Polis: Serahkan Senapang 'bakakuk' Sebelum Hujung Bulan Ini
KOTA KINABALU, 25 Mac (Bernama) -- Pemilik 'bakakuk' iaitu senapang buatan sendiri di Sabah diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menyerahkan senjata itu kepada polis tanpa dikenakan sebarang tindakan, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Razak Abdul Ghani.
"Jangan risau, kami ingin elakkan masyarakat miliki senjata api haram, jadi kita kena bagi satu tempoh masa yang sesuai untuk mereka datang serahkan.
"Kalau takut, telefon dulu beritahu OCPD (Ketua Polis Daerah) mahu serah dan ambil borang, senjata kita rampas tetapi kita tidak akan ambil tindakan," .
"Sebabnya satu kita nak rekodkan, dan kedua kita nak elakkan insiden yang tidak diduga seperti kemalangan terkena ahli keluarga, lalu pemilik mungkin takut datang ke hospital kerana melibatkan senjata api," .
"Saya tahu orang di pedalaman Sabah, memang turun temurun sudah ada bakakuk. Kalau nak miliki senjata sah untuk nak jaga kebun... Semua orang kampung ada tanah dan (jika) perlu senjata api yang sah, datang serahkan bakakuk dan pohon senjata baru yang sah," kata beliau.
Abdul Razak berkata selepas tempoh pengampunan, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati memiliki senapang tersebut tanpa lesen mengikut Akta Senjata Api, dan hukuman lebih berat jika senapang itu digunakan atau terlibat dalam kes lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan