Selasa, Mac 31, 2009

PENINGKATAN JENAYAH LIBATKAN PELAJAR FENOMENA MEMBIMBANGKAN, KATA KPN

Musa HassanKUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Peningkatan kes jenayah melibatkan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini menjadi satu fenomena cukup membimbangkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata pada tahun 2007 sebanyak 1,836 kes dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan dan 3,241 daripadanya adalah pelajar berumur 13 hingga 18 tahun manakala pada 2008 meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes dengan 3,725 pelajar ditahan dan 3,629 dari jumlah berumur 13 hingga 18 tahun.

"Antara kes-kes tersebut termasuklah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri, pecah rumah dan lain-lain kesalahan jenayah," katanya .

Musa berkata hasil kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia mendapati 87 peratus "Mat Rempit " terdiri daripada golongan berusia 14 hingga 25 tahun.

Kajian itu menunjukkan 48.1 peratus Mat Rempit disebabkan oleh kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan.

"Berdasarkan perangkaan itu, jelas menunjukkan pembabitan pelajar dalam pelbagai kes jenayah sentiasa meningkat. Gejala tersebut boleh dibendung sekiranya pelajar diberikan pendedahan, penerangan jelas tentang kesan dan akibatnya jika terjerumus di dalam kegiatan jenayah," katanya.

HARRIS' RM300 CASH PROPOSAL DOESN'T BRING SIGNIFICANT BENEFIT - MUSA

musa amanKOTA KINABALU, March 31 (Bernama) -- Former Chief Minister Datuk Harris Salleh's proposal to the federal government to give RM300 cash to every adult to stimulate economic activities will not yield significant benefit, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said Tuesday.

"Instead, what is important is drawing up a comprehensive short-and long-term plans, taking into account the people's interests, particularly people living in rural areas," said Musa, who is also Sabah Finance Minister.

He said the state and federal governments had always helped rural folk through various programmes, including poverty eradication initiatives, by the Rural and Regional Development Ministry.

"We have been doing this and what we have planned for the people will be implemented from time to time. I think giving cash alone will not bring any benefit.

"We need to find a permanent solution that benefits the rural people in Sabah," he told reporters after opening the Sabah Association of Senior Citizens' building in Likas.

Harris had yesterday asked the federal government to review the two stimulus packages totalling $67 billion and consider giving RM300 cash to every adult for nine months to boost economic activities particularly in rural areas.

He also urged the federal government to emulate Thailand's stimulus package which pays 2,000 baht (RM205) to every citizen.

LAMAN WEB KHAS PAKEJ RANGSANGAN PAPAR MAKLUMAT TERPERINCI

Kong cho haKUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Laman web khas mengenai pemantauan dan perbelanjaan pakej-pakej rangsangan yang akan dilancarkan minggu depan, boleh dilayari melalui laman web www.rangsanganekonomi.treasury.gov.my.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha berkata laman web khas itu akan memaparkan maklumat mengenai program, projek dan kemajuan pelaksanaan kedua-dua pakej berkenaan yang mengandungi butiran inisiatif dan bagaimana peruntukan disalurkan secara telus.

"Ini meliputi maklumat seperti jumlah peruntukan yang telah diagih dan dibelanjakan, jumlah projek dilaksanakan dan kemajuan projek," katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Khoo Soo Seang pada persidangan Dewan Negara di sini.

"Ini semua dilakukan kerana keprihatinan terhadap tanggungjawab agar setiap sen dibelanjakan sampai kepada sasaran rakyat yang memerlukannya," katanya.

Menjawab soalan asal Khoo mengenai kesan usaha kerajaan itu, Kong berkata, sehingga kini sebanyak RM6.5 bilion daripada pakej rangsangan ekonomi pertama telah diagihkan kepada kementerian yang berkenaan bagi menangani krisis ekonomi global semasa.
Daripada jumlah itu, sebanyak 14,255 projek berjumlah RM1.584 bilion sedang dilaksanakan.

"Ini termasuk 6,621 projek di bawah Program Penyenggaraan Infrastruktur Awam dan Projek Infrastruktur Asas oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan," katanya.

MASJID PERLU ADA GELANGGANG SUKAN

Mufti Perlis KANGAR, 31 Mac (Bernama) -- Masjid-masjid di Perlis perlu mempunyai gelanggang sukan selain meningkatkan keindahan senitamannya sebagai langkah mempelbagaikan peranannya, kata Mufti Dr Juanda Jaya hari ini.

Menurutnya, selama ini masjid sering dipakejkan dengan tanah kubur sedangkan ia sewajarnya menjadi pusat masyarakat yang penuh dengan kegiatannya di samping peranan utama sebagai tempat beribadah.

"Apa salahnya, masjid mempunyai segala kemudahan riadah dan apabila tiba waktu solat, semua meninggalkan kegiatan riadah untuk solat berjemaah," katanya semasa menyampaikan taklimat mengenai rumusan forum bulan dakwah peringkat negeri Perlis di Galeri Diraja Istana Arau di sini.

Katanya, kegiatan jenayah boleh ditangani jika setiap masjid turut mengambil peranan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
"Inilah pentingnya peranan masjid. Ia bukan sekadar pusat untuk beribadah tetapi pusat masyarakat yang perlu sentiasa dimakmurkan," katanya.

KETUA PKR JERAI KELUAR PARTI

N25 Bukit Selambau by election SUNGAI PETANI, 30 Mac (Bernama) -- Bosan dengan janji kosong yang ditabur oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ketua Bahagian PKR Jerai B.Kalaivanar bertindak keluar parti itu hari ini, sambil mendakwa lebih 100 ahli dari bahagian itu akan turut berbuat demikian.

"Kami sudah tidak percaya pada pendirian yang ada sekarang dalam PKR. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dengar apa-apa dari kita yang perang habis-habisan membantu beliau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kalaivanar, 45 yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah, berkata beliau telah menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubarkan bahagian Jerai.

Katanya beliau juga menghantar surat peletakan jawatan dan keluar parti kepada Presiden parti itu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

KERAJAAN TIDAK NAFI WUJUD GEJALA RASUAH, KATA DOMPOK

Bernard Dompok KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia tidak menafikan wujudnya masalah rasuah dalam pengertian yang sebenar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.
Katanya jika ia berada dalam keadaan penafian, kerajaan mungkin tidak menubuhkan organisasi seperi Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya berpendapat pandangan itu harus dipuji kerana sejak kebelakangan ini politik wang menjadi bahan berita panas dalam media kerana pemilihan UMNO. Apa yang penting ialah kepimpinan negara tidak menafikan masalah itu," katanya.

Beliau merujuk kepada ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lepas yang menyatakan parti itu serius dalam membanteras rasuah.

Menurutnya, Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran "kebocoran wang" akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

Dompok berkata beliau dimaklumkan bahawa tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik.

"Ketika angka ini lebih rendah di rantau ini, ia juga membimbangkan.

MAJLIS DAERAH RANAU BERI AMARAN KEPADA PEMILIK HAIWAN BERKELIARAN

jupirin hj ruhimin RANAU 30 Mac - Majlis Daerah Ranau (MDR) memberi amaran tindakan tegas termasuk menangkap dan melelong haiwan ternakan khususnya lembu yang dibiarkan berkeliaran di sekitar pekan berkenaan.

Pegawai Eksekutifnya, Jupirin Ruhimin berkata, masalah haiwan berkeliaran itu mengganggu lalu lintas dan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Tambahnya, tindakan tegas itu terpaksa diambil kerana masih ramai pemilik haiwan bersikap tidak ambil peduli dan enggan mematuhi amaran yang telah dikeluarkan oleh MDR sebelum ini.

''MDR akan menangkap dan melelong haiwan-haiwan yang berkeliaran jika pemilik tidak datang mengambil semula haiwan ini selepas notis iklan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu haiwan berkeliaran di sekitar pekan Ranau sehingga mengganggu orang awam terutama pemandu kenderaan.

Haiwan-haiwan itu juga dikatakan menyebabkan persekitaran pekan Ranau kotor kerana terdapat tompokan najis lembu dan sampah sarap daripada tong sampah yang diselongkar haiwan terbabit.

Jupirin berkata, masalah haiwan berkeliaran semakin sukar dibendung kerana MDR turut mengalami masalah kekurangan kakitangan.

''Masalah sekarang ini, kita susah untuk membuat tangkapan kerana kekurangan kakitangan. Kita belum dapat mengambil pekerja baru kerana faktor kemampuan bayaran gaji.

''Justeru, MDR meminta kerjasama pemilik haiwan ini jangan membiarkan ternakan mereka," ujarnya.

Beliau berkata, kebiasaannya haiwan-haiwan itu berkeliaran untuk mencari makanan kerana pemilik mereka memagar kawasan rumput terutama pada musim mengetam padi.

Bagaimanapun, katanya, MDR tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu demi memastikan imej pekan Ranau tidak terjejas.

Isnin, Mac 30, 2009

PEDALAMAN SABAH PERLU BANYAK ASRAMA

DTK ELLRON SMILE KENINGAU, 30 Mac (Bernama) -- Sabah memerlukan lebih banyak asrama buat pelajar-pelajar sekolah menengah terutama di kawasan pedalaman bagi menangani masalah ponteng kelas.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ellron Angin berkata beliau percaya ketiadaan asrama bagi pelajar luar bandar yang tinggal jauh dari sekolah adalah antara punca kepada masalah ponteng.

Katanya masalah ponteng turut membawa kepada masalah yang lebih serius seperti pelajar keciciran dan ketinggalan dalam akademik, yang rata-ratanya dikaitkan dengan pelajar luar bandar.

Berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di SMK Apin-Apin di sini, Ellron berkata beliau difahamkan sekolah itu sendiri menghadapi masalah ponteng kelas yang serius dengan purata 12 orang ponteng dalam sehari.

Beliau percaya banyak lagi sekolah-sekolah luar bandar yang lain turut berhadapan dengan masalah yang sama dan menurutnya punca masalah itu perlu dikenal pasti dengan segera agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi menanganinya.

Beliau seterusnya menggesa PIBG sekolah supaya lebih lantang bersuara dan menampilkan idea-idea baru demi kebaikan perkembangan pencapaian pelajar serta sekolah.

