Selasa, Oktober 18, 2011

MASIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH YANG BUTA HURUF DI SABAH?

image-------

Masih ramai pelajar sekolah menengah yang buta huruf di Sabah?

KOTA KINABALU Oct 18, 2011: Pergerakan Pemuda Umno Putatan menggesa pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan perhatian menyeluruh kepada masalah pelajar-pelajar sekolah menengah yang buta huruf di negeri ini.

Shahelmey YahyaKetua Pemuda Umno Putatan, Ir Shahelmey Yahya berkata masih ramai pelajar sekolah menengah tidak pandai membaca sama ada di bandar ataupun kawasan pedalaman dan ia adalah satu masalah yang mampu memberikan impak negatif kepada para pelajar selepas tamat pembelajaran di sekolah mereka.

“Berdasarkan penemuan kita, terdapat beberapa pelajar di sekolah-sekolah menengah di sekitar ibu negeri yang masih belum pandai membaca dan ia adalah merupakan masalah meruncing sekiranya tidak ditangani secara rasional dan bijak.

“Sehubungan itu, Pemuda Umno Putatan menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengenal pasti punca dan seterusnya menyelesaikan masalah pelajar yang buta huruf ini,” katanya sambil menambah di kawasan pedalaman juga berkemungkinan besar mempunyai golongan pelajar buta huruf bukan sahaja di pusat-pusat bandar atau daerah seperti mana diketahui oleh pihaknya.

PERSEDIAAN TERAKHIR... Shahelmey dan barisan Pergerakan Pemuda Umno Putatan memegang banting Smart Jawab SPM 2011 bersama-sama para peserta program berkenaan di perkarangan SM La Salle.

Tambah Shahelmey, perkara sedemikan amat perlu diberikan perhatian segera malah menurut penemuan pihaknya, ada pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan golongan buta huruf.

“Lantaran itu, kita mencadangkan pihak berkaitan untuk mengkaji polisi berkenaan seperti mewujudkan kelas khas kepada golongan pelajar buta huruf terbabit, kerana bukan sedikit melalui penemuan baru-baru ini, ada pelajar tingkatan lima di beberapa buah sekolah masih belum pandai membaca.

“Ini benar-benar berlaku dan kita takut sekiranya golongan ini tamat persekolahan apa akan jadi kepada mereka? Ia akan menyukarkan dari segi ruang persaingan kerjaya dan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan mereka nanti.

“Bukankah kita mahu menyelaraskan program transformasi negara dengan melahirkan belia-belia yang terdidik dengan asuhan di sekolah-sekolah. Kalau perkara ini berlarutan akan menjejaskan kredibiliti sistem pendidikan di negara kita, khususnya di Sabah,” katanya.

308551_10150418184510960_102883825959_10074795_518465123_nShahelmey berkata demikian selepas merasmikan Program Smart Jawab SPM 2011 anjuran Pergerakan Pemuda Umno Putatan di SM La Salle dekat sini Sabtu lalu.

Seramai 214 peserta mengikuti program berkenaan yang terdiri daripada pelajar dari SM La Salle, SMK Putatan, SMK Tansau, SM Stella Maris, SMK Pulau Gaya, SMK Kolombong dan SMK Sanzac.

298327_10150418181365960_102883825959_10074763_651519406_n-1 Beberapa penceramah diundangkan khas yang juga terdiri daripada guru-guru cemerlang di sekolah masing-masing untuk menyampaikan motivasi dan ceramah berhubung mengoptimakan keputusan SPM para pelajar.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata program itu dilaksana untuk tahun ketiga dan pihaknya menerima respon positif daripada peserta dan guru-guru.

“Program Smart Jawab SPM 2011 ini adalah untuk memperkenalkan teknik-teknik menjawab dan mengoptimakan jawapan-jawapan untuk peperiksaan berkenaan.

312764_10150418198005960_102883825959_10074928_1231881753_n “Ini merupakan inisiatif pihak kita untuk anak-anak dalam persediaan menghadapi SPM pada bulan hadapan.

“Pada asalnya, peserta dipilih berdasarkan kepada golongan yang tidak menonjol dalam pembelajaran mereka namun untuk kali ini, ada juga mempunyai rekod cemerlang turut mengambil bahagian.

Katanya, Pemuda Umno Putatan turut merakamkan penghargaan kepada pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana menyediakan bantuan pengangkutan dengan dua bas khusus kepada peserta-peserta Smart Jawab SPM 2011 berkenaan bersempena Program Merubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB).

-----

Jangan Salah Guna Bantuan Kewangan Pelajar

“Bantuan itu seharusnya dimanfaatkan untuk setiap keperluan anak-anak termasuk pakaian seragam sekolah agar para pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang selesa,”

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

67 ulasan:

  1. Macam mana ini boleh berlaku? Pelajar yang pernah belajar di sekolah tapi buta huruf?

    BalasPadam
  2. Harap penjelasan akan diberikan, saya yakin pasti ada alasan yang baik sebalik isu ini.

    BalasPadam
  3. Betul masih ramai. Ada terdapat 3 pihak yang hrus bertanggungjawab

    1. Diri sendiri
    2. Ibu bapa
    3. Guru

    BalasPadam
  4. Macam mana tak buta huruf? Guru semenanjung hantar di sini tuk mengajar budak2 di sekolah2..mereka bukan faham apa yang cikgu mereka cakap pun. Jadi pikir la sendiri. Aramaitii.

    BalasPadam
  5. Diri sendiri kena tolong diri untuk berusaha disamping mendapat dorongan dari ibu bapa dan tunjuk ajar dari guru2 sekolah. jika salah satu tidak berfungsi maka ini la yang terjadi. MUTA HURUF

    BalasPadam
  6. Betul salah satu sebab, guru semenanjung yang bersaye, dimane,.....budak2 kampung maner ar paham.... hahahaha patut ambi kami ni yang asi2 ajar yang asi2 juga...

    BalasPadam
  7. Apa yang terjadi dengan sistem pendidikan di Sabah? Kenapa masih ada murid yang buta huruf walaupun diberi peluang ke sekolah? Siapakah yang seharus bertanggung jawab terhadap keadaan sebegini?

    BalasPadam
  8. Jabatan Pendidikan seharus mencari punca masalah dan cuba membaiki keadaan. Generasi ini amat penting untuk masa depan Sabah dan negara.

    BalasPadam
  9. “Bantuan itu seharusnya dimanfaatkan untuk setiap keperluan anak-anak termasuk pakaian seragam sekolah agar para pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang selesa,”

    Peruntukan dan bantuan kepada pelajar miskin seharus diguna dengan betul. Bantuan kewangan seharus sampai ke tangan pelajar dengan jumlah 100%. Harap tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap golongan miskin ini.

    BalasPadam
  10. "Ini benar-benar berlaku dan kita takut sekiranya golongan ini tamat persekolahan apa akan jadi kepada mereka? Ia akan menyukarkan dari segi ruang persaingan kerjaya dan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan mereka nanti."

    Kes ini akan membawa kesan yang amat negatif di masa akan datang. Cam mane golongan ini untuk bersaingan dengan orang lain? Mereka akan dipinggirkan oleh masyarakat. Seharus diberi perhatian yang amat wajar untuk memperbaiki keadaan ini.

    BalasPadam
  11. Jabatan Pendidikan seharus membaiki sistem pendidikan di Sabah. Masih banyak kanak-kanak pedalaman yang tidak berpeluang bersekolah. Jika keadaan ini berterusan, Sabah akan melahirkan beribu-0ribu pemuda yang buta huruf. Apa akan terjadi dengan golongan ini di masa akan datang?

    BalasPadam
  12. warga pendidik wajar mencari jalan bagaimana menyelesaikan masalah ini. kalau sudah sampai peringkat sekolah menengah tapi masih belum pandai membaca, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan kita..

    BalasPadam
  13. Jika langkah yang drastik tidak dilakukan, maka mereka ini akan terus menjadi pelajar yang tercicir yang akhirnya akan mendatangkan kerugian kepada negara kerana aset yang bernilai ini gagal untuk digilap.

    BalasPadam
  14. Sebaik2, murid2 pada tahun satu sudah boleh menguasai kemahiran membaca. dengan itu, tumpuan murid2 ini ke atas mata pelajaran lain akan dapat diberikan dengan lebih baik dan berkesan.

    saya cadangkan satu kajian dilakukan ke atas program yang sedia ada untuk memperkukuhkan lagi program membaca di kelas pemulihan untuk tahun dua hingga enam. sudah pasti terdapat kelemahan pada program semasa yang menjurus kepada masalah ini.

    BalasPadam
  15. nampaknya masalah buta huruf masih wujud lagi di Sabah.

    BalasPadam
  16. Ibu bapa dan guru2 harus bekerjasama untuk membantu pelajar tersebut. kalau mahu ikut kepala budak tu saja memang sampai tua pun tidak tahu membaca.

    BalasPadam
  17. masalah ini harus dipandang serius, pihak sekolah dan ibu bapa kena ambil peranan dalam memastikan semua pelajar celik huruf.

    BalasPadam
  18. memang banar ba tidak paham ba tu budak2 apa tu cikgu2 semenanjung cakap. Kalau paham pun belum tu cikgu2 semenanjung paham apa tu budak cakap. Jadi komunikasi juga penting. Cikgu tu tidak paham apa tu budak cakap macam mana mahu membantu di mana yang patut. Tu la makanya utamakan pengambilan Sabahan untuk sistem pendidikan Sabah.

    BalasPadam
  19. punca yang menyebabkan pekara ini haruslah dikenalpasti..

    BalasPadam
  20. pelajar yang buta huruf harus dibantu dan penyelesaian perlu dicari berhubung pekara ini.

    BalasPadam
  21. Susah untuk membayangkan masih ada pelajar yang buta huruf. Apakah puncanya? Siapakah yang seharus bertanggung jawab? Jabatan Pendidikan? Guru? Ibu bapa? Pelajar sendiri? Masalah ini seharus dikaji selidik supaya masalah dapat diperbaiki.

    BalasPadam
  22. Tidak mungkin buta huruf. Yang bersekolah pasti tahu perkataan dan bahasa, kenapa pula buta huruf?

    BalasPadam
  23. adalah lebih baik jika disertakan dengan statistik untuk memberikan gambaran yang lebih jelas akan permasalahan ini..

    BalasPadam
  24. Sabah akan tetap miskin dan tidak berkembang jika sistem pendidikan di Sabah tidak diperbaiki. Golongan muda ini akan kehilangan keupayaan untuk bersaing dan bertanding dengan pemuda di negeri lain.

    BalasPadam
  25. mungkin masalah yang timbul bukan buta huruf kerana kalau buta huruf, seseorang itu langsung tidak kenal abjad..ianya lebih kepada kelemahan dalam pembelajaran..

    BalasPadam
  26. Apakah tindakan Jabatan Pendidikan dan kerajaan berkenaan dengan masalah buta huruf? Masalah ini perlu dikaji dan mencari cara penyelesaian secepat mungkin sebelum keadaan bertambah teruk.

    BalasPadam
  27. pelajar2 lemah ini harus dibantu..cadangan mewujudkan kelas khas untuk membantu pelajar2 lemah ini harus dipertimbangkan..rasanya ada pihak sekolah yang telah melakukannya..apa2 pun, penyelesaian harus dicari.

    BalasPadam
  28. komunikasi juga mungkin antara punca...contohnya guru2 semenanjung yang bertugas di sabah tidak bercakap dalam slanga sabah tetapi slanga semenanjung..ini akan mendatangkan masalah..seharusnya guru2 semenanjung tersebut harus berkomunikasi dengan menggunakan slanga tempatan dan bukannya memaksa para pelajar memahami apa yang disebutkan mereka dalam slanga semenanjung...disebabkan itu, seharusnya lebih ramai anak2 tempatan sabah yang berkelayakan diterima masuk dalam program2 perguruan dan seterusnya di tempatkan di sabah..perkara ini harus diambil perhatian oleh menteri pendidikan..faktor budaya harus diambil kira..

    BalasPadam
  29. Kerajaan perlu juga memberi perhatian penduduk di kampung dan pedalaman yang tidak berpeluang bersekolahan juga. Menurut angka, masih 20% dari jumlah penduduk di Sabah yang masih tidak berpeluang bersekolah, jumlah ini amat besar dan akan mengakibatkan kesan yang amat negatif kepada ekonomi di Sabah.

    BalasPadam
  30. masalah ini harus diatasi segera...

    BalasPadam
  31. kerajaan juga telah memansuhkan yuran persekolahan..ibu bapa harus menghantar anak2 mereka ke sekolah..

    BalasPadam
  32. Ini dari diri sendiri jg, harus berusaha..

    BalasPadam
  33. mustahil lah ada pelajar sekolah menengah yang masih buta huruf sedangkan mereka sudah beberapa tahun bersekolah.

    BalasPadam
  34. mungkin kalau dikatakan 'masih terdapat golongan belia Sabah yang buta huruf' percayalah juga. biasanya orang yang dimaksudkan buta huruf ni adalah mereka yang tidak pernah bersekolah.

    BalasPadam
  35. Sekarang banyak guru2 tempatan yg bertugas diluar bandar, membantu pelajar2.. pelajar itu sendiri haruslah berusaha untuk maju, cari cara untuk menbantu diri sendiri...

    BalasPadam
  36. sewaktu saya menuntut di sekolah rendah dahulu terdapat seorang pelajar 1 kelas saya yang memang lemah. tidak pandai membaca malah jika disuruh untuk membuat karangan, apa yang dia tulis tiada apa2 maksud pun. bukan tak diajar tapi dia memang lemah. seingat saya dia hanya bersekolah hingga tahun 6 saja. Tapi sekarang dia pandai juga. mungkin sebab itu hasil usaha dan kesedaran dia sendiri.

    BalasPadam
  37. kadang2 pelajar lemah seperti inilah yang guru2 pinggirkan seperti apa yang berlaku baru2 ini iaitu dihalang dari menduduki UPSR. tapi saya pasti bukan semua guru2 seperti ini. sekarang ini pun setiap sekolah sudah mempunyai kelas2 pemulihan dan ada juga program2 gabungan antara sekolah2 untuk mengumpulkan pelajar2 lemah dalam pelajaran dan membuat kelas bimbingan khas untuk mereka. oleh itu, rasanya tiada lagi pelajar2 yang akan dikatakan buta huruf lepas ni.

    BalasPadam
  38. harap2 begitu la Sacora.. memang berat tanggungjawab seorang guru sebenarnya lebih2 lagi guru2 di sekolah rendah. sudah tentu mereka juga telah melakukan yang terbaik, tapi jika diri sendiri tidak mahu berubah dan tidak mahu belajar, masalah yang sama tetap akan berlaku.

    BalasPadam
  39. Bagaimana perkara mcm begini boleh terjadi?mungkin Jabatan Pendidikan boleh buat kajian?

    BalasPadam
  40. Pernah ada satu sekolah luar bandar di S'wak yang ditayangkan di Majalah 3. Kagum melihat cara pelajar itu dididik malah pencapaian mereka juga amat baik. Pelajar speaking English lagi. Kalau mereka boleh, di Sabah pun boleh. Cuma perlu ada usaha lebih, inisiatif dan kerjasama dari semua pihak.

    BalasPadam
  41. Agak mengecewakan bila masih ada yang but huruf di Sabah sama ada mereka yang bersekolah dan tidak. Mungkin ada benar juga kata Linutau salah satu sebab murid2 tidak faham apa yang diajar disebabkan loghat guru itu sendiri. Saya sokong guru tempatan patut diberi keutamaan.

    BalasPadam
  42. ya betul, gueu tempatan haruslah di utamakan...masalah ini tidak sepatutnya berlaku dalam abad ini.. perlu di ambil perhatian.. pelajar2 pula tidak boleh mengharapkan cikgu sahaja...

    BalasPadam
  43. Banyak orang yang dapat belajar pula tidak belajar bersungguh-sungguh.

    BalasPadam
  44. Mereka yang membuat pilihan sendiri samaada mahu belajar atau tidak. memang kecewa kerana banyak pelajar yang menduduki SPM pergi mengambil peperiksaantetapi tidak pandai menjawab dengan baik.

    BalasPadam
  45. most of them don't have the hearts to study and only wish to have money to spend. They rather spend their life working than learning thing. It's quite disappointing as our govt put a lot of effort in educating everyone in M'sia.

    BalasPadam
  46. the parents are also their role models. Without encouragements from them, their children would never have the heart to study. So family is very important.

    BalasPadam
  47. Aiks mcm tekejut pula aku dengar. Kalau tak pandai/hafal sifir lain cerita.. Tapi kalau tak pandai membaca??? huhu

    BalasPadam
  48. Hal ini memang patut diberi perhatian. Macam sukar pula nak dipercayai kalau di bandar pun masih ada yang buta huruf..

    BalasPadam
  49. Kaji punca hal ini berlaku dan buatlah apa yang patut. Jangan dilengahkan lagi nanti makin teruk pula keadaannya.

    BalasPadam
  50. Kecewanya dengar senaria macam ni berlaku di Sabah. Apa yang dah berlaku ni??? Banyak usaha yang dicurahkan untuk memperbaiki sistem pendidikan tapi kenapa masih ada golongan yang buta huruf... hhmm..

    BalasPadam
  51. Harap semua pihak akan bekerjasama demi menyelesaikan hal ini dan menangganinya daripada berlanjutan.

    BalasPadam
  52. penapisan murid2 ke peringkat menengah harus dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana jika mereka masih buta-huruf, maka wajar diminta mengulangi tahun terakhir mereka di sekolah rendah sehingga masalah ini dapat diatasi

    BalasPadam
  53. Kelas pemulihan ada di setiap sekolah rendah dan sekolah menengah...ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar..dan guru jg dapat memberi perhatian lebih kepada mereka..

    BalasPadam
  54. Ibubapa jg perlu ambil peranan, jangan harap cikgu sahaja yg mengajar anak2 kita... kerajaan mengutamakan pelajar kita agar dapat memajukan diri mereka untuk masa dpn yg cerah..

    BalasPadam
  55. hal ini harus ditangani secepat mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan di negara kita walau dengan apa cara sekalipun. jika tidak, Malaysia kelak menghadapi masalah yang lebih besar di masa akan datang

    BalasPadam
  56. semua pihak iaitu pelajar sendiri, ibu-bapa pelajar tersebut dan pihak sekolah/kerjaan harus bekerjasama dan mencari jalan untuk menangani/menyelesaikan masalah buta-huruf ini

    BalasPadam
  57. masalah tidak akan selesai dan akan terus berlarutan jika pelajar/ibu-bapa maupun pihak sekolah bersikap sambil lewa sahaja tanpa ada usaha yang kukuh untuk mengatasi isu ini

    BalasPadam
  58. pihak sekolah harus mengadakan kelas tambahan kepada pelajar yang masih mengalami masalah buta-huruf dalam pembelajaran mereka. setidak-tidaknya dapat membantu pelajar untuk berusaha dengan lebih kukuh lagi

    BalasPadam
  59. sangatlah menyedihkan masih ada pelajar menengah yang masih buta-huruf...

    BalasPadam
  60. This is indeed what happening not only in Sabah but in Sarawak as well.

    BalasPadam
  61. Sediakan statistik berkenaan.

    BalasPadam
  62. Cuba bayangkan kalau kuasa pendidikkan dipegang sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Sudah pasti kerajaan negeri akan melaksanakan pelbagai cara untuk menangani masalah ini.

    BalasPadam
  63. Ini adalah sikap pelajar itu juga yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pembacaan. Harap semasa disekolah rendah diberikan satu tempat khas untuk pelajar seperti ini untuk diberikan tumpuan supaya mereka dapat mengenal huruf dan menguasai pembacaan.

    BalasPadam
  64. Sebagai tenaga pengajar sekolah rendah mereka haruslah memastikan mereka pelajar ini tidak bermasalah dalam membaca. Kerana bila sudah berada dalam sekolah menengah agak sukar untuk didik semula. Dari bangku sekolah lagi perlu diterapkan membaca supaya masalah membaca ini tidak berlaku.

    BalasPadam
  65. bukan hanya di sabah... seluruh negara masih ramai pelajar tercicir dan buta huruf. Adakah pelajar-pelajar ini yang bersalah atau ibubapa dan guru yang tidak sedar pelajar-pelajar ini sudah ketinggalan....kasihan mereka, rendah diri dan hilang keyakinan diri. Ingin seiring dengan kawan2 tp meresa sering di caci kerana menganggap mereka bodoh dan pemalas. Adakah benar mereka bodoh dan pemalas? ataupun kita yang alpa kelemahan mereka. Ada anak yang dilahirkan cekap, dan ada anak-anak yang dilahirkan lambat prestasi dan lakunya.

    BalasPadam