Isnin, April 23, 2012

SHAFIE NAFI BERI ZAHIDA ‘WANG BEGITU BANYAK’

Shafie nafi beri Zahida ‘wang begitu banyak’

Shafie Apdal (2) SHAH ALAM 23 April 2012 - Datuk Seri Shafie Afdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

-----------------

Akaun Twitter Zahida Rafik 'Panas' Dengan Sindiran

“Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. …..”

Twitter @zahida_rafik

40 ulasan:

  1. Mungkin Noor Azman Azemi tidak mendapat kebaikan daripada Shafie Apdal, jadi pemandu itu menyebarkan khabar angin seperti ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin juga...apa2 pun, shafie akan mengambil tindakan undang2 sekiranya fitnah ini terus dimainkan.

      Padam
    2. Bukti-bukti yang mendakwa Shafie memberi Zahida RM1.5 juta perlulah diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

      Padam
    3. Mungkin juga Noor Azman ni diupah untuk buat2 cerita.

      Padam
  2. Tunggulah dan lihat, saya rasa perkara ini sudah disiasat oleh pihak berkuasa sama ada ia betul ataupun tidak.

    BalasPadam
  3. "Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit."

    Kenyataan riak daripada seorang artis suam2 kuku. Ceh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sebaliknya, mungkin Zahida sudah 'panas' ni.

      Padam
  4. Shafie usah risau. Gosip macam ini tidak akan jatuhkan anda juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berani kerana benar, takut kerana salah. Tidak perlu risau jika perkara ini tidak benar.

      Padam
    2. Shafie kena buktikan dulu semua dakwan tu tidak benar baru rakyat percaya.

      Padam
  5. Siasat hal ini sedalam mungkin dan dedahkanlah hal sebenar.

    BalasPadam
  6. Mentang2 lah shafie orang umno teruslah mahu dikaitkan dengan hal sebegini. hhmm..

    BalasPadam
  7. Kita tunggu sajalah apa perkembangan isu ini nanti.

    BalasPadam
  8. Takkan pkok bergoyang kala takda angin kan. Tapi sebelum buat kesimpulan, better kita tunggu siasatan lanjut dibuat.

    BalasPadam
  9. Mungkin hal ini sengaja ditimbulkan untuk memburukkan pemimpin umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sengaja ditimbulkan untuk memburukkan pemimpin UMNO...sama seperti cerita rasuah yang dikaitkan dengan musa aman..semua cerita itu ada bermotifkan politik disebabkan pru13 yang makin hampir.

      Padam
    2. Ataupun ada pihak yang ingin menggunakan isu ini sebagai publisiti.

      Padam
    3. Tindakan mengaibkan seseorang pemimpin memang sering digunakan sebagai alat politik.

      Padam
  10. shafie sudah memberikan penjelasan beliau..rasanya beliau difitnah..

    BalasPadam
  11. mungkin juga cerita ini direka-reka oleh pihak tertentu disebabkan terdesak kerana pru13 makin hampir...maka mereka sengaja cuba menjatuhkan kredibiliti dan populariti pemimpin BN di mata masyarakat.

    BalasPadam
  12. rakyat haruslah bijak menilai mana yang benar dan mana yang salah..zaman sekarang apa2 pun boleh dibuat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap individu perlu bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh.

      Padam
  13. where on earth did shafie manage to get such a large sum of money to give to that whore with his kind of salary???

    BalasPadam
    Balasan
    1. most probably that shafie was accused for something he did not do.

      Padam
  14. With the election just around the corner, its not surprising at all that allegations such as this being to surface.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pru semakin hapir jadi, isu macam ini dimainkan untuk jejaskan imej pemimpin.

      Padam
  15. i sense more and more allegations coming out to bring down BN/Umno leaders.

    BalasPadam
    Balasan
    1. This is why we shouldn't believe 1000% whatever that was posted in any blogs or website. Judge wisely.

      Padam
  16. Shafie dah nafikan, isu ini jgn diperbesarkan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembangkang pasti suka hebohkan perkara macam ni

      Padam
    2. mungkin isu ini sengaja dimainkan untuk jejaskan imej Shafie.

      Padam
  17. Betul atau tidak kalau mahu mahkamah baru tahu tu

    BalasPadam
  18. ada saja isu dimainkan tapi janganlah mempercayai isu yang tidak diketahui kebenarannya.

    BalasPadam
  19. Mengaku sahaja la agar isu ini tidak menjadi lebih teruk.

    BalasPadam
  20. Tidak perlu berselindung, kalau berani tampil la dan ikatkan perkhawinan seperi Bung Mokthar dan Zizi...

    BalasPadam
  21. Jumlah wang yang sangat besar. Jika diberikan kepada rakyat pasti itu lebih bermakna.

    BalasPadam
  22. Kita tunggu siasatan mengenai perkara ini dibuat. Adakah benar atau tidak semua itu akan diketahui selepas siasatan selesai dilakukan.

    BalasPadam
  23. kalau betullah semua ini hanya fitnah, tidak rasa bersalahkah pihak2 yang menyebarkan fitnah ini semata2 untuk kepentingan politik pihak tertentu sehingga menjejaskan nama baik pihak yang tidak ada kaitan dengan politik??

    BalasPadam
  24. baguslah jika Shafie tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang2.. baik mulakan saja sekarang memandangkan tidak ada tanda2 bahawa fitnah ini akan berakhir..

    BalasPadam