Tinjauan syarikat farmaseutikal Pfizer babit 10 negara Asia
JAKARTA 2011/11/26: Lelaki Indonesia mengungguli senarai golongan paling kerap melakukan hubungan seks dalam perbandingan yang dibuat di 10 buah negara Asia, lapor satu tinjauan.
“Hasil ‘Tinjauan Seks Ideal di Asia’ terbaru yang dilakukan syarikat farmaseutikal Pfizer, lelaki Indonesia didapati melakukan hubungan seks secara purata 9.8 kali setiap bulan,” kata laporan itu.
Tempat kedua lelaki Filipina, yang melakukan hubungan seks 9.4 kali sebulan, lelaki India purata melakukan 8.8 kali sebulan, manakala lelaki Thai melakukan hubungan seks kira-kira 7.7 kali sebulan.
Penemuan tinjauan itu didedahkan di sebuah hotel di Bangkok semalam. Tinjauan itu membabitkan 1,658 lelaki dan 1,624 wanita di China, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.
Semua responden berusia antara 31 dan 74 tahun dan melakukan hubungan seksual sejak 12 bulan lalu.
Bagi responden perempuan, wanita India dilaporkan mencatat kekerapan tertinggi hubungan seks 8.7 kali sebulan secara purata. Ia diikuti wanita Indonesia dan Malaysia, kedua-duanya melakukan hubungan seks 6.8 kali sebulan.
Tinjauan itu menyatakan wanita Thai melakukan hubungan seks hanya 5.7 kali sebulan.
Perunding Pakar Bedah Urologi Universiti Monash Kuala Lumpur Prof Madya Dr George Lee, berkata tinjauan itu mendapati ketegangan zakar kekal menjadi faktor utama kepuasan dalam hubungan seks di kalangan rakyat Asia.
“Sebagai contoh, sehingga 90 peratus lelaki Malaysia menyenaraikan faktor ini sebagai penting,” katanya.
Beliau berkata hanya satu pertiga responden merasakan tempoh hubungan seksual sebagai faktor penting apabila dikaitkan dengan kepuasan.
Pakar kesihatan terkenal dan pakar sakit puan di Thailand, Prof Madya Dr Pansak Sugkraroek, berkata dianggarkan kira-kira 2.7 juta lelaki Thai mengalami masalah mati pucuk (ED).
“Hanya 27,000 lelaki datang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Pansak berkata selain ubatan, perubahan gaya hidup mungkin membantu mengatasi ED.
-------
Bilangan Penduduk Sabah Mengikut Kaum-kaum Terbesar Sejak Tahun 1960 Hingga 2010:(B) - Melayu Brunei
* - Bukan Warganegara 932,300
Hope that the abnormal growth of population in Sabah will be investigated, this is not a small matter.
BalasPadamRCI is needed, hope that the federal government will approve it.
BalasPadamPTI PTI!!
BalasPadamUsir keluar semua yang berkenaan.
BalasPadamtempat pertama dan kedua adalah dari indonesia dan Filipina. PATI2 di Sabah pun dari kedua negara tersebut. mmg mereka ni paling manang.
BalasPadamPATI2 ini juga yang paling cepat membiak. dalam satu keluarga boleh ada berpuluh2 anak. mmg pakar dalam melahirkan anak.
BalasPadamjunlah pati yang ramai menimbulkan pelbagai masalah..usaha berterusan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah pati.
BalasPadamkomitmen daripada semua pihak penting untuk mengatasi masalah ini..harap isu pendatang asing ini akan dapat diatasi.
BalasPadamdalam masa kerajaan berusaha membawa mereka keluar dari negeri ini, penduduk tempat perlu lebih produktif.. haha
BalasPadamApa2 pun penjelasan saintifik, tu PATI tetap PATI dan harus dihantar balik ke negara asal. Biar la durang kasi ramai penduduk di negara asal.
BalasPadamMemang indonesia dan filipin PATI yang paling ramai di Sabah. sepatutnya kirim balik saja, bikin semak & bikin sesak saja.
BalasPadamhairan juga PATI Indon dan Filipin ni. bukannya hidup senang sangat di Sabah malah menumpang negeri orang lagi tu, tapi produktif sangat. mereka bagi makan apa anak mereka tu..
BalasPadamJelek mendengar isu PTI yang tiada kesudahan sampai sekarang. Entah mahu dikasi selesai atau tidak.
BalasPadamSemua ini kehadiran PATI yang menyebabkan jumlah penduduk Sabah meningkat.
BalasPadamMaka kita mengharapkan kawalan ketat keluar masuk perlu untuk memastikan tidak ada lebihan warga asing dan juga masuk secara haram.
BalasPadam