Jumaat, Mei 11, 2012

PENGUNDI ATAS PAGAR DILIHAT MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENENTUKAN KEMENANGAN SESEBUAH PARTI PADA PRU13

Kajian: 49% cenderung BN, 30% tak pasti

imageKUALA LUMPUR 10 Mei 2012 - Sekitar 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti keutamaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bulan depan, berbanding 21 peratus yang mahu mengundi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan terhadap parti politik menjelang PRU13

Bagaimanapun hasil kajian yang dikendalikan baru-baru ini, dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, juga mendapati 30 peratus pengundi tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka - yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar.

Dengan perkembangan itu, pengundi atas pagar dilihat mengalami peningkatan kali ini berbanding PRU12 dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan sesebuah parti pada PRU13.

Kajian itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM antara 31 Mac dan 15 April lalu melibatkan 2,282 pengundi berdaftar di Semenanjung. Kajian tidak melibatkan pengundi Sabah dan Sarawak - dua negeri yang menawarkan 56 daripada 222 kesemua kerusi Parlimen.

"Kumpulan 30 peratus ini, pada pandangan kami, yang akan menentukan siapa dan parti mana yang akan memperoleh kemenangan dalam PRU13 kelak," kata Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM, Amer Saifude Ghazali ketika membentangkan hasil kajian pada Wacana Politik dan Persepsi Semasa Pengundi Menjelang PRU13 di institusi pengajian tinggi itu, hari ini.

Menurut beliau, arah aliran sokongan 30 peratus pengundi atas pagar itu akan menentukan sama ada Bn atau PR akan menguasai Parlimen pada PRU13.

"Kadar ini boleh memihak kepada BN atau PR, bergantung pada strategi yang parti-parti politik yang bertanding. Jika parti politik bijak menggunakan strategi, mereka boleh menawan sokongan 30 peratus pengundi ini... jika mereka beralih kepada BN, maka BN akan menang dan jika pindah ke PR, PR berpeluang memperoleh kerusi majoriti Parlimen," kata Amer.

Paras 30 peratus yang tidak pasti ini juga sama di peringkat negeri. Pusat itu turut mengeluarkan penemuan di beberapa negeri khususnya negeri-negeri yang sedang diperintah PR.

Misalnya, di peringkat Selangor, 34 peratus pengundi Melayu menyatakan bahawa BN menjadi keutamaan mereka berbanding 33 peratus memilih PR dan 33 peratus lagi pula tidak pasti.

Di kalangan pengundi Cina, 16 peratus sokong BN berbanding 49 peratus memilih PR dan 20 peratus lagi tidak pasti.

Seramai 20 peratus pengundi kalangan kaum India di Selangor memilih BN dan 60 peratus cenderung kepada PR dan 20 peratus lagi berada dalam kategori tidak pasti.

Di Perak, 36 peratus pengundi Melayu memilih BN sebagai parti pilihan mereka dan masing-masing 30 peratus condong ke arah PR dan 34 peratus tidak pasti.

Berbanding di Selangor, 67 peratus pengundi India di Perak memilih BN dan hanya lima peratus memihak kepada PR dan mereka dalam kategori tidak pasti pula 28 peratus.

Di Kedah juga, senario itu tidak jauh berbeza tetapi bilangan pengundi yang tidak pasti lebih kecil iaitu 24 peratus di kalangan pengundi Melayu, Cina (12 peratus) dan India (25 peratus).

Malah, di Kedah, 33 peratus pengundi Melayu memilih BN manakala kalangan Cina dan India pula masing-masing 38 peratus dan 65 peratus. Seramai 43 peratus orang Melayu, 50 peratus Cina dan 10 peratus India memilih PR.

Bagaimanapun senario agak berbeza membabitkan Kelantan, yang dipimpin oleh Pas sejak 1990, kerana 44 peratus pengundi memilih PR berbanding 27 peratus melahirkan sokongan kepada BN. Seramai 29 peratus pengundi berada dalam kumpulan tidak pasti.

Menurut Amer, ia menunjukkan bahawa senario di Kelantan adalah agak berlainan berbanding Selangor dan Kedah.

Ketika ditanya mengenai signifikan peratusan pengundi tidak pasti dalam menentukan parti pilihan mereka dalam PRU13, Amer berkata, meskipun 30 peratus pengundi mengatakan tidak pasti, sebenarnya penemuan "kami juga menunjukkan bahawa sebahagian besar sudah membuat keputusan."

"Cuma mereka tidak mahu memberitahu parti yang menjadi keutamaan mereka secara terbuka. Pendirian mereka, kami dapat kenal pasti menerusi jawapan kepada soalan-soalan lain yang berkaitan, misalnya ada yang menentang dasar kerajaan," kata beliau.

imageKeutaman pilihan apabila mengundi dalam PRU13

Berkenaan dengan keutamaan pilihan antara parti dan calon, 37 peratus pengundi berkata bahawa mereka akan membuat pemilihan berdasarkan calon manakala 51 peratus lagi memilih dengan mempertimbangkan aspek parti. Seramai 12 peratus lagi tidak pasti.

Dari segi kaum, masing-masing 50 peratus pengundi Melayu, 54 peratus (Cina) dan 57 peratus (India) mengutamakan soal parti apabila mahu mengundi kelak.

G MANIMARAN

38 ulasan:

  1. The polls show that 49% of voters are still in favor of Barisan National government while there are only 37% who supported Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN tetap mendapat sokongan dan undian orang ramai bila PRU-13.

      Padam
    2. namun 30% pengundi atas pagar mungkin akan mengubah kedudukan pihak2 yang bertanding...maka mana2 pihak yang mendapat sokongan daripada 30% ini, mereka akan menang pada pru13 nanti..BN harus melipat gandakan usaha untuk menarik sokongan 30% ini jika ingin menang..

      Padam
    3. BN tetap akan menjadi pilihan rakyat.

      Padam
  2. Hopefully the government will do their best in retaining the people's votes in the coming GE.

    BalasPadam
    Balasan
    1. The best way to retain is to fulfill the people needs.

      Padam
  3. Agaknya pengundi atas pagar ni kebanyakannya dari golongan belia??

    BalasPadam
  4. Ramai juga pengundi atas pagar ni. PRU kali ni pasti memberi kejutan besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hrap pengundi atas pagar akan memilih parti yang benar2 mau membantu rakyat.

      Padam
  5. agaknya ini la tujuan sebenar kenapa perhimpunan Bersih dijalankan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perhimpunan Bersih bertujuan positif, cuma ada golongan menambil kesempatan menyebabkan kekecohan.

      Padam
  6. pengundi atas pagar perlu diberi perhatian, mereka mmg bukan penyokong mana2 parti, oleh itu, sokongan mereka perlu diambil. biasanya mereka adalah golongan muda.

    BalasPadam
  7. jadi pemilihan calon harus dilakukan secara berhati-hati..jika pemimpin memilih calon yang disukai oleh diri sendiri tanpa mengambil kira pilihan rakyat maka ianya akan mengubah kecenderungan pemilih untuk mengundi..dan ini akan menyebabkan kekalahan.

    BalasPadam
  8. mana2 pihak yang berjaya memikat pengundi atas pagar sudah pasti akan menang..maka bagi BN, pembaharuan dan transformasi harus dilakukan bukan saja dalam parti malah dalam kerajaan..mana2 menteri yang dirasakan oleh rakyat tidak produktif harus digantikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. The minister represent the government. A corrupted non-productive minister will give the people a negative perspective towards the government.

      Padam
  9. selain itu, isu2 yang kini menjadi mainan politik harus diselesaikan seperti isu RCI..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalah ada penyelesaiannya.

      Padam
    2. Isu yang di mainkan oleh pembangkang harus segera di selesaikan.

      Padam
  10. kajian ini tidak menunjukkan trend pengundian seluruh malaysia..ianya hanya relevan di semenanjung sahaja...kajian seumpama harus dilakukan di sabah dan sarawak agar gambaran yang lebih jelas dapat dicapai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan bergantung sangat dengan kajian tu Tu cuma boleh dijadikan sebagai andai saja. realiti harus bersiap sedia

      Padam
  11. BN perlu berusaha dalam mendapatkan sokonga golongan atas pagar tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN harus bijak menarik mereka yang masih lagi atas pagar

      Padam
    2. BN harus ikhlas dan bukan semata-mata untuk memancing undi.

      Padam
  12. BN must win during the election!!

    BalasPadam
  13. BN pasti akan menjadi pilihan , sudah terbukti yang BN dapat membantu rakyat.

    BalasPadam
  14. BN pasti akan menang pada PRU ini.

    BalasPadam
  15. BN harus membuktikan keikhlasan untuk menyelesaikan masalah PATI.

    BalasPadam
  16. Pasti satu saingan yang giat antara BN dan pembangkang.

    BalasPadam
  17. We cant judge the younger voters?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Golongan ini yang berani membuat perubahan bebanding generasi tua yang telah lama bersama BN.

      Padam
  18. Kegagalan kerajaan menubuhkan RCI akan membawa kesan yang amat negatif.

    BalasPadam
  19. Perletakan calon harus juga dibuat dengan baik untuk memastikan kejayaan dalam PRU akan datang.

    BalasPadam
  20. Harapan kita semua mereka yang berkelayakkan akan menunaikan tanggungjawab mereka melakukan undian untuk memilih kerajaan yang mereka rasa mampu memberikan yang terbaik.

    BalasPadam
  21. Tunaikan tanggungjawab demi masa depan negara kita. Ini adalah untuk semua.

    BalasPadam
  22. Saya telah mnjadi pengundi atas pagar sejak PRU yg lalu, seblum nie seorg penyokong BN yang setia, namun disbbkan tidak berpuashati dgn beberapa perkara seperti kenaikan harga minyak yg melampau membuatkan kami berubah hati.... skrg masih blum membuat keputusan nak sokong mana2 parti... pada saya semuanya sama saja, x pernah fikir pasal rakyat yg berpendapatan rendah.... harga barang sentiasa naik dan naik.... M'sia kaya dgn pelbagai sumber alam namun yg menikmati hasilnya hanya segelintir pihak... fikir2 kan lah...

    BalasPadam
  23. Mulakan langkah dari sekarang kerena untuk memikat hati mereka memerlukan msa yang lama.

    BalasPadam
  24. Pastikan melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat.

    BalasPadam
  25. Harap semua usaha belum terlambat.

    BalasPadam