PUTRAJAYA 27 Mac - Hayat bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris akan berakhir di- tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadapnya atas kesalahan membunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Lay Kian, hampir enam tahun lalu.
Ahmad Najib ketika ditemui pemberita sejurus keputusan itu diumumkan memberikan reaksi berikut: ''Saya sudah menjangka keputusan hari ini (rayuan akan ditolak). Saya menerimanya kerana ia takdir."
Ahmad Najib, 33, merayu terhadap sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh Canny Ong, 29, serta penjara maksimum 20 tahun dan sebatan 10 kali kerana merogol mangsa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 23 Februari 2005.
Menurut Hakim Zulkefli, mahkamah turut berpuas hati dengan bukti mengenai kehadiran sperma perayu dalam kemaluan mangsa yang disahkan melalui ujian DNA kerana ia secara terang-terangan membuktikan perayu bertanggungjawab merogol mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan