Minda dikuasai anasir Barat
KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir remaja yang gilakan permainan komputer sebenarnya mereka ‘tidur dalam jaga’.
Pakar Psikologi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Mohamad Yaakub, berkata remaja seperti itu sedang enak dibuai mimpi kerana minda mereka dikuasai anasir Barat.
“Pemikiran mereka rosak sejak kecil lagi kerana dibentuk secara halus media yang tidak bertapis seperti permainan komputer, filem dan Internet.
“Selepas menguasai minda mereka, remaja itu cenderung berkelakuan sumbang hingga sanggup mengenepikan nilai murni, budaya dan agama,”.
Menurutnya, remaja berkenaan berada pada fasa pertama iaitu tahu daripada tiga peringkat kesedaran.
“Dalam peringkat ini mereka sedar akan perbuatan yang tidak beretika, namun masih melakukannya. Kesedaran sepatutnya perlu disertakan fasa kedua iaitu perasaan dan fasa ketiga, perbuatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan