Ahad, September 18, 2011

BILA ILMU HITAM “ORANG MINYAKNYA” TIDAK MENJADI ….

Lelaki bertelanjang ditangkap

Penduduk mengawasi lelaki disyaki pengamal ilmu hitam yang ditahan di flat Pinggiran Batu Caves, Selayang, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR 18 September 2011 - Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.

Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.

Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya.

Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu.

image "Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik.

"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak.

"Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya.

Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu.

Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri.

"Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian.

-----

‘Orang minyak’ kurang siuman

image 19 September 2011: Seorang lelaki didakwa ‘orang minyak’ yang ditahan penduduk Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang, di sini, malam kelmarin dalam keadaan bogel disahkan kurang siuman.

Lelaki warga Indonesia terbabit kini masih menerima rawatan di Hospital Selayang kerana mengalami masalah gangguan mental.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah

------

'Kena rogol 99 anak dara'

"Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh 'orang dulu-dulu'. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah merogol 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati.

"Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya anak dara,"

Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif

7 ulasan:

  1. Nasib baik penduduk sempat bertindak.

    BalasPadam
  2. suspek mungkin tak waras.

    BalasPadam
  3. mujur lelaki tersebut berjaya ditangkap..

    BalasPadam
  4. rupanya orang kurang siuman. nasib baik tak kena pukul sampai mati.

    BalasPadam
  5. Tidak ada mustahil perkara ini berlaku. Kerana pengamal ilmu hitam ini boleh melakukan apa saja demi mendapatkan ilmu yang dipelajarinya.

    BalasPadam
  6. Nasib baik tiada berlaku kejadian yang lebih teruk lagi.

    BalasPadam
  7. memang tidak nampak macam orang minyak pun.. macam orang kurang siuman tu ada la..

    BalasPadam