Lebih 217,000 Pasport Diproses Untuk Pendatang Tanpa Izin Indonesia Di Sabah
JAKARTA, 2 Ogos (Bernama) -- Lebih 217,000 pasport Indonesia untuk rakyat negara itu yang berada secara tidak sah di Sabah siap diproses sepanjang tempoh pengampunan berlangsung dari Julai hingga Oktober tahun lepas.
Pengarah Perlindungan Warganegara Indonesia, Kementerian Luar Negeri Indonesia Teguh Wardoyo berkata kira-kira 180,000 pasport telah dihantar sementara bakinya akan dihantar sebelum akhir tahun ini.
"Kita menggunakan 51 buah kotak dan memerlukan empat penerbangan MASKargo untuk menghantar dokumen itu ke Sabah setiap minggu. Ia mengambil masa yang lama kerana penerbangan itu perlu singgah di Kuala Lumpur sebelum ke Sabah," katanya kepada sekumpulan pemberita dari Sabah, di Jabatan Luar Negeri Indonesia, di sini hari Isnin.
Beliau berkata walaupun proses itu remeh, Indonesia sedia bekerjasama dengan Sabah untuk memastikan rakyatnya dapat terus tinggal dan mencari rezeki di negeri tersebut.
Bagaimanapun, beliau berharap pada masa depan kerajaan Sabah dapat memberitahu lebih awal mengenai proses pengampunan itu bagi membolehkan pemerintah Indonesia menggerakkan petugasnya untuk mempercepatkan proses.
Teguh berkata pihaknya juga terpaksa mengatur pengangkutan yang sesuai untuk menghantar dokumen itu ke kawasan pedalaman.
Mengulas isu berkaitan, Teguh meminta syarikat perladangan kelapa sawit agar membenarkan pusat pembelajaran komuniti ditubuhkan di ladang untuk memenuhi keperluan anak-anak pekerja warga Indonesia.
Katanya terdapat lebih 36,000 kanak-kanak Indonesia di Sabah dan 24,199 daripadanya yang kebanyakan tinggal di ladang kelapa sawit belum menerima pendidikan awal.
dgn ini ia dpt mengurangkan bilangan warga asing tanpa dokumen yang sah di Sabah.
BalasPadamOMG! It will be more Indonesians in Sabah. I hardly imagine that.
BalasPadamSemuanya boleh dibawa berbincang... Jika kita mengatur dengan baik semua perancangan akan juga berjalan dengan baik... Tapi jika boleh kena bagi kuota dalam membenarkan pekerja asing untuk masuk ke Sabah..jangan terlalu ramai..
BalasPadamharap jumlah pendatang asing di negeri Sabah dapat dikurangkan. apa pun pekara ini memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang terancang. saya yakin kerajaan mengambil berat mengenai pekara ini.
BalasPadamya... walaupun pasport untuk pekerja asing PATI telah diproses, namun kerajaan kena menghadkan kemasukan warga asing ke sabah.
BalasPadambetul tu Sosyan, beri kawalan atau tetapkan had bilangan pekerja asing di Sabah dan dalam masa yang sama para majikan perlu mencari jalan bagi menggalakkan rakyat tempatan berkerja dalam sektor industri mereka.
BalasPadamdiharapkan kerjasama Malaysia-Indonesia dalam isu PATI ini berterusan dan mampu mencapai satu penyelesaian yang berkesan bagi membantu Sabah menangani kebanjiran warga indonesia di Sabah.
BalasPadamharap majikan lebih mengutamakan pekerja tempatan ketika mencari pekerja.
BalasPadamapa pun, memang had untuk pekerja perlu ada kerana sekiranya mempunyai lebihan, peluang untuk orang tempatan tidak ada.
BalasPadamSusah la ini macam. Banyak itu pekerja asing kasi banjir sini. Sini Sandakan sudah manyak rubbish lo, apa mau kasi tambah? Haiya, paning kapala woh.
BalasPadamCara ini (ada pasport khas), mungkin dapat memudahkan pihak yg bertanggungjawab kawal selia pekerja asing. Tapi kalau boleh tetapkan had/kuota supaya tak telebih dari org tempatan pula. hehe
BalasPadamYa betul tu ben. Pas tu pekerja tempatan janganlah telampau demand ya. Nanti takda pula majikan yg ambil bekerja. hehe
BalasPadamApapun saya harap kerajaan dapat pastikan hal ni tidak memudaratkan org tempatan :)
BalasPadamBetul tu john. Saya yakin kalau ada kerjasama pasti dapat tanggani isu ni dgn lebih cepat dan berkesan.
BalasPadamSemoga perancangan yg teliti dapat dilakukan bagi memastikan Sabah tak dibanjiri oleh pekerja asing pula.
BalasPadamwarga Malaysia dan Indonesia adalah wajar bermuafakat dalam menangani isu-isu pti dari Indonesia.
BalasPadamemmm kalau Indonesia sentiasa memberi kerjasama, bagaimana pula dengan negara Filipina?
BalasPadamkalau gitu, lebih baik ambil pekerja warga indon berbanding filipina kerana mereka mempunyai dokumen sah...
BalasPadambetul tu jungle, kalau negara Indonesia boleh menghulurkan kerjasama, filipina juga wajib berbuat demikian atau hantar mereka semua pulang ke negara asal dan jangan sesekali ambil mereka berkerja di Malaysia.
BalasPadamI don't think this idea will be great in the next few years.
BalasPadamMacam mana dengan penghapusan PTI di sini?
BalasPadamThis is a good way to legalize them but I scared it will be backfired.
BalasPadamAt least, those without proper documentation can be lessen. We have a lot of them without any documentations.
BalasPadamInilah contoh baik kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia menangani masalah pendatang atau pekerja asing tanpa dokumen sah.
BalasPadamjalinan kerjasama ini baik untuk masa hadapan. sekiranya suda sampai waktunya kita tidak memerlukan pekerja2 dari Indonesia, mereka boleh berkerjasama dalam proses penghantaran balik ke negara asal. prosesnya akan berjalan dengan lebih lancar.
BalasPadampentingnya pasport itu juga sebagai pengesahan diri mereka, supaya tidak berlaku kekeliruan kelak seperti PATI tidak mengaku warga Indonesia atau negara Indonesia enggan menerimanya kerana tidak ada bukti pengenalan diri(pasport).
BalasPadamDengan adanya passpot, mereka dapat memohon dokumen yang sah untuk terus bekerja di Sabah.
BalasPadamTiada alasan bagi mereka yang ingin bekerja di Sabah tanpa dokumen sah.
BalasPadamKini mereka dapat memohon pas kerja dengan mudah dan tidak perlu pulang ke negara asal untuk berbuat demikian.
Dapat paspot bolehlah buat pas kerja. Kepentingan majikan lebih terjamin, kebajikan pekerja dapat dilindungi.
BalasPadamDokumen yang sah dapat membantu kerajaan Malaysia dan Indonesia mengawal keluar masuk rakyat Indonesia.
BalasPadamSatu kejayaan buat Kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam menangani masalah pendatang tanpa izin di Malaysia.
BalasPadam