Sebelas Rakyat Malaysia Ditahan Kerana Bekerja Secara Haram Di UK
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Sebelas rakyat Malaysia adalah antara 200 pekerja asing yang ditahan kerana bekerja secara haram oleh Agensi Sempadan United Kingdom (UK) dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang musim sejuk lepas.
Suruhanjaya Tinggi British dalam satu kenyataan di sini hari Khamis berkata mereka yang ditahan dalam serbuan di beberapa restoran Cina di UK itu didapati melanggar peraturan yang berkaitan kerja menyalahi visa, tinggal melebihi tempoh visa, atau bekerja secara haram.
"Para majikan mereka dikenakan amaran dan berhadapan dengan denda sehingga 10,000 bagi setiap pekerja yang diambil bekerja secara haram, kecuali mereka dapat membuktikan segala prosedur yang ditetapkan untuk pengambilan pekerja sudah dipatuhi," katanya.
Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Simon Featherstone berkata walaupun rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk melawat UK, tapi adalah menjadi kesalahan bagi mereka untuk bekerja di UK sekiranya mereka hanya melawat, atau tinggal lebih tempoh enam bulan tanpa kebenaran.
"Kami mengalu-alukan ketibaan pelawat tulen dari Malaysia ke UK, tapi kami akan bertindak tegas kepada mereka yang menyalahi syarat-syarat visa, dan akan mengambil tindakan terhadap mereka.
"Mereka yang mempunyai rekod pernah ditahan atas sebab-sebab itu akan dihalang daripada masuk semula ke UK selama tempoh 10 tahun," katanya.
Menteri Imigresen UK Damian Green berkata pihak kementerian bersama polis dan Agensi Jenayah Berat Terancang akan terus bertindak tegas terhadap mereka yang cuba manipulasi sistem imigresen.
"Pegawai-pegawai Agensi Sempadan UK sedang meningkatkan operasi di seluruh negara bagi membanteras jenayah ini dan banyak rampasan harta benda serta tunai dibuat, selain pendakwaan terhadap mereka yang bersalah," tambahnya.
Negara kita patut menggunakan cara yang tegas seperti kerajaan UK, iaitu mengenakan denda yang tinggi bagi setiap orang pekerja haram yang diambil.
BalasPadamingat orang indon dan pilipin saja yang boleh jadi pendatang haram, Malaysia pun boleh apa!!!! Memalukan!!!
BalasPadamHarap kerajaan akan membelajari teknik kerajaan UK.
BalasPadamjika Malaysia mengenakan undang2 tegas seperti UK dalam pengambilan kerja haram. tentu tidak ramai majikan yang akan mengambil pekerja asing secara haram.
BalasPadamkalau UK boleh meningkatkan operasi membanteras pendatang asing dengan hasil penangkapan 200 orang, bagaimana pula dengan Malaysia yang jumlah pendatang haramnya mencecah jutaan orang.
BalasPadamMalaysia juga patut menggenakan hukuman yang tegas kepada PATI yang datang ke negara ini.
BalasPadamSekarang rakyat Malaysia pula yang menjadi pendatang tanpa izin.
BalasPadamapa2pun, yang salah tetap salah.. Malaysia wajar mencontohi bagaimana negara2 maju menangani kebanjiran pendatang haram di negara mereka.
BalasPadamrakyat Malaysia yang berada di luar negara hendaklah menjaga nama baik Malaysia dan jangan melanggar peraturan yang ditetapkan.
BalasPadamOleh itu, rakyat Malaysia haruslah mengikuti syarat-syarat visa.
BalasPadamMalaysia harus belajar dari kerajaan UK dalam menyelesai masalah pendatang haram. Mereka yang datang tanpa izin dan yang bertanggung jawab atas membawa pendatangang tanpa izin harus dikenakan amaran dan didenda sepertimana dibuat oleh kerajaan UK.
BalasPadamSebagai rakyat Malaysia perlu menjaga nama baik negara kita. Carilah VISA kerja secara betul dan mengikut prosuder UK.
BalasPadamMalaysia government should take a leaf out of UK's books.
BalasPadamWe hate illegal immigrants in our country, but our people would also become illegal immigrants in other people's country.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamIni menunjukkan bahawa negara kita perlu mengambil tindakan yang lebih tegas untuk menangani masalah PATI.
BalasPadamI hope Malaysia government will learn from the UK government. I think implementing it this way would reduce the rate of illegal immigrants coming in.
BalasPadamAnd regarding the 11 malaysian in UK. It serve them right for not following the rules. I hope this will be a lesson to other Malaysians.
BalasPadamKerajaan Malaysia terlalu baik hati. Mereka seharusnya bertindak tegas terhadap PATI.
BalasPadamBukan hanya di UK, ada juga di Australia, Eropah dan lain lain. Mereka sanggup bekerja secara haram di sana kerana gaji lebih tinggi.
BalasPadamKerajaan UK masih boleh mengawal isu PTI mereka, bukan seperti kita. PTI dah hampir membanjiri seluruh Sabah.
BalasPadam