan politik, bukan perkara sebenar.

    Sabtu, Februari 06, 2010

    "THE ISSUE NOW IS WHETHER THE PETROLEUM IS FROM STATE WATERS OR OUTSIDE...THAT'S THE ISSUE NOW,"

    Oil Royalty Payment Must Be Looked From Various Legal Perspectives

    KUALA LUMPUR, Feb 6 (Bernama) -- The question of oil royalty payment by Petronas has to be viewed from various legal perspectives related to it, so said a legal practitioner.

    Datuk Mohd Hafarizam Harun said the question of who was entitled to the five per cent of the money from the petroleum sourced by Petronas, either the federal government or the state government involved, was not based merely on the Petroleum Development Act 1974 (PDA).

    He said the provision of Section 4 of the PDA that provides for the cash payment by Petronas to the federal and state governments needed to be read together with several other laws.

    This included the Emergency (Essential Powers) Ordinance 1969, the National Land Code 1965 and the Federal Constitution that clearly outlines the territorial rights of states and the federal government, he told Bernama Saturday.

    Other provisions included the Continental Shelf Act 1966 as well as the United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982, said Mohd Hafarizam who is a senior partner in the law firm of Hafarizam, Wan and Aishah Mubarak.

    image "The issue now is whether the petroleum is from state waters or outside...that's the issue now," he said.

    Touching on the claim raised by the Kelantan state government, especially its right on petroleum exploration as a joint venture of the Malaysian and Thailand government in the Gulf of Siam, he said although it was only 150km from Kota Baharu and 180km from Patani, Thailand, the area was outside three nautical miles equivalent to 5.5km which was the state's border.

    "For the Kelantan government to make a claim for oil royalty, it must not exceed three nautical miles, that is the state's border, and outside three nautical miles to 200 nautical miles is the Malaysian government's exclusive economic zone," he said.

    "So the royalty claim for petroleum exploration in the area comes under the Continental Shelf Act 1966 that clearly states that all rights for exploration and exploitation of natural resources including petroleum in Malaysia would be done by the Malaysian government," he said.

    Malaysia and Thailand signed an agreement in 1979 to set up the  'Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA)' to develop the "overlapping continental shelf by both countries" of 7,259 sq.km in the Gulf of Siam in the South China Sea and the proceeds were to be shared 50-50.

    On Jan 26, Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed, said the federal government had decided on RM20 million compassionate payment for Kelantan to be paid in March from oil and gas production from the South Earth Platform Block PM301 explored under the MTJDA.

    The amount was determined after discussions between the federal government and Petronas and was five per cent of the total production in the block since May 2008, he said.

    However, on the same day the Kelantan PAS government questioned the amount and asked the federal government to review it.

    Datuk Husam Musa, State Economic Planning, Finance and Welfare Committee chairman, said the amount that the state should receive based on discussions with Petronas should be RM40 million and not RM20 million.

    Husam, who is also Kelantan PAS deputy commissioner II, said through discussions with Petronas chairman Tan Sri Mohd Hassan Merican on Jan 8, he was told of the RM40 million amount and the amount did not include claims on the Star Platform overlapping in Terengganu-Kelantan waters.

    Kelantan last year put forward to the federal government royalty claims of RM2 billion for drilling operations in its waters and the state was found not to be entitled to the oil royalty as two oil wells under contention were located 150 nautical miles from the state's waters.

    Meanwhile in BACHOK, Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin said the Kelantan government needed to look at several other acts on the position of the state's water border before accusing the federal government of being unfair regarding its claim to oil royalty.

    Awang Adek, who is also deputy chairman of the Kelantan Umno liaison committee, said the state government should not hold on to the Petroleum Development Act only and put aside other acts about the position of the state's waters boundary.

    He said PAS purposely twisted the facts to confuse the people of Kelantan to divert their attention from state administrative problems, including that of the Kelantan Menteri Besar Corporation (PMBK).

    The Kelantan PAS state government should take the issue to court to determine the actual status of the oil royalty rather than purposely causing an uproar to gain political sympathy from the people, he said.

    He said the issue of oil royalty could be seen to be the same as the 'hudud' issue that was PAS' political capital earlier, whereby till now not a single parliamentarian from that party had proposed that the issue be debated in Parliament.

    Khamis, Februari 04, 2010

    "SAYA TIDAK PERNAH KATA ITU, TAKKAN SAYA NAK BERCAKAP BERCANGGAH DENGAN APA YANG SAYA BUAT. SAYA TIDAK NYANYUK LAGI."

    Hadir Ceramah Atas Jemputan NGO, Mahu Tunai Amanah Tun Abdul Razak, Kata Ku Li

    KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah pada hari Rabu menjelaskan kehadiran beliau memberi ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV adalah atas jemputan 52 badan bukan kerajaan (NGO) dari Kelantan dan Terengganu, bukannya di pentas kerajaan negeri pimpinan PAS.

    Malahan, beliau turut menegaskan bahawa kedatangan beliau itu adalah untuk menunaikan amanah allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua yang mahu hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak sekiranya terdapat minyak di pesisiran pantai negeri berkenaan.

    "Saya bukan hadir perhimpunan di Kelantan itu kerana saya hendak sokong PAS... Tidak... Saya ahli Umno.

    "Kebetulan saya bekas Pengerusi Petronas yang asal dari Kelantan. Kalau rakyat di sana hendak saya jelaskan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974, apakah saya tidak patut pergi? Saya kena bagi penerangan. Saya bukan fikir soal Kelantan sahaja, tapi juga soal seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama dalam temubual khas berhubung isu royalti minyak Kelantan di sini.

    Menurut beliau, pada zaman pemerintahannya, Tun Abdul Razak sememangnya mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur untuk membangunkan Kelantan, Terengganu dan Pahang selain di Sabah dan Sarawak.

    Katanya, formula pemberian lima peratus daripada hasil minyak kepada negeri-negeri berkaitan, adalah hasil rundingan dengan Ketua Menteri Sarawak Abdul Rahman Yaakob yang pada masa itu, mendakwa kerajaan pusat tidak ada hak ke atas minyak di Sarawak.

    "Tun Razak seronok sangat kerana Pantai Timur boleh dapat faedah walaupun tidak nampak tanda-tanda ada minyak, tapi tahu sekurang-kurangnya di offshore.

    "Sebab itu kita buat Akta Kemajuan Petroleum itu, menyatakan bahawa kalau jumpa minyak di offshore di mana-mana negeri, maka negeri itu akan mendapat lima peratus sekiranya negeri-negeri itu meletak hak seluruh hasil minyak kepada Petronas. Jadi, jelas, tidak ada apa yang hendak dipertikaikan," katanya.

    Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berharap Petronas menjalankan tugas dan tanggungjawab berdasarkan apa yang telah termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan tidak berdolak-dalik berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan.

    "Saya bukan hendak paksa Petronas atau kerajaan pusat bayar kepada kerajaan negeri (Kelantan) tapi ini mereka (Petronas) sendirilah kena mengikut perjanjian itu.

    "Dia (Petronas) telah menerima amanah ini dan tidak boleh hendak berdolak dalik dan kena menasihat kerajaan bahawa inilah yang sepatutnya dilakukan. Kalau tidak, apa ertinya ada perjanjian antara negeri-negeri dan apa ertinya persekutuan," katanya.

    Menjawab dakwaan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah daripada apa yang dikatakannya 10 tahun lepas mengenai isu yang sama, Tengku Razaleigh berkata: "Saya tidak pernah kata itu, takkan saya nak bercakap bercanggah dengan apa yang saya buat. Saya tidak nyanyuk lagi."

    Anggota Parlimen Gua Musang itu dilaporkan berucap pada malam ceramah Perdana Royalti Minyak di Stadium Mohamad IV di sini Khamis lepas.

    Antara intipati ceramah beliau, menyebut mengenai Kelantan layak untuk menerima royalti minyak, iaitu bercanggah daripada keputusan kerajaan berhubung isu terbabit.

    Ahad, Januari 31, 2010

    KERAJAAN SENTIASA BERSIFAT TERBUKA TERHADAP SEBARANG KRITIKAN, TIDAK KIRA IA DATANG DARIPADA PIHAK PEMBANGKANG MAHUPUN PENYOKONG KERAJAAN SENDIRI, DEMI KEPENTINGAN RAKYAT.

    Kerajaan Sentiasa Terbuka Terhadap Kritikan- Mukhriz

    JERLUN, 30 Jan (Bernama) -- Kerajaan sentiasa bersifat terbuka terhadap sebarang kritikan, tidak kira ia datang daripada pihak pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri, demi kepentingan rakyat.

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata bagaimanapun setiap kritikan akan dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

    "Kerajaan pusat sentiasa mengamalkan sikap terbuka terhadap apa juga perkara termasuk isu royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan.

    "Sikap keterbukaan itu juga boleh diaplikasi bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian jambatan baru dan majlis penyampaian sumbangan orang miskin di Kampung Sungai Korok, di sini hari ini.

    image Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai persetujuannya untuk mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

    Mukhriz berkata beliau percaya tindakan Anggota Parlimen Gua Musang itu dilakukan atas dasar perjuangan dan tidak berniat membelakangkan parti.

    "Tapi apapun saya tidak tahu keputusan Ahli Majlis Tertinggi dalam hal ini," katanya.

    Sabtu, Januari 30, 2010

    “SAYA BUKAN PAK TURUT, MALAH PADA ZAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN, TUN RAZAK, TUN HUSSEIN ONN DAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD, SAYA TIDAK PERNAH MENJADI PAK TURUT. KALAU ORANG AJAK KITA MASUK ‘ROK’ (SEMAK), KITA MASUK ‘ROK’ LAH ,”

    Saya berhak bersuara – Tengku Razaleigh

    KOTA BHARU 29 Jan. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau berhak untuk menyuarakan pandangannya tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri.

    Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau bebas untuk bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun berada di atas pentas pembangkang malam tadi.

    Bagaimanapun bekas Pengerusi Petronas itu menolak dakwaan kononnya tindakan tersebut adalah langkah awal untuk beliau menyertai pakatan pembangkang.

    “Saya bebas dan boleh bersuara apa yang saya suka asalkan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin parti.

    “Saya bukan pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya tidak pernah menjadi pak turut. Kalau orang ajak kita masuk ‘rok’ (semak), kita masuk ‘rok’ lah ,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam tadi.

    Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco kerajaan negeri serta kira-kira 20,000 rakyat negeri ini.

    Penyertaan Tengku Razaleigh dalam ceramah itu mencetuskan kontroversi kerana beliau berada di atas pentas kerajaan negeri yang ditunjangi Pas.

    Sementara itu, ketika menyampaikan ceramah, Tengku Razaleigh berkata, kehadirannya pada malam tersebut adalah berdasarkan prinsipnya yang mahu menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang ditindas selama ini.

    “Sebelum saya hendak datang sini ada orang hendak halang saya kerana melanggar disiplin parti tetapi apa saya peduli, saya hanya mahu menyatakan kebenaran selepas melihat rakyat Kelantan ditindas. Sepatutnya apa yang saya nyatakan pada malam ini telah dinyatakan 36 tahun yang lalu.

    “Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, saya tahu kerajaan negeri sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan bertindih dengan Thailand,” katanya.

    Katanya, jika Kerajaan Pusat tidak yakin dengan kebolehan kerajaan negeri untuk menguruskan royalti itu, beliau mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan untuk memastikan wang berkenaan diuruskan dengan baik.

    Jelasnya, beliau sendiri sedia menjadi ‘jambatan’ bagi menghubungkan pihak berkenaan demi pembangunan dan kepentingan negeri serta rakyat.

    “Saya rasa kerana mereka tak begitu yakin dengan kerajaan negeri disebabkan pimpinan Pas, barangkali saya fikir itu sebab berlengah tak nak bagi royalti kepada Kelantan.

    “Saya sanggup menjadi jambatan untuk berhubung antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dan Petronas supaya dapat kita laksanakan dengan baik demi faedah Kelantan,” katanya.

    Jumaat, Januari 29, 2010

    SARAWAK AND SABAH SHARED THEIR OIL BOUNTY IN THE SPIRIT OF STRENGTHENING THE FEDERATION. THE ARRANGEMENT STRUCK WITH THOSE STATES WAS EXTENDED TO ALL THE OTHER STATES ON THE PRINCIPLE OF KESAKSAMAAN, OR FAIRNESS.

    Oil Forum in Kota Bharu

    At 9pm tonight, I will be addressing the people of Kelantan at the Stadium Sultan Muhamad Ke IV, on the oil royalties that are their sovereign right.

    I have written on this issue before.

    honouring our agreements

    Letter to MB of Kelantan on oil royalties

    Here are the Vesting Deeds I referred to:-

    The larger issue is State rights. Malaysia is a Federation of sovereign states. The Federal government has no rights over any petroleum resources except where these have been assigned to the Federal Government by the respective state governments. The novel mechanism we created for this assignment was Petronas.

    The states vested all their rights in their petroleum resources in perpetuity to this entity incorporated under the Companies Act. In return Petronas bound itself to pay the respective state 5% of the profit oil from any oil found on or offshore of the state. I signed those undertakings with the Menteri Besar of each of the states.

    Petronas is all about the Federation of Malaysia. It was formed to strengthen and protect the Federation. In founding it we intended to strike a balance which ensured that while respecting the sovereign rights of the individual states over their oil resources, all the citizens of the country, no matter what state they lived in, had some part in the bounty of oil.

    Sarawak and Sabah shared their oil bounty in the spirit of strengthening the Federation. The arrangement struck with those states was extended to all the other states on the principle of kesaksamaan, or fairness.

    By ignoring both the letter and the spirit of those agreements, the Federal government sets aside the very purpose of Petronas. More importantly there is a failure to understand the origin of Federal powers over state resources. We have forgotten that the states existed prior to the Federation. The Federation only exists because the states were willing to vest their rights in it, such as their rights in oil.

    Not the other way around. The Federation itself rests on the principle of fairness to all the states, and to all our citizens, wherever they live. When the government of the day ignores this principle, it is ignoring a basic principle holding our country together.

    There has been too much centralization of power in the federal government. Powers functions and rights that belong to the states must be restored to them.

     

    Khamis, Disember 31, 2009

    MAHKAMAH TINGGI DI SINI, SEMALAM MEMERINTAHKAN KERAJAAN KELANTAN MEMBAYAR PAMPASAN LEBIH RM800 JUTA KEPADA SEBUAH SYARIKAT PEMBALAKAN KERANA MELANGGAR BEBERAPA PERJANJIAN YANG DIMETERAI KEDUA-DUA PIHAK.

    Kelantan kena bayar RM800j

    LAW.jpg image by helangsaktiKOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintahkan kerajaan Kelantan membayar pampasan lebih RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak.

    Pampasan yang diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Hussin itu, dipercayai antara yang terbesar pernah diputuskan bagi kes saman sivil di negara ini.

    Jumlah pampasan itu merangkumi lima jenis ganti rugi, termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat itu dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas (RM13.6 juta), bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 (RM240 juta) dan kos berjumlah RM200,000.

    Syarikat berkenaan, Timbermine Sdn Bhd, menyaman kerajaan Kelantan pada 2004 kerana menghalangnya daripada menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan yang diluluskan.

    Menurut fakta kes, syarikat itu menerima konsesi pembalakan membabitkan kawasan seluas 204,000 hektar daripada Kerajaan Pas Kelantan pada 1964 sebelum keluasan itu dikurangkan kepada 112,000 hektar.

    Bagaimanapun, syarikat itu mendakwa tidak dapat menjalankan aktiviti pembalakan kerana kerajaan negeri ketika itu enggan mengeluarkan permit keselamatan yang diperlukan, sedangkan konsesi itu terletak dalam kawasan keselamatan di Hulu Kelantan.

    Dua pihak terbabit kemudian bersetuju menandatangani satu perjanjian usaha sama membabitkan kawasan 112,000 hektar itu dengan kerajaan negeri menguasai 70 peratus, manakala Timbermine 30 peratus.

    Namun, kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian itu apabila tidak membenarkan Timbermine menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian besar.

    Syarikat terbabit sudah membuat pelaburan awal dengan membina beberapa kilang memproses kayu balak dan mengimport mesin yang akhirnya tidak dapat beroperasi, selain ada yang terkandas di pelabuhan. Pekerja yang diambil juga terpaksa diberhentikan selepas menunggu hampir enam tahun.

    Ketika keputusan pampasan itu diumumkan, tiga wakil syarikat terbabit berada di galeri awam mahkamah berkenaan, selain dua peguam yang mewakili Timbermine dan timbalan pendakwa raya yang mewakili kerajaan negeri.

    Ahad, Disember 20, 2009

    KELANTAN TIDAK LAYAK MENDAPAT ROYALTI

    "Sehingga ini, kerajaan belum dapat menentukan anggaran peruntukan wang ihsan yang akan diterima Kelantan,"

    "Yang pasti angkanya tidak besar sangat, tidak macam Terengganu, Sabah dan Sarawak, kerana Kelantan tidak layak mendapat royalti itu, kerana kawasan cari gali minyak itu terletak di kawasan bertindih MTJDA antara Malaysia-Thailand di mana hasilnya dikongsi bersama 50-50,"

    "Pendirian kerajaan pusat adalah berdasarkan penelitian pihak Petronas. Ini kerana mengikut undang-undang kerajaan Malaysia, yang layak menerima royalti ialah hasil yang diperolehi di kawasan tiga batu nautika ke laut. Itulah pendirian kerajaan tertakluk kepada undang-undang kerajaan Malaysia dan kita ada cara untuk menangani masalah itu,"

     Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed

    Sabtu, Disember 19, 2009

    "JUMLAH ITU JIKA DIBELANJAKAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK PEMBANGUNAN DI NEGERI INI MEMBERI PERUBAHAN YANG BESAR BAGI SELURUH DAERAH DAN KEMAJUAN BERPANJANGAN."

    Ku Li Sedia Beri Penjelasan Isu Royalti

    GUA MUSANG, 19 Dis (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bersedia memberi penjelasan berhubung isu tuntutan royalti minyak daripada kerajaan negeri Kelantan demi faedah rakyat Kelantan.

    Beliau berkata penjelasan itu akan dibuat pada perhimpunan raksasa anjuran 51 badan bukan kerajaan (NGO) di Kota Baharu dalam masa terdekat bagi seluruh rakyat Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkara itu.

    "Buat masa ini saya tidak mahu komen lebih lanjut dan tunggulah masanya nanti kerana saya dijemput hadir pada perhimpunan berkenaan," katanya semasa berucap pada perjumpaan dengan penduduk Kampung Mercu Jaya, dekat sini, pada Sabtu.

    Tengku Razaleigh berkata, badan NGO itu sudah berbincang dengannya dan beliau telah memberi persetujuan untuk hadir pada perhimpunan terbesar rakyat Kelantan dan tarikhnya akan ditetapkan nanti.

    "Mungkin banyak pihak tertunggu-tunggu perkara yang saya nyatakan nanti tetapi diharapkan mereka memahami perkara sebenar," katanya.

    Sebelum ini, Kerajaan pusat mengumumkan pemberian wang ihsan menggantikan bayaran royalti minyak pada tahun depan kerana operasi carigali petroleum berada di luar tiga batu nautika daripada perairan Kelantan.

    Bagaimanapun, kerajaan negeri Kelantan akan mengemukakan tuntutan royalti minyak di mahkamah berjumlah RM2 bilion sejak operasi carigali petroleum bermula 2005, mengikut perjanjian Petronas-kerajaan negeri 1974, yang ketika itu Tengku Razaleigh merupakan pengerusi Petronas.

    Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, beliau menerima banyak desakan untuk menjelaskan perkara sebenar royalti minyak itu berikutan kegiatan cari gali minyak membabitkan pesisiran pantai Kelantan.

    Katanya, segala-galanya mengenai isu berkenaan ada dalam pengetahuannya kerana royalti minyak itu mempunyai jumlah yang besar membabitkan berbilion ringgit dan memberi faedah kepada rakyat negeri ini.

    image "Jumlah itu jika dibelanjakan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri ini memberi perubahan yang besar bagi seluruh daerah dan kemajuan berpanjangan. 

    "Oleh itu, saya sedia menerangkan apa yang sebenarnya terkandung dalam perjanjian cari gali minyak dan royalti yang sepatut diterimanya," katanya.