KOTA KINABALU, 13 Mac (Bernama) -- Seorang jurujual telefon bimbit hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menyebar komen yang menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah di sebuah laman web.
Rutinin Suhaimin, 36, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dengan melakukan perbuatan itu pada 6.33 petang 13 Feb di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang, Ranau.
Rutinin dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik iaitu 'Sultan sudah gila!!!' di alamat laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak www.sultanperak.go.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan