BN Kekalkan Kerusi DUN Tenang Dengan Majoriti Bertambah
LABIS, 30 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang apabila calonnya Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti bertambah.
Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala memperoleh 2,992 undi yang memberikan majoriti 3,707 kepada calon BN.
Pada pilihan raya umum lepas, calon BN allahyarham Datuk Sulaiman Taha memperoleh majoriti 2,492 mengalahkan calon PAS Md Saim Siran.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Md Asri Amir di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis pada kira-kira pukul 10.05 malam.
Keputusan itu yang pada mulanya dijangka diumumkan seawal pukul 8 malam bagaimana terlewat sedikit disebabkan kelewatan tiba beberapa peti undi akibat banjir besar yang melanda kawasan DUN berkenaan pada Ahad.
Turut berada di dewan berkenaan untuk meraikan kemenangan calon BN ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sebaik keputusan diumumkan, Mohd Azahar, yang berkemeja batik biru dan bersongkok, dijulang oleh para penyokongnya yang turut melaungkan "Hidup BN!"
Walaupun banjir besar melanda beberapa kawasan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil itu, namun proses pengundian berjalan lancar dengan 67 peratus atau 9,833 daripada 14,753 pengundi berdaftar di dalam DUN Tenang telah keluar mengundi.
Banjir dan cuaca buruk dengan hujan lebat sepanjang hari telah menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot pada kali ini iaitu 67 peratus berbanding pada pilihan raya umum yang lalu, 73.52 peratus.
Sebahagian daripada para pengundi di tempat pengundian yang laluannya terputus akibat banjir terpaksa menggunakan perkhidmatan bot dan trak yang disediakan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Mohd Azahar, 39, yang juga dikenali dengan panggilan mesra Tok Ai ialah bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, manakala Normala ialah bekas guru.
Pilihan raya kecil DUN Tenang itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas.
Harap Mohd Azahar akan bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat.
BalasPadamkeputusan ini menunjukkan bahawa BN masih lagi kukuh di Tenang. harap Wakil Rakyat Baru Tenang ini dpt menjalankan tanggungjawabnya dgn baik.
BalasPadamtahniah kepada calon BN yang menang dalam PRK Tenang.
BalasPadamapa yang dijanjikan kepada rakyat perlulah ditunaikan. harap Mohd Azhar akan mampu menjalankan tugasnya dengan cemerlang.
BalasPadamTahniah kepada BN kerana berjaya menawan DUN Tenang.
BalasPadamPastikan Mohd Azahar akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.
BalasPadamTahniahlah kepada BN kerana dapat mengekalkan kerusi di Dun Tenang. Berita yang mengembirakan lagi, jumlah pengundi BN semakin bertambah dan tidak berkurang langsung..Tahniah sekali lagi kepada Mohd Azhar..
BalasPadamSyabas! Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Jangan kecewakan rakyat dan pikullah tanggungjawab itu dengan amanah dan kejujuran berlandaskan prinsip2 kepimpinan dan agama.
BalasPadamKekalnya BN di tenang, memberi semangat kepada BN. Kita dapat meramal PRU13 yang akan datang.
BalasPadampertambahan majoriti ini membuktikan sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat. saya harap kemenangan ini akan terus berlarutan sehingga menjelang pilihanraya umum yang dijangka bermula tidak lama lagi.
BalasPadamHarap Azahar Ibrahim akan melakukan yang terbaik untuk pengundi Tenang.
BalasPadamSemoga beliau akan berusaha menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat.
BalasPadamHarap Tok Ai akan bersungguh-sungguh berkhidmat untuk penduduk Tenang.
BalasPadamTaniah atas kemenangan ni. Jadi pastikan t/jawab dijalankan dgn sempurna.
BalasPadamKemenangan ni jelas membuktikan BN masih kukuh dihati rakyat. Semoga BN tak akan mengecewakan rakyat.
BalasPadam