' GIVE RM300 CASH TO EVERY ADULT FOR A NINE-MONTH PERIOD ' – HARRIS SALLEH

HARRISKOTA KINABALU, March 30 (Bernama) -- Former Sabah Chief Minister Datuk Harris Salleh Monday asked the federal government to review the two stimulus packages totalling RM67 billion and consider giving RM300 cash to every adult for a nine-month period.

He said the move was necessary to boost economic activities in the country, particularly in rural areas.

"Thailand's stimulus package is paying 2,000 baht (RM205) to everyone and this is a good move that we should emulate and even America with their sophisticated society, everything is established and entrenched livelihood, its stimulus packages are very effective.

He said the objective of any stimulus package should be for the benefit of low-and middle-income earners "who are in need and will spend which in turn will revive the overall economy."

"The only and best way to boost rural economic activities is for the government to abolish subsidies for rice, sugar, cooking oil and petroleum products and at the same time also scrap school and medical fees.

"And in return the government introduces RM300 cash payment," he said.

Harris said the RM300 cash subsidy currently given to fishermen by the government was not fair and just.

"It's discrimination...what about the people in Tambunan, Nabawan, Pitas and Kota Marudu who are poorer?" he asked.

"The argument of this policy is that when prices of subsidised goods are adjusted back to current market prices, then the people will start feeling the pinch of high prices and high cost of living and start working harder to produce their daily basic agriculture products from their own areas.

"The rural people can then start working on their vacant or abandoned land as they have been assured a steady income for the next nine months without having to worry about their daily needs.

"They will start planting their own rice and vegetables and make cooking oil from coconuts lying around their houses. Otherwise the rural people will only survive on the famous Malay saying -- Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," he said.

Harris, a successful corporate figure in the agriculture sector, said the RM300 payment a month for nine months would cost the federal government about RM2 billion a month or RM18 billion for the whole period.

"This is much cheaper than the subsidy paid by the government. Giving RM300 a month will in effect distribute the country's wealth equally nationwide," he said.

"This is an opportunity for Malaysia to use the stimulus packages to help the low-and middle-income people to boost their economic activities.

"Making the rural areas once and for all permanently self-sufficient and sustainable to support at least 60 per cent of their daily essentials.

"Even Iran is reportedly 95 per cent self-sufficent now in agricultural output," he added.

_____________________________________________________

Harris Mahu Thailand Dicontohi Beri RM300 Seorang

KOTA KINABALU, 30 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh hari ini meminta kerajaan Persekutuan menyemak semula dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion dan menimbangkan untuk memberi wang tunai RM300 kepada setiap orang dewasa bagi tempoh sembilan bulan.

Katanya langkah itu bersesuaian bagi merangsang aktiviti ekonomi di dalam negara, khususnya di kawasan luar bandar.

"Rakyat akan berbelanja dan akan terus membeli produk domestik. Ini sebaliknya akan membuatkan pengguna domestik terus berbelanja dan aktiviti perkilangan dapat diteruskan.

Harris berpandangan pakej rangsangan Malaysia tidak memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan pertengahan berikutan sebahagian besar daripada pakej yang berjumlah RM67 bilion itu akan dibelanjakan untuk pembangunan prasarana dan membantu industri pengilangan berorientasikan eksport.

Katanya objektif mana-mana pakej rangsangan seharusnya adalah bagi faedah golongan berpendapatan rendah dan pertengahan "iaitu mereka yang benar-benar memerlukan dan akan membelanjakannya, yang disebaliknya akan mencergaskan semula ekonomi keseluruhannya."

"Satu-satunya cara dan yang terbaik untuk merangsang aktiviti ekonomi di luar bandar ialah supaya kerajaan dapat memansuhkan subsidi untuk beras, gula, minyak masak dan produk petroleum dan pada masa yang sama juga membatalkan yuran sekolah dan perubatan.

"Sejajar dengan langkah itu, kerajaan perlu memperkenalkan pembayaran tunai RM300," katanya.

Harris berkata subsidi tunai sebanyak RM300 yang sekarang ini diberikan kepada nelayan oleh kerajaan adalah tidak adil dan berat sebelah.

"Ia satu diskriminasi...bagaimana pula rakyat di Tambunan, Nabawan, Pitas dan Kota Marudu yang lebih miskin?" soalnya.

Kata Harris: "Pertikaian tentang dasar ini ialah apabila harga barangan disubsidikan diselaraskan kembali mengikut harga pasaran semasa, rakyat kemudian akan mula merasakan kepayahan disebabkan harga dan kos sara hidup yang tinggi dan mula bekerja keras untuk menghasilkan produk pertanian asas harian mereka dari kawasan masing-masing.

"Masyarakat luar bandar bolehlah kemudiannya mula bercucuk tanam di kawasan kosong dan yang ditinggalkan memandangkan mereka telah diberikan jaminan memperoleh pendapatan tinggi untuk tempoh sembilan bulan akan datang tanpa perlu merasa bimbang tentang keperluan harian mereka.

"Mereka akan mula menanam padi dan sayur mereka sendiri dan menghasilkan minyak masak dari kelapa yang pokoknya ditanam di sekeliling rumah mereka. Kalau tidak masyarakat luar bandar akan hanya dapat menyara kehidupan mengikut pepatah Melayu -- Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya.

Harris, ahli korporat berjaya dalam sektor pertanian, berkata pembayaran RM300 sebulan untuk sembilan bulan itu akan menyebabkan kerajaan persekutuan menanggung kos kira-kira RM2 bilion sebulan atau RM18 bilion untuk keseluruhan tempoh.

"Ini adalah jauh lebih murah berbanding subsidi yang dibayar oleh kerajaan. Pemberian RM300 sebulan menjurus ke arah agihan kekayaan negara yang sama rata ke seluruh negara," katanya.

Katanya ia juga akan mengubah status sosio ekonomi dan sikap bekerja golongan luar bandar dan untuk lebih berdikari, sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan harian mereka.

"Ini merupakan satu peluang bagi Malaysia menggunakan pakej rangsangan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana bagi merangsang aktiviti ekonomi mereka," katanya.

TIGA PILIHAN RAYA KECIL 'PUNGUTAN SUARA' ?

MUHYIDDIN YASIN3 SUNGAI PETANI, 30 Mac (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu "pungutan suara" penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sememangnya pilihan raya kecil itu mempunyai signifikasi kerana secara kebetulannya proses peralihan kepimpinan dan kuasa itu berlaku ketika tiga pilihan raya kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak serta Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan.

Nizar-ismail   "Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Merbok di sini hari ini.

batangaiKatanya pengundi perlu mengambil kira situasi masa depan negara dan penambahbaikan dasar serta pendekatan untuk membangunkan negara tanpa menyisihkan mana-mana kaum di negara ini.

012498822.jpg"Kita nak melaksanakan program sosial yang lebih berkesan dan ini kita nak buat dalam tempoh yang berlaku tidak terlalu lama. Kita akan mulakan sekarang dengan perubahan kepimpinan yang baru," tambah beliau.

SABAH A NEW CLOUT IN SHAPING THE FUTURE DIRECTION OF UMNO AND BN.

datuk_masidi_manjun Kota Kinabalu: Datuk Masidi Manjun, who is also Tourism, Culture and Environment Minister and State Umno Liaison Committee assistant secretary, said Sabah Umno candidates' 100 per cent victory in the party elections at the just-concluded Umno general assembly had made Sabah a new clout in shaping the future direction of Umno and BN.

Masidi said Umno was now going into a new chapter to stay relevant in a new political landscape that has drastically changed over the last two years.

He pointed out that a new leadership was elected within this new political scenario and the fact that so many new faces won and many veterans lost was a clear signal from members for the party to tackle these multiple challenges with a sense of urgency.

He added that many new Supreme Council members had no political baggage and government posts which would impede drastic changes in the party and government and transform Umno once again into the party of choice for all Bumiputeras.

Masidi also said Umno members had a good reason to be optimistic about the future of the party although the new leadership had inherited a party with diminished strength.

"With a strong will to change for the better, the new leadership would be motivated to rebuild the party to regain its former glory.

"New Umno President Datuk Seri Najib Tun Razak and his team is capable of working hard and making difficult but right decision to succeed," Masidi said, adding it's their only choice if Umno wanted to stay relevant.

HAIWAN BERKELIARAN DI PEKAN RANAU

30th March, 2009

RANAU: Majlis Daerah Ranau (MDR) di gesa supaya bertindak tegas terhadap para penternak ‘Keras Kepala’ (engkar), masih membiarkan ternakan berkeliaran ke kawasan pekan meskipun amaran sudah berulang-kali dikeluarkan.

Jurucakap pengusaha permis-permis perniagaan di pekan Ranau, meminta pihak berkuasa tempatan (MDR), supaya tegas menguat-kuasakan undang-undang dengan mengenakan kompaun (denda) semaksima kepada para pemilik ternakan yang engkar dengan arahan supaya tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran di kawasan pekan.

“Pihak MDR perlu tegas dalam hal ini, kerana saya perhatikan tiada ternakan positif daripada para pemilik ternakan seperti lembu, kambing dan anjing malah masih membiarkan ternakan mereka berkeliaran siang dan malam di kawasan pekan, amat menjijikkan dan mencemarkan imej keceriaan pekan,”.

Menurutnya, keadaan membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan pekan bukan sahaja menganggu pengguna jalan raya, tetapi menjejaskan kebersihan pekan apabila terdapat tombokan-tompokan najis lembu dan sampah-sarap dari tong-tong sampah bertaburan kerana diselonggar oleh anjing-anjing yang berkeliaran menimbulkan bau tidak menyenangkan, mencemarkan udara dan persekitaran permis-permis perniagaan terutamanya restoran-restoran berhampiran.

Serombongan 18 anggota keluarga pelancong dari German yang secara kebetulan turun dari kenderaan (Bas Pelancongan) singgah di pekan Ranau, selepas melawat Taman Kinabalu, kurang selesa apabila melihat ternakan berkeliaran di kawasan pekan, mendorong mereka untuk terus mengambil gambar.

“Apapun ini semua bukan kelemahan pihak MDR, sebaliknya kelemahan orang kita terutama para pemilik ternakan,” jelas pemandu itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Ayau’.

COUNTRY CHARMS

homestay bukit gantang FINGERS pinching his nose, "Cikgu Daud" tilted his head back as he used his other hand to pop an imaginary piece of durian into his mouth.

"This is how we teach tourists to eat durian because they say that it is a smelly fruit," said Ghasali Mohd Yunus, the 68-year-old committee member of the Bukit Gantang Homestay initiative.

The trick usually worked with children but was less successful with their parents, he said with a grin.

Since opening his home for homestay programmes, Ghasali has freely shared with his foreign guests his two firmly held beliefs -- that Bukit Gantang has the best durians and that all Malaysians, irrespective of race, love the durian.

When the village hosted the "Great Durian Festival" for the third time in August last year, more than 5,000 people turned up and ate 15 lorry-loads of durian (about 16,000 fruits) within two hours, he said.

more

SABAH WANTS MORE CABINET POSTS

musa aman KOTA KINABALU : Sabah hopes to have greater representation in the federal cabinet with 10 elected representatives in the new Umno leadership. State Umno and Barisan Nasional chairman Datuk Seri Musa Aman hoped the unprecedented numbers would translate into more full ministerial posts for Sabah Umno leaders.

In the recent Umno general assembly, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal was elected vice-president, the first Sabahan to reach such a position, while Musa, Deputy Transport Minister Datuk Lajim Ukin and Kinabatangan member of parliament Datuk Bung Mokhtar Radin won three of the 25 supreme council seats.

Papar MP Datuk Rosnah Abdul Shirlin was elected Puteri Umno chief while State Community Development and Consumer Affairs Minister Datuk Azizah Mohd Dun and Senator Datuk Armani Mahiruddin were elected into the Wanita Umno executive council.

The new Umno Youth executive councillors were Mohd Gasing Saling and Jamawi Jaafar, while Sipitang Puteri Umno head Dayang Maimunah Sidek made it into the Puteri Umno executive council.

Musa said the number of Sabahans elected showed the trust delegates placed in Sabah after Sabah Umno's electoral victory in the 2008 general election.

Ahad, Mac 29, 2009

CADANGAN GURU BERPOLITIK TERIMA PELBAGAI REAKSI

8d0ffcebd76213c107e31ef02ba84dcf KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak.

"Ini merupakan perkembangan positif yang diberikan kepada guru, jadi lebih ramailah golongan profesional dan berpendidikan akan terlibat secara langsung.”

“Kalau boleh biarlah guru sahaja yang terlibat, bukan pegawai kerana kelak tidak mahu ada masalah di kalangan pegawai,"

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan

__________________________________

 "Jika diimbas semula dalam sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan penggerak Umno. Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat.

"Jadi cadangan Hishammuddin untuk membenarkan guru kumpulan A berpolitik amatlah baik. Cuma perlu dibuat pindaan tentang perkara ini kerana sekarang terdapat larangan guru menyertai politik,"

Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nardin Awang.

____________________________________

Cadangan Hishammuddin itu bagaimanapun ditolak yang menganggap rancangan Menteri Pelajaran itu bakal menimbulkan masalah kelak.

"Saya khuatir tumpuan sedikit sebanyak terjejas jika guru-guru dibenarkan berpolitik. Ini kerana guru kini sangat berbeza dengan guru zaman dulu.

"Lagipun, kita tak pasti guru itu prokerajaan atau anti kerajaan, jadi nanti timbul salah faham politik dan pelajar pula yang akan jadi mangsa," katanya.

Beliau meminta rancangan itu diperhalusi dan dibincangkan ke peringkat akar umbi kerana ia bukan isu remeh.

Semasa menggulung perbahasan mengenai isu pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno semalam, Hishammuddin mencadangkan guru kumpulan A diberi kelonggaran untuk berpolitik.

BATTLE ROYALE ?

PARLIMEN BUKIT GANTANG, PERAK

SIAPA AKAN DI PILIH MENJADI PANGLIMA BUKIT GANTANG ?

Datuk_Seri_Ir_Mohammad_Nizar_Jamaluddin Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 (PAS)

VS

Ismail safian bkt gantang Ismail Safian, 50 (BN)

VS

Golf_Umbrella

1 CALON BEBAS

Kamarul Ramizu Idris, 42

_________________________________________

DUN BUKIT SELAMBAU, KEDAH

sivaji300029 

 SIAPA AKAN DI ANGKAT SEBAGAI SIVAJI THE BOSS ?

s manikumar selambau S Manikumar, 35 (PKR)

VS

Datuk S. Ganesan Datuk S. Ganesan, 49 (BN)

VS

13 CALON BEBAS !

Calon Bebas terdiri daripada L. Sarala, T. Chandrarajan, R. Loganathan, Tan Hock Huat, Zaharan Abdullah, Mejar (B) Mohd Fadzli Wahab, Anuar Abdul Hamid, A. Jayagopal, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, S. Moganakumar, Venason Michael dan Kamis Awang.

________________________________________

DUN BATANG AI, SARAWAK

  old_dayak_warrior_pics

SIAPA AKAN DI PILIH PENGGANTI PAHLAWAN RENTAP ?

Malcolm_Mussen_(1) Malcolm Mussen Lamoh, 49 (BN)

VS

Jawah Anak Gerang Jawah Gerang, 55 (PKR)

MY WAY – TIARA JACQUELINA AF7

tiara_jacquelina

“Tak ada pengetahuan dalam bidang muzik, ada hati nak ajar orang jadi penyanyi.” Begitulah bunyi cakap-cakap orang.

“Saya ada cara sendiri. Jangan samakan saya dengan orang lain. Sindiran mengatakan saya tak tahu muzik tak betul kerana saya pernah menyanyi dan belajar muzik di luar negara. Tahukah orang yang saya sebenarnya boleh bermain gitar?,”

Tiara Jacquelina

Sabtu, Mac 28, 2009

NIK AZIZ A BLOGGER - "Blog Tok Guru"

tok guru nik aziz

KOTA BARU: Kelantan menteri besar and Pas spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has joined the world of blogging.

His site, named "Blog Tok Guru", was launched on Thursday together with Aptus Net, a WiFi broadband Internet provider.

Nik Aziz said the blog was a channel to provide information and opinion as part of the dakwah (propagation) effort.

"For the first two months, it will contain the basics only because I am not prepared to answer questions, as it will take a long time. However, we will have a panel later specially to answer issues raised with my guidance."

He said the blog would also be available in Jawi to enable the older generation to read them. It will be published in English later.

Aptus Net is developed by a subsidary of the State Economic Development Corporation and a private company.

STARVING GIRL ACCUSED OF STEALING FOOD

starving-hand-2 

MUAR: She has been stealing food from her classmates for quite some time.

Following complaints among students, the 8-year-old was called for a counselling session. That was when her teachers came to know that she was a victim of physical abuse by her foster mother for four years.

It is learnt that the little girl allegedly stole the food because she was not given any before going to school.

She went to class hungry and resorted to stealing food to abate her hunger.

Sources said the girl suffered bruises, mostly waist down. She is believed to have been beaten and scolded over trivial matters other than being incarcerated by her foster mother.

She was also said to have been constantly beaten for defecating around her home.

"During a counselling session at school, her teachers realised that the student suffered from a type of skin problem.

"Upon checking, they were shocked to see the bruises all over her.

"It was then the girl told her teachers of what had transpired back home."

The Welfare Department stepped in and took her away for protection on March 17 following a report.

Muar Welfare Department officer Nasir Hussin confirmed the case.
A police report over the matter was lodged.

However, the girl's foster mother has yet to be detained for the alleged abuse.

“WHEN THE PRICE OF RICE GOES UP, THEY ASK US TO EAT TAPIOCA.”

ismail yaacob langkawi

"With the economy slowing down and instead of finding ways to improve the economy, our ministers always look for excuses.

"When the electricity tariff goes up, they ask us not to use air-conditioning and fans. When the price of rice goes up, they ask us to eat tapioca. When there was a shortage of sugar, the minister asks the people to eat less sugar to avoid diabetes."

"It constructs a road and then erects a signboard saying 'Dangerous Corner'. If they know it is a dangerous corner, why construct the road in the first place?".

"Many small traders are out of business. We need more business activities. When the people don't have business activity they produce more children,"

"These people on the stage are not listening to our lament. What we (debaters) say goes in their right ear and goes out the left ear,"

"Even after their hair has turned grey and they cannot eat some of the delicious food (due to health reasons), they still refuse to let go of their division head positions."

 

Ismail Yaacob, Umno veteran member from Langkawi representing Kedah Umno.

HASUTAN PENSYARAH

20040101-think 

“Apabila saya tanyakan sebab anak muda tidak menyokong kerajaan, mereka memberitahu peranan dimainkan oleh pensyarah universiti...dia kata dalam pada dia mengajar kita sekali dia sebut inilah kerajaan satu sindiran...seboleh-bolehnya dia hentam macam-macam.”

“Pada saya bukan susah, tentukan rektornya orang Umno...tentukan dekan fakulti orang Umno, pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi seperti (Datuk Seri) Ibrahim Abu Shah di UiTM (Universiti Teknologi Mara).

Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Katil, Melaka, Datuk Hasnoor Sdg Husin

‘TIDUR DALAM JAGA’

Minda dikuasai anasir Barat

mind-control-welcome1

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir remaja yang gilakan permainan komputer sebenarnya mereka ‘tidur dalam jaga’.

Pakar Psikologi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Mohamad Yaakub, berkata remaja seperti itu sedang enak dibuai mimpi kerana minda mereka dikuasai anasir Barat.

“Pemikiran mereka rosak sejak kecil lagi kerana dibentuk secara halus media yang tidak bertapis seperti permainan komputer, filem dan Internet.

“Selepas menguasai minda mereka, remaja itu cenderung berkelakuan sumbang hingga sanggup mengenepikan nilai murni, budaya dan agama,”.

Menurutnya, remaja berkenaan berada pada fasa pertama iaitu tahu daripada tiga peringkat kesedaran.

“Dalam peringkat ini mereka sedar akan perbuatan yang tidak beretika, namun masih melakukannya. Kesedaran sepatutnya perlu disertakan fasa kedua iaitu perasaan dan fasa ketiga, perbuatan.

TETAP KE TALI DIGANTUNG

najib-cannyPUTRAJAYA 27 Mac - Hayat bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris akan berakhir di- tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadapnya atas kesalahan membunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Lay Kian, hampir enam tahun lalu.

Ahmad Najib ketika ditemui pemberita sejurus keputusan itu diumumkan memberikan reaksi berikut: ''Saya sudah menjangka keputusan hari ini (rayuan akan ditolak). Saya menerimanya kerana ia takdir."

Ahmad Najib, 33, merayu terhadap sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh Canny Ong, 29, serta penjara maksimum 20 tahun dan sebatan 10 kali kerana merogol mangsa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 23 Februari 2005.

Menurut Hakim Zulkefli, mahkamah turut berpuas hati dengan bukti mengenai kehadiran sperma perayu dalam kemaluan mangsa yang disahkan melalui ujian DNA kerana ia secara terang-terangan membuktikan perayu bertanggungjawab merogol mangsa.

SIAPA BAKAL BERGELAR JUTAWAN POWER ROOT ?

logo_power_root

Setelah hampir tujuh bulan Power Root Marketing Sdn. Bhd., membuka peraduan Debaran Meriahnya Juara - Anda Boleh Jadi Jutawan kepada orang ramai, kini ia hampir tiba ke kemuncaknya.

Bakal disiarkan secara langsung di TV3 pada 29 Mac ini, pukul 6 petang, seramai sepuluh orang peserta bertuah akan berentap untuk meraih hadiah utama berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta.

Antara peserta bertuah ialah Rihanizah Baharudin (Pahang), Mohd Osman Abdullah @ Loh Tet Sang (Sabah), Ismadi Ismail (Terengganu) dan Dayangku Nurul Arafa Mohd Yazid (Johor)

TIDAK LUT WALAUPUN DITETAK PARANG TAJAM

12275

Jelas pengacara berusia 32 tahun ini, beliau pada mulanya kurang yakin dengan jampi serapah yang dikaitkan dengan ilmu hitam kerana tiada bukti nyata yang boleh dipercayainya.

"Antaranya saya pernah melihat suatu kejadian seorang lelaki yang tidak lut walaupun ditetak menggunakan sebilah parang yang tajam. Memang sukar untuk mempercayainya.

Jimmy Smith, pengacara rancangan seni mempertahankan diri Fight Quest

AWARAN DAN PERINGATAN KEPADA PEMILIK BAKAKUK SABAH

Polis: Serahkan Senapang 'bakakuk' Sebelum Hujung Bulan Ini

bakakukKOTA KINABALU, 25 Mac (Bernama) -- Pemilik 'bakakuk' iaitu senapang buatan sendiri di Sabah diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menyerahkan senjata itu kepada polis tanpa dikenakan sebarang tindakan, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Razak Abdul Ghani.

"Jangan risau, kami ingin elakkan masyarakat miliki senjata api haram, jadi kita kena bagi satu tempoh masa yang sesuai untuk mereka datang serahkan.

"Kalau takut, telefon dulu beritahu OCPD (Ketua Polis Daerah) mahu serah dan ambil borang, senjata kita rampas tetapi kita tidak akan ambil tindakan," .

"Sebabnya satu kita nak rekodkan, dan kedua kita nak elakkan insiden yang tidak diduga seperti kemalangan terkena ahli keluarga, lalu pemilik mungkin takut datang ke hospital kerana melibatkan senjata api," .

"Saya tahu orang di pedalaman Sabah, memang turun temurun sudah ada bakakuk. Kalau nak miliki senjata sah untuk nak jaga kebun... Semua orang kampung ada tanah dan (jika) perlu senjata api yang sah, datang serahkan bakakuk dan pohon senjata baru yang sah," kata beliau.

Abdul Razak berkata selepas tempoh pengampunan, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati memiliki senapang tersebut tanpa lesen mengikut Akta Senjata Api, dan hukuman lebih berat jika senapang itu digunakan atau terlibat dalam kes lain.

Jumaat, Mac 27, 2009

KEMPEN ANTI MEROKOK TOK GURU

smoking_cows

KOTA BAHARU, 27 Mac - (Bernama) - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.

200 BIASISWA JPA UNTUK PELAJAR BUMIPUTERA SABAH, SARAWAK

logo_jpa KOTA KINABALU, 27 Mac (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kuota khas sebanyak 10 peratus atau 200 biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pelajar Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sabah dan Sarawak bermula tahun ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pencapaian akademik pelajar Bumiputera di kedua-dua negeri itu yang masih ketinggalan berbanding pelajar lain di Semenanjung.

"Pada masa ini, banyak lagi sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai kemudahan yang lengkap dan keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan pencapaian akademik mereka.

"Sebab itu kerajaan Persekutuan memberi perhatian khusus kepada pelajar Bumiputera Sabah dan Sarawak, dengan memberikan masing-masing peruntukan 100 biasiswa, dalam usaha untuk membetulkan keadaan,".

Terdahulu, dalam ucapannya, Dompok berkata beliau menyokong agar penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains diteruskan.

"Saya fikir penggunaan bahasa Inggeris dalam dua subjek itu tidak menjejaskan penguasaan kita dalam bahasa Malaysia malah membantu kita berkomunikasi dengan baik terutama apabila menganjurkan atau mengikuti program peringkat antarabangsa," katanya.

COMMENTS

SHAFIE APDAL 1 “We are now reaping the rewards of delivering Sabah to the Barisan despite the political tsunami last year,”

Datuk Mohd Shafie Apdal - UMNO Vice President

__________________________

 

bung“We will continue to criticise for the benefit of the party and the people,”

Datuk Bung Moktar Radin - UMNO Supreme Council

KEPUTUSAN PEMILIHAN UMNO 2009

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Berikut adalah keputusan pemilihan Umno 2009.

PENGERUSI TETAP
DATUK PADUKA HAJI BADRUDDIN AMIRULDIN (2272 undi)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
DATUK HAJI MOHAMAD HAJI AZIZ (tanpa bertanding)

 

najib02 PRESIDEN
DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK (tanpa bertanding)

MUHYIDDIN YASIN3TIMBALAN PRESIDEN
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN (1575 undi)

NAIB PRESIDEN
1. DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI (1592 undi)
2. DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN (1515 undi)


shafie_apdal 3. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL (1445 undi)

AHLI MAJLIS TERTINGGI
1. DATUK MUSTAPA MOHAMED (2259 undi)
2. DATUK NOH OMAR (2084 undi)

 

MUSA AMAN4 3. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN (2084 undi)
4. DATUK AZIAN OSMAN (2060 undi)
5. DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN (2054 undi)
6. DATUK SERI MOHD ZIN MOHAMED (1854 undi)
7. DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB (1838 undi)

 

Lajim8. DATUK SERI PANGLIMA LAJIM UKIN (1804 undi)
9. DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR (1705 undi)
10. DR MOHD PUAD ZARKASHI (1700 undi)
11. DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (1685 undi)
12. DATUK HAJI IDRIS HJ HARON (1658 undi)
13. DATUK DR HAJI ABD LATIFF AHMAD (1624 undi)
14. DATUK SERI DR JAMALUDIN JARJIS (1622 undi)
15. DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH (1619 undi)
16. DATUK DR NORRAESAH MOHAMAD (1611 undi)
17. DATUK SERI MAHDZIR KHALID (1584 undi)
18. DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH (1529 undi)
19. DATUK HAMZAH ZAINUDIN (1518 undi) 

May 15 - Bung Mokhtar20. DATUK BUNG MOKTAR RADIN (1517 undi)
21. DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN (1481 undi)
22. DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE (1431 undi)
23. DATUK AHMAD SHABERY CHEEK (1377 undi)
24. DATUK SERI IDRIS JUSOH (1275 undi)
25. DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM (1265 undi)

Khamis, Mac 26, 2009

WITHOUT FEAR OR FAVOR

Without Fear Or Favor

PENANG DCM1 FAIRUS PICKED UP BY MACC

KUALA LUMPUR: Penang Deputy Chief Minister 1 Mohammad Fairus Khairuddin was picked up at the Johor Immigration and Quarantine complex (CIQ) by Malaysian Anti-Corruption Commission officers for questioning over alleged illegal quarry activities in Penang.

The MACC probe follows allegations made by national PKR Youth executive council member Amizudin Ahmat during a Seberang Prai Municipal (MPSP) full council meeting on Feb 27 while Fairus was still a councillor there.

________________________________

BALKIS INQUIRY: DID S’GOR ROS BREAK OWN RULES?

SHAH ALAM: The Selangor Registrar of Societies may have broken its own regulations when it allowed the Wives of Selangor State Assemblymen and MPs Charity and Welfare Organisation (Balkis) to be dissolved.

Registrar officer Tairah Yusoff told the inquiry that 70 out of the 100 Balkis members had attended the meeting and this surpassed the quorum requirement, which was only 64.

However, Selcat chairman and State Legislative Assembly Speaker Tang Chang Khim asked Tairah how 70 people could have attended when most of them had been reduced to being associate members after their husbands had lost in the polls.

Associate members have no voting rights and therefore have no clout to call for or second the dissolution of Balkis, he noted.

Rabu, Mac 25, 2009

KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATAN KETUA PEMUDA

 khairy_jamaluddin

YB Khairy Jamaluddin menang Jawatan Ketua Pemuda Umno dengan majoriti  apabila mengutip 304 undi .

PEMUDA
Pengerusi tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)
Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)
Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)
Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)

Ahli jawatankuasa
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin 
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohamad Nazim A Samad (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)

KEPUTUSAN PEMILIHAN KETUA WANITA DAN PUTRI UMNO

shahrizat

 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

WANITA
Pengerusi tetap    
Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)
Timbalan pengerusi tetap
Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi)  
Ketua
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)

Naib ketua
Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)

Ahli jawatankuasa
1. Hasnah Salam (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
8. Marlia Abd Latiff (416 undi)
9. Noriah Mahat (412 undi)
10. Ros Suryati Alang (405 undi)
11. Jamelah A Bakar (400 undi)
12. Suraya Yaacob (388 undi)
13. Azihani Ali (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
19. Norliza Hj Ahmad (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)

__________________________________

 

rosnah sharlin

Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin menang jawatan Ketua Putri Umno dengan memperolehi 245 undi.

PUTERI
Pengerusi tetap
Azlieza Azizan (445 undi)
Timbalan pengerusi tetap
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)
Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)

Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

Ahli jawatankuasa
1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)
11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd Harun (375 undi)