Memaparkan catatan dengan label GTP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GTP. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 27, 2012

95% LIPUTAN JALAN RAYA DI SABAH DAN SARAWAK DICAPAI MENJELANG 2015

95% liputan jalan raya di Sabah dan Sarawak dicapai menjelang 2015

KOTA KINABALU August 27, 2012: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin sasaran 95 peratus liputan infrastruktur terutama jalan raya di seluruh Sabah dan Sarawak, menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kera­jaan (GTP) 2.0, akan tercapai menjelang tahun 2015.Beliau berkata dalam tem­poh tiga tahun pelaksanaan GTP 1.0, kerajaan melak­sanakan projek infrastruktur di sepanjang jalan di Seme­nanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Isnin, Mac 01, 2010

"SEKURANG-KURANGNYA, SEKARANG KAMI TAHU DENGAN LEBIH JELAS APAKAH MASALAH YANG MENDESAK ITU …

Isu Mendesak Di Sabah Boleh Ditangani Melalui Program Transformasi

KOTA KINABALU, 1 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata beliau yakin input daripada Makmal Pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) mampu menyelesaikan kebanyakan masalah yang berlarutan sejak sekian lama di negeri ini.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau perkembangan makmal itu di sini Isnin, beliau berkata apa yang penting ialah wujudnya keserasian antara kerajaan negeri dan persekutuan serta peranan yang mereka mainkan dalam menyelesaikan isu berkenaan.

"Sekurang-kurangnya, sekarang kami tahu dengan lebih jelas apakah masalah yang mendesak itu dan bagaimana untuk mengatasinya, melalui syor yang dikemukakan oleh makmal ini.

"Dengan input yang diperolehi daripada makmal ini, saya yakin kami dapat menyelesaikan kebanyakan masalah berkenaan," kata Musa apabila ditanya mengenai isu-isu seperti kemiskinan di negeri itu.

Musa berkata beliau berpuas hati dengan kemajuan makmal berkenaan, yang bermula di Kota Kinabalu pada 22 Feb dan disertai 100 orang.

"Peserta termasuk pegawai-pegawai kerajaan dari Sabah dan Sarawak begitu komited sekali, kerja siang malam untuk mencari input dan kaedah-kaedah yang terbaik untuk selesaikan apa juga masalah yang didapati," katanya.

Makmal itu dibahagikan kepada lima bidang iaitu pembangunan pendidikan, pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur, pembangunan sosial dan perkara berkaitan hak/undang-undang adat pribumi.

Ketua makmal bagi Sarawak, yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ose Murang, berkata sesetengah perkara perlu dirujuk kepada kerajaan negeri masing-masing sebelum dibawa kepada jawatankuasa teknikal.

"Contohnya isu berkaitan Mahkamah Pribumi... ia tidak boleh dibawa terus ke Putrajaya kerana ia adalah perkara berkaitan negeri yang perlu dibincangkan dengan pemimpin negeri," katanya.

Jawatankuasa teknikal berkenaan dipengerusikan Tan Sri Bernard Dompok. Jawatankuasa ini bekerjasama dengan Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan segala strategi dan rancangan ke arah meningkatkan kemajuan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, mencapai kejayaan.

PERMISSION TO DISREGARD “SUPPORT LETTERS” IS PROMINENT AMONG NEW GUIDELINES DESIGNED TO KEEP CIVIL SERVANTS ON THE STRAIGHT-AND-NARROW.

Corruption defined

KUALA LUMPUR: Permission to disregard “support letters” is prominent among new guidelines designed to keep civil servants on the straight-and-narrow.

The New Straits Times has learnt that these guidelines, ready and waiting for the nod from the chief secretary to the government, cover the do’s and don’ts of handling support letters issued by politicians for the attention of civil servants, as well as the disbursement of “pocket money” or tokens.

The guidelines address those in high positions in the civil service, ministers, deputy ministers, chief ministers, menteris besar and political secretaries.

“The government feels that a clearer definition of what constitutes corruption is needed, in view of reports of abuse of power among those in high-profile offices,” said a government source.

The source said there had been much confusion among civil servants on how to treat “support letters”.

“Under the new guidelines, civil servants will no longer need to heed support letters.” A code of ethics for politicians will also be spelt out.

“(Barisan Nasional) parliamentarians will also be required to declare their assets to the Malaysian Anti- Corruption Commission, aside from submitting their asset lists to the prime minister every time there are new transactions,” he said.

Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan, contacted yