IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akur dengan keputusan sebulat suara panel hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Bagaimanapun, ketika dihubungi di sini Jumaat, Mohammad Nizar berkata beliau akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini.
Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan