Ahad, Mac 20, 2011

IMIGRESEN TAWAU TAHAN 117 WARGA ASING DALAM TIGA OPERASI SEMALAM

Imigresen Tawau Tahan 117 Warga Asing Dalam Tiga Operasi Semalam

TAWAU, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Imigresen Tawau berjaya menahan 117 warga asing dalam tiga operasi di sekitar bandar Tawau semalam.

Pengarah Imigresen Sabah Mohammad Mentek berkata mereka terdiri daripada 104 warga Indonesia dan 13 rakyat Filipina yang ditahan di atas pelbagai kesalahan bersabit Akta Imigresen.

Dalam operasi di kawasan Batu-Batu, seramai 24 orang iaitu 16 rakyat Indonesia dan lapan warga Filipina ditahan, manakala dalam operasi di sekitar pelabuhan dan pasar ikan Tawau 69 lagi ditahan meliputi 66 warga Indonesia dan bakinya warga Filipina, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Operasi Kutip di sekitar Stesen Bas Lama Tawau pula menyaksikan 24 ditahan dengan 22 dari Indonesia dan bakinya rakyat Filipina.

"Kesemua warga asing berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta yang sama iaitu tinggal melebihi masa," kata Mohammad.

Kesemua warga asing terbabit ditempatkan di pusat tahanan sementara untuk siasatan lanjut, katanya.

Beliau berkata operasi itu yang bermula dari 10 pagi hingga 6 petang disertai 34 pegawai Imigresen Tawau.

"Saya mengucapkan tahniah kepada 34 pegawai Jabatan Imigresen Tawau kerana berjaya melaksanakan ketiga-tiga operasi tersebut sehingga berjaya menahan 117 orang dalam tempoh sehari," katanya.

21 ulasan:

  1. usaha yang baik daripada Imigresen Tawau bagi membanteras masalah Pendatang asing tanpa izin.

    BalasPadam
  2. operasi seperti ini perlu dilakukan secara berterusan dari masa ke masa agar lebih ramai lagi pendatang asing tanpa izin yang akan ditahan.

    BalasPadam
  3. masih byk lagi PATI2 yang bebas dan mereka ini perlu ditahan.

    BalasPadam
  4. Beginilah kita mahukan. Sentiasalah melakukan rondaan, operasi dan sebagainya bagi menangani masalah PATI yang semakin berleluasa.

    BalasPadam
  5. Teruskan usaha memberkas warga asing. Jangan bagi peluang mereka bermaharajalela di sini.

    BalasPadam
  6. Semoga PATI ini dapat ditangani dan dikurangkan dinegeri kita ini. Harap polis akan sentiasa melakukan operasi bagi menangani masalah ini.

    BalasPadam
  7. Good job by the Immigration Tawau department. Keep up the good work!

    BalasPadam
  8. This operation must go on to avoid the increase of illegal immigrants rate.

    BalasPadam
  9. Operasi seperti ini harus dilakukan sekerap yang mungkin.

    BalasPadam
  10. Orang ramai juga harus mengambil bahagian dengan melaporkan jika mempunyai maklumat tentang pendatang asing yang mungkin berada dalam kawasan mereka.

    BalasPadam
  11. yup.. tahniah.. lakukan operasi besar2an setiap hari...

    BalasPadam
  12. Teruskan usaha lagi untuk memberkas lebih banyak warga asing di sini.

    BalasPadam
  13. Well done. Keep it up.

    BalasPadam
  14. Masih banyak tempat yang harus diserbu.

    BalasPadam
  15. This require hardwork and perseverance.

    BalasPadam
  16. Tahniah atas usaha keras anda.

    BalasPadam
  17. Kudos to the authorities.

    BalasPadam
  18. macam inilah yang kita nak dengar.. 117 orang! bukan sikit tu

    BalasPadam
  19. teruskan dan lebihkan usaha! lagi banyak, lagi bagus supaya mereka tahu kawalan malaysia semakin ketat dan mereka akan mengambil cara yang sah untuk masuk ke malaysia.

    BalasPadam