Rabu, November 16, 2011

POPULARITI NAJIB MENINGKAT

imagePopulariti Najib Meningkat, Anwar, Nik Aziz Dan Guan Eng Merosot :Kajian UIA

KUALA LUMPUR: Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.
 

Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkataimage

  • kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.
  • Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.
  • Azrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.
  • "Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya.

17 ulasan:

  1. Harap beliau akan terus berusaha untuk kekal relevan dalam pembagunan negara.

    BalasPadam
  2. Setiap pemimpin ada cara mereka sendiri untuk memimpin sebuah negara. Biarlah mereka yang membuktikan kebolehan mereka kepada rakyat.

    BalasPadam
  3. Baguslah populariti beliau meningkat. Meningkat disebabkan oleh usaha positif dalam memimpin negara.

    BalasPadam
  4. Telah banyak yang dilakukan oleh PM untuk merealisikan slogan 1Malaysia, dan ini adalah salah satu sebab beliau semakin popular.

    BalasPadam
  5. najib harus terus tingkatkan reputasinya.

    BalasPadam
  6. mungkin peningkatan ini disebabkan usaha-usaha yang dilakukan oleh PM untuk mendekati rakyat.

    BalasPadam
  7. harap PM akan terus mendekati rakyat dan memnuhi keperluan rakyat.

    BalasPadam
  8. He's kinda cool when he tries to approach the youths.

    BalasPadam
  9. Populariti dan kualiti kepimpinan harus sejajar.

    BalasPadam
  10. tahniah kepada Najib dan teruskan usaha mendekati rakyat..

    BalasPadam
  11. berita baik ini boleh dijadikan petanda awal bahawa BN akan kekal memerintah selepas PRU13.. tapi jangan terlalu yakin sehingga leka dengan tanggungjawab yang masih belum dilaksanakan..

    BalasPadam
  12. Contohilah DR M..Datuk Najib perlu banyak meminta pandangan dari orang yang berpengalaman.

    BalasPadam
  13. Baguslah kalau Najib masih menjadi pilihan rakyat. Teruskan usaha untuk mendekati rakyat.

    BalasPadam
  14. nampaknya penerimaan orang India terhadap kepimpinan Najib lebih tinggi daripada kaum Cina malah kaum Melayu sekalipun.

    BalasPadam
  15. setelah lebih 20 tahun menjadi PM, impaknya kelihatan begitu besar hingga sekarang masih ramai lagi yang menyanjung tinggi Dr Mahathir.

    BalasPadam
  16. Baguslah kalau begitu, harap PM Najib Razak akan berusaha mengekalkan sokongan rakyat terhadap beliau.

    BalasPadam
  17. Harap rakyat yang selama ini menyokong PM Najib tidak akan dikecewakan.

    BalasPadam