Selasa, Disember 18, 2012

SUSPEK WARGA PAKISTAN KES NORIKOH MASIH DITAHAN KERANA SALAH GUNA VISA UNTUK BEKERJA DI SABAH

Kertas siasatan Norikoh dikemaskini sebelum pendakwaan dilakukan

KOTA KINABALU 17/12/2012: Kertas siasatan berhubung kes Norikoh Saliwa telah diserahkan semula oleh Peguam Negara bagi tujuan kemas kini sebelum pendakwaan dilaksanakan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata siasatan kes telah diselesaikan namun terdapat beberapa perkara penting perlu dimasukkan dalam kertas siasatan terbabit.

“Kita telah mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, berhubung kes itu dan beliau telah menyerahkan semula kertas siasatan berkenaan bagi tujuan kemas kini.

“Belum dapat ditentukan lagi setakat ini bila suspek yang terlibat akan dihadapkan ke mahkamah, namun sepertimana harapan masyarakat umum di luar sana, kita turut berharap kes Norikoh akan selesai sepenuhnya,” atanya sambil menambah,polis turut bertungkus lumus memastikan kes terbabit diselesaikan secepat mungkin.

Hamza menambah, suspek warga Pakistan yang ditahan berhubung kes itu kini masih ditahan mengikut Akta Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan visa untuk bekerja di negeri ini.

Terdahulu, tragedi kematian Norikoh Saliwa,16,yang ditemui mati terbaring di tepi jalan Kota Marudu-Kota Kinabalu pada 25 November lepas telah menimbulkan pelbagai kontroversi.

Seorang lelaki warga Pakistan berusia berusia 40an telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes.

by RUZAINI ZULKIFLI

-----------------

AG returns Norikoh murder investigation papers for update

“At the moment, we are unable to determine when the suspect will be brought to court for trial, but just like everyone else, we are also hoping that this case can be completed soon and we are doing our best to speed up the process,”

State Police Commissioner Datuk Hamza Taib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan