BELGRADE 23 Nov. – Pihak berkuasa kesihatan Serbia sedang mencari bomoh misteri yang baru-baru ini menyembuhkan beberapa pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang cedera melalui rawatan termasuk urutan dengan uri kuda.
Marijana Kovacevic telah menghilangkan diri selepas pegawai kesihatan bersama anggota polis ingin mengunjungi klinik persendiriannya di Belgrade minggu lalu.
Menurut pihak berkuasa kesihatan, Kovacevic yang merupakan doktor farmakologi tidak mempunyai lesen untuk mengamalkan rawatan fisioterapi.
Reputasinya sebagai bomoh ajaib untuk merawat kecederaan akibat bersukan tersebar meluas di EPL dengan pemain Arsenal, Robin van Persie dan pemain Liverpool, Yossi Banayoun, Albert Riera dan Glen Johnson dilaporkan mengunjungi Belgrade awal bulan ini. – AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan