"Selepas perbincangan di peringkat muzakarah fatwa kebangsaan, cadangan itu akan dibawa dalam Majlis Raja-Raja dan sekiranya dipersetujui akan dibawa balik ke peringkat negeri untuk diwartakan sebagai enakmen sebelum dikuatkuasakan.
"Ilmu sihir ini bercanggah dengan kehendak syarak. Masalahnya adalah untuk mendapatkan bukti bagi tujuan perundangan memandangkan ilmu sihir tidak dapat dilihat oleh pancaindera kerana ia adalah abstrak.
"Maka, kita harapkan cadangan yang dibincangkan di peringkat pakar hari ini membolehkan pembuktian dapat dilakukan bagi melaksanakan apa-apa hukuman,"
Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid
---
"Tidak ada dalam mana-mana agama membenarkan amalan sihir ini dilakukan, memang benda jahat seperti ini dilarang baik dalam agama Kristian, Yahudi mahupun Buddha manakala dalam Islam ia diharamkan.
"Jadi, bila semua agama melarang, asasnya cukup kuat bagi menjadikan larangan itu sebagai undang-undang umum. Saya tidak fikir ada orang membantah wujudnya enakmen ini melainkan ahli sihir,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan