Ranau: 28/02/09 bertempat di Dewan Masyarakat Ranau telah berlangsung majlis Perasmian Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2009, anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau, dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Masidi Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Tuan Pegawai Daerah En. Siriman MF Basir, dalam ucapan aluannya mengucapkan terimakasih kerana Ranau telah di beri penghormatan menjadi tempat perasmian Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri yang pertama kali dilakukan di luar ibunegeri.
Dalam ucapan perasmian Datuk Masidi Manjun, beliau telah mengingati bahawa peranan pihak AADK, polis dan sekolah sahaja tidak memadai menangani masaalah gejala dadah ini, tetapi peranan ibubapa dan juga kepimpinan peringkat kampung seperti JKKK dan Ketua Kampung amat kritikal dalam membantu menangani masaalah penyalahan gunaan dadah dikalangan penduduk terutama penduduk luar bandar.
Kelihatan (2 dari kiri) YB. Dr Joachim Gunsalam Adun N.29 Kundasang, En. Wahab Rashman PKR N.30 Karanaan dan (kanan) En. Japirin Sahadi Setiausah Politik kepada Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah.
Ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj. Masidi Bin Manjun.
Sebahagian daripada orang ramai yang hadir pada majlis perasmian. Yang berbaju biru merupakan WKAN dan Ketua Kampung.
___________________________________
En. Hasbi Jumin dan En. Zulqurnain Yusof bersama anak-anak mereka sedang melihat pameran yang sedang diadakan sempena perasmian Hari Anti Dadah Kebangsaan.
_________________________________________
Gambar diatas adalah pameran barangan tiruan yang dijual oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
_____________________________________
Kanak-kanak mengambil kesempatan mengambil gambar bersama penyanyi dan pelawak terkenal negeri Sabah “AMPAL”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan