Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan

Rabu, Februari 10, 2010

"TAPI BAGI SAYA PERKARA PENTING IALAH MEREKA PERLU BERFUNGSI DI KAWASAN MEREKA KALAU MEREKA BENAR-BENAR NAK BANTU RAKYAT.

Pembangkang Tak Perlu Letak Syarat Di Perak

"Tidak perlu kita bermain politik, kita perlu bekerja untuk rakyat, jangan bagi semua syarat atau alasan seperti ini,"

 

 

Tiga syarat yang ditetapkan ialah

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan untuk melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat,
  • Memberi kebenaran menggunakan kemudahan dewan orang ramai untuk menjalankan aktivitinya
  • Tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat negeri itu.

Tuntutan berkenaan diumumkan oleh ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin selepas mesyuarat ADUN pembangkang di Ipoh semalam.

"Persoalannya sekarang mereka mahu untuk tujuan politik atau untuk rakyat?

"Perkara penting ialah untuk rakyat, duit mesti pergi kepada rakyat... jadi tak timbul soal tuntutan itu, jika ada kemiskinan yang dilaporkan kita pasti akan bantu,"

Mengenai permintaan untuk menganggotai mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah, Menteri Besar itu berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkanya jika merasakan penglibatan mereka boleh berfungsi untuk kepentingan rakyat.

"Kita akan tengok perkara itu, jika mereka boleh bantu kita akan buat.

"Tapi bagi saya perkara penting ialah mereka perlu berfungsi di kawasan mereka kalau mereka benar-benar nak bantu rakyat.

"Persoalannya ialah adakah apabila mereka berada di situ bermakna akan jadi lebih efektif, sejauh mana mereka dapat lakukan yang terbaik kepada rakyat?" katanya.

Ditanya sama ada beliau sebenarnya tidak akan melayan permintaan berkenaan, Zambry berkata: "Saya tak mahu kata tak mahu layan, tapi sebenarnya soal ini tak perlu ditimbulkan.

"Kita bekerja untuk rakyat, mengapa perlu letakkan syarat," katanya.

SEMUA 28 ANGGOTA DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PR TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENJADI PEMBANGKANG YANG EFEKTIF DI DUN PERAK

Pakatan Rakyat Perak Minta Penyokong Hormati Keputusan Mahkamah

IPOH: Pakatan Rakyat (PR) Perak hari ini meminta semua penyokong supaya bertenang dan menerima keputusan Mahkamah Persekutuan semalam berhubung kedudukan Menteri Besar Perak sebagai satu proses undang-undang yang perlu dihormati.

Pengerusi Sekretariat PR Perak Khalil Idham Lim dalam kenyataannya hari ini berkata semua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PR telah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang yang efektif di DUN Perak dan sehubungan itu para penyokong diminta supaya tidak melakukan tindakan yang melanggar undang-undang.

"Keputusan tersebut bukannya kita mengaku kalah namun atas prinsip menghormati keputusan mahkamah," katanya.

Khalil yang juga Adun Titi Serong (PAS) berkata semua penyokong diminta menyusun langkah lebih terancang bagi memastikan PR terus melekat di hati rakyat serta membantu program-program Pusat Khidmat Adun PR di seluruh negeri.

Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah dan menolak rayuan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"KAMI MERAYU ADUN PEMBANGKANG DIBEKALKAN DENGAN SEDIKIT PERUNTUKAN KEWANGAN SUPAYA KITA DAPAT MELANCARKAN KERJA-KERJA BERKAITAN KEBAJIKAN RAKYAT."

Pakatan Mahu Kerajaan BN Penuhi Tuntutan Mereka

[image[3].png] IPOH, 9 Feb (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata parti gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mahu kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memenuhi beberapa tuntuan mereka.

Beliau berkata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam ini juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.

Selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak, katanya kepada pemberita di sini malam Selasa.

Beliau juga berkata: "Kami merayu ADUN pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat."

Mohammad Nizar berkata gabungan parti pembangkang itu bersedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar itu demi kepentingan rakyat sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

Walaupun beliau menerima keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak, tetap menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan dan akan meneliti keputusan penghakiman itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

Selasa, Februari 09, 2010

ZAMBRY KEKAL MENTERI BESAR PERAK

Mahkamah Persekutuan Isytihar Zambry Menteri Besar Yang Sah

PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.

Pertikaian mengenai siapa antara Zambry dan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah timbul tahun lepas setelah Barisan Nasional mempunyai majoriti dalam dewan selepas dua anggota daripada PKR dan seorang daripada DAP meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional, dan seorang lagi daripada PKR yang menyertai parti itu daripada Umno, bertindak kembali kepada Umno.

 

 

Sultan Azlan Shah kemudian menitahkan agar Mohammad Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar, dan pada Februari melantik Zambary sebagai Menteri Besar setelah berpuas hati bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti dalam dewan.

 

 

Mohammad Nizar, 52, yang enggan meletak jawatan, mengambil tindakan undang-undang pada 13 Feb dengan memohon agar mahkamah mengisytiharkan beliau adalah Menteri Besar yang sah, dan pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengembalikan jawatan itu kepada Mohammad Nizar kerana mendapati bahawa Barisan Nasional tidak mengadakan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar dalam Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun, ekoran rayuan Zambry, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau sebagai Menteri Besar dibuat mengikut Perlembagaan.

Isnin, Februari 01, 2010

DATUK SERI ZAMBRY ABD KADIR (PIC) IS CONFIDENT UMNO CAN TAKE 34 SEATS IN THE NEXT ELECTIONS BUT SAID HE WON’T DISSOLVE THE STATE LEGISLATURE UNTIL THE NEXT GENERAL ELECTION.

Zambry confident Umno can win 34 seats in next polls

“Yes, I am confident... but mind you, I am also working independently with other groups to seek people’s opinion,”

“It is simple. If you think that BN is scared because we do not have the people’s support, alright we won’t dissolve but I want to see that since you say that you have the people’s support, you go and resign your 28 seats,”

Datuk Seri Zambry Abd Kadir

Isnin, November 30, 2009

PEMILIK KEDAI TELEFON BIMBIT DI KUNDASANG DIBICARAKAN ATAS DAKWAAN HINA SULTAN

115KOTA KINABALU, 30 Nov (Bernama) -- Perbicaraan terhadap seorang pemilik kedai telefon bimbit yang didakwa menyebarkan satu komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menerusi sebuah laman web, di Mahkaman Sesyen di sini hari ini dimulakan dengan keterangan teknikal.

Pihak pendakwaan memanggil saksi pertama iaitu Pegawai Teknologi Maklumat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Nor Haliza Masri, 29, yang memberitahu mahkamah mengenai butiran teknikal penggunaan internet.

Di kandang tertuduh ialah Rutinin Suhaimin, 36, yang didakwa melakukan kesalahan itu di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang di Ranau pada pukul 6.33 petang, 13 Feb.

Jika sabit kesalahan, Rutinin boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak lebih daripada RM50,000 mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rutinin diwakili peguam Muammar Julkarnain manakala pendakwaan dilakukan oleh Peguam Kanan Persekutuan Salim Soib.

Perbicaraan di hadapan Hakim Zaini Fishir bersambung esok.

-

“… SUDAH GILA” ?

Rabu, Julai 29, 2009

ORANG ASLI HAPPY WITH UPKO

image The United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) has come in for praise for getting the Orang Asli to join the party recently.

"The Members of Parliament and Assemblymen of the areas are very happy that we are there.

image"Because they say these people who joined us are without a party and for a Barisan Nasional component party to bring them in means bringing people to the Government,"

image "They are also those from the Orang Asli community who like to be members of a party with the same sort of concern as the people of Sabah and Sarawak."

image "(But) they have no avenues because obviously they can't be joining the MIC or the MCA so they have found a convenient friend in us."

image "Actually the issues are more or less the same whether you are in Sabah, Sarawak or the peninsula."

image "The natives have the same sort of yearning for full participation in government, to get as much from the Government as they can get in the way of development, not only social but also mental development.

image

 

"We feel we are probably one of the ready channels."

 

 

Upko President Tan Sri Bernard Dompok

Sabtu, Julai 11, 2009

UPKO SPREADING ITS WINGS TO WEST MALAYSIA

Upko sets up four branches in Perak

image

The United Pasok Momogun Kadazan-Dusun Murut Organisation (Upko) has gained a foothold in Perak with the signing up of some 2,000 orang asli in four inaugural divisions.

image

“Pasokmomogun is a word in the Kadazan language that meant ‘sons of the soil’, and I think the orang asli will have no problems relating with that. However we are a party that accepts all nationalities, and we especially welcome the orang asli,”

“However, they seem to have an affinity with us and hopefully they will use this party to present to the government on what they really want,”

“No, that is something far ahead. We will help (in the campaigning)."

Upko president Tan Sri Bernard Dompok

------------------

imageThe launch of Perak Upko was a historic milestone that would allow the community to be more active in politics and champion their forgotten rights.

“This is because we feel that our voice, our woes and our struggle are not given much recognition,”

Tanjung Malim Upko chairman Suki Mee

Isnin, Mei 25, 2009

SIAPA 'MENTERI BESAR MAHKAMAH' ?

image "Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.


"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu,"

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Ahad, Mei 24, 2009

NIZAR TO WAIT FOR WRITTEN JUDGEMENT BEFORE APPEAL

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin will wait for the written judgement of the Court of Appeal’s decision on the rightful Perak Mentri Besar before proceeding to submit an appeal to the Federal Court.

image “We will wait for the written judgement, then we will articulate, review the whole thing all over again before proceeding with the appeal to the Federal Court.

“We will initiate our move on Monday but it will probably take a week to prepare the full documentation of the appeal,”

“We have been doing it consistently even after the High Court’s decision to dissolve the assembly and give the mandate back to the people. If they are sincere, they should also quickly rush to the palace. But are they are willing to do it? That is a challenge for them,”

“They only interpret laws but to us, it is the people who decide who is the government,”

-

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Sabtu, Mei 23, 2009

NIZAR AKAN RUJUK KES KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN

IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akur dengan keputusan sebulat suara panel hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

image image Bagaimanapun, ketika dihubungi di sini Jumaat, Mohammad Nizar berkata beliau akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini.

Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

Jumaat, Mei 22, 2009

MAHKAMAH RAYUAN ISYTIHAR ZAMBRY MENTERI BESAR YANG SAH

imageDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara.

"Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah,"

"Kami berpendapat bahawa keputusan sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah dalam bidang kuasa Sultan.

"Berdasarkan keterangan dalam kes ini, permohonan membubarkan dewan dibuat mengikut Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak dan bukannya Perkara 36 Perlembagaan itu,"

"Tidak ada syarat mandatori dalam Perlembagaan Perak bahawa usul undi tidak percaya perlu dibentangkan terhadap responden sebelum keputusan dibuat bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri,"

Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop

Sabtu, Mei 16, 2009

SATU BILANG TIDAK, SATU BILANG YA…

image "Walaupun kes (Menteri Besar Perak) telah dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan,"

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

-

image "Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak,"

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

PAKATAN TIDAK LETAK SYARAT SELESAI KRISIS PERAK

image "Macam yang kita cakap kelmarin dalam mesyuarat Pakatan, kita sedia jumpa dengan beliau (Najib) bila-bila masa yang sesuai.

"Kita tidak letakkan apa-apa syarat cuma kita mahu kuasa memilih kerajaan di Perak dikembalikan kepada rakyat,"

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Prof Dr. Syed Husin Ali

 

image "Kalau setakat nak berbincang, Kita boleh bincang, tidak ada masalah. Saya sedia bertemu tapi jangan ada syarat. Nanti kita tetapkan tarikhnya dan masa yang sesuai,"

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

Jumaat, Mei 15, 2009

TENG DEFENDS VIEWS ON POLLS

image

"Whether it was right or wrong, what I said was based on the people's perception. Such is the feeling of the people and this can also be seen in the blogs."

Penang Gerakan chairman Datuk Dr Teng Hock Nan said when he proposed fresh elections for the Perak state assembly.

KHAIRY: WE ARE READY

image

"We have nothing to be afraid of and are ready to face the people."

"Let the legal process be completed first before proceeding with the legislative process,"

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Barisan Nasional was not afraid of state elections as alleged by Anwar.

Khamis, Mei 14, 2009

UNDI TAK PERCAYA, PILIHAN RAYA SUKAR BUAT BN

mahathir11CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?

"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya,"

"Tak elok bila dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.

"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.

"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baik,"

TENG DIBIDAS CADANG DUN PERAK DIBUBAR

See full size imagePengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan hari ini dibidas kerana mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan, satu kenyataan yang dianggap boleh menimbulkan pergeseran dalam Barisan Nasional.

image "Sepatutnya, dalam keadaan ini, beliau memberi perangsang dan menyokong kita,"

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar

Selasa, Mei 12, 2009

ZAMBRY MANDELA ?

zambry-feb19 

Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.

Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.

Datuk Dr Zambry Kadir