Isnin, Mac 30, 2009

' GIVE RM300 CASH TO EVERY ADULT FOR A NINE-MONTH PERIOD ' – HARRIS SALLEH

HARRISKOTA KINABALU, March 30 (Bernama) -- Former Sabah Chief Minister Datuk Harris Salleh Monday asked the federal government to review the two stimulus packages totalling RM67 billion and consider giving RM300 cash to every adult for a nine-month period.

He said the move was necessary to boost economic activities in the country, particularly in rural areas.

"Thailand's stimulus package is paying 2,000 baht (RM205) to everyone and this is a good move that we should emulate and even America with their sophisticated society, everything is established and entrenched livelihood, its stimulus packages are very effective.

He said the objective of any stimulus package should be for the benefit of low-and middle-income earners "who are in need and will spend which in turn will revive the overall economy."

"The only and best way to boost rural economic activities is for the government to abolish subsidies for rice, sugar, cooking oil and petroleum products and at the same time also scrap school and medical fees.

"And in return the government introduces RM300 cash payment," he said.

Harris said the RM300 cash subsidy currently given to fishermen by the government was not fair and just.

"It's discrimination...what about the people in Tambunan, Nabawan, Pitas and Kota Marudu who are poorer?" he asked.

"The argument of this policy is that when prices of subsidised goods are adjusted back to current market prices, then the people will start feeling the pinch of high prices and high cost of living and start working harder to produce their daily basic agriculture products from their own areas.

"The rural people can then start working on their vacant or abandoned land as they have been assured a steady income for the next nine months without having to worry about their daily needs.

"They will start planting their own rice and vegetables and make cooking oil from coconuts lying around their houses. Otherwise the rural people will only survive on the famous Malay saying -- Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," he said.

Harris, a successful corporate figure in the agriculture sector, said the RM300 payment a month for nine months would cost the federal government about RM2 billion a month or RM18 billion for the whole period.

"This is much cheaper than the subsidy paid by the government. Giving RM300 a month will in effect distribute the country's wealth equally nationwide," he said.

"This is an opportunity for Malaysia to use the stimulus packages to help the low-and middle-income people to boost their economic activities.

"Making the rural areas once and for all permanently self-sufficient and sustainable to support at least 60 per cent of their daily essentials.

"Even Iran is reportedly 95 per cent self-sufficent now in agricultural output," he added.

_____________________________________________________

Harris Mahu Thailand Dicontohi Beri RM300 Seorang

KOTA KINABALU, 30 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh hari ini meminta kerajaan Persekutuan menyemak semula dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion dan menimbangkan untuk memberi wang tunai RM300 kepada setiap orang dewasa bagi tempoh sembilan bulan.

Katanya langkah itu bersesuaian bagi merangsang aktiviti ekonomi di dalam negara, khususnya di kawasan luar bandar.

"Rakyat akan berbelanja dan akan terus membeli produk domestik. Ini sebaliknya akan membuatkan pengguna domestik terus berbelanja dan aktiviti perkilangan dapat diteruskan.

Harris berpandangan pakej rangsangan Malaysia tidak memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan pertengahan berikutan sebahagian besar daripada pakej yang berjumlah RM67 bilion itu akan dibelanjakan untuk pembangunan prasarana dan membantu industri pengilangan berorientasikan eksport.

Katanya objektif mana-mana pakej rangsangan seharusnya adalah bagi faedah golongan berpendapatan rendah dan pertengahan "iaitu mereka yang benar-benar memerlukan dan akan membelanjakannya, yang disebaliknya akan mencergaskan semula ekonomi keseluruhannya."

"Satu-satunya cara dan yang terbaik untuk merangsang aktiviti ekonomi di luar bandar ialah supaya kerajaan dapat memansuhkan subsidi untuk beras, gula, minyak masak dan produk petroleum dan pada masa yang sama juga membatalkan yuran sekolah dan perubatan.

"Sejajar dengan langkah itu, kerajaan perlu memperkenalkan pembayaran tunai RM300," katanya.

Harris berkata subsidi tunai sebanyak RM300 yang sekarang ini diberikan kepada nelayan oleh kerajaan adalah tidak adil dan berat sebelah.

"Ia satu diskriminasi...bagaimana pula rakyat di Tambunan, Nabawan, Pitas dan Kota Marudu yang lebih miskin?" soalnya.

Kata Harris: "Pertikaian tentang dasar ini ialah apabila harga barangan disubsidikan diselaraskan kembali mengikut harga pasaran semasa, rakyat kemudian akan mula merasakan kepayahan disebabkan harga dan kos sara hidup yang tinggi dan mula bekerja keras untuk menghasilkan produk pertanian asas harian mereka dari kawasan masing-masing.

"Masyarakat luar bandar bolehlah kemudiannya mula bercucuk tanam di kawasan kosong dan yang ditinggalkan memandangkan mereka telah diberikan jaminan memperoleh pendapatan tinggi untuk tempoh sembilan bulan akan datang tanpa perlu merasa bimbang tentang keperluan harian mereka.

"Mereka akan mula menanam padi dan sayur mereka sendiri dan menghasilkan minyak masak dari kelapa yang pokoknya ditanam di sekeliling rumah mereka. Kalau tidak masyarakat luar bandar akan hanya dapat menyara kehidupan mengikut pepatah Melayu -- Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya.

Harris, ahli korporat berjaya dalam sektor pertanian, berkata pembayaran RM300 sebulan untuk sembilan bulan itu akan menyebabkan kerajaan persekutuan menanggung kos kira-kira RM2 bilion sebulan atau RM18 bilion untuk keseluruhan tempoh.

"Ini adalah jauh lebih murah berbanding subsidi yang dibayar oleh kerajaan. Pemberian RM300 sebulan menjurus ke arah agihan kekayaan negara yang sama rata ke seluruh negara," katanya.

Katanya ia juga akan mengubah status sosio ekonomi dan sikap bekerja golongan luar bandar dan untuk lebih berdikari, sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan harian mereka.

"Ini merupakan satu peluang bagi Malaysia menggunakan pakej rangsangan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana bagi merangsang aktiviti ekonomi mereka," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan