Rabu, Julai 15, 2009

SANTAU ADALAH SEJENIS ILMU HITAM ORANG-ORANG MELAYU YANG DIGUNAKAN UNTUK MERACUN ATAU MENYAKITI PIHAK MUSUH

Syarat-syarat santau

Oleh Zaidel B or Sinatra_Z

image Santau adalah sejenis ilmu hitam orang-orang Melayu yang digunakan untuk meracun atau menyakiti pihak musuh. Biasa kita dengar bahawa santau ini digunakan oleh orang tertentu yang dengki dengan kejayaan seseorang itu terutama dalam bidang perniagaan runcit dan industry kedai makan. Banyak cerita-cerita mengenai bagaimana sesebuah restoran yang sedang maju telah berjaya disantau kerana hasat dengki pesaing; pelanggan yang makan di restoran berkenaan akan mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Akan tetapi samaada ianya keracunan makanan, taun atau santau kesahihan biasanya tidak dapat dipastikan.

image Santau banyak dibincangkan dan diperdebatkan dengan meluas di kedai-kedai kopi dan juga media akademik alternatif seperti Mastika, Mingguan Misteri, Pesona dan sebagainya. Sebagai contoh baru-baru ini penulis sempat berborak dengan seorang pensyarah dari Grik yang datang melawat ke syarikat kami bersama dengan pelajar-pelajarnya. Pensyarah itu dengan arif menceritakan terdapat pelbagai jenis santau seperti santau angin, santau bersalam, santau lalu, santau ujian dan macam-macamlah.

baca seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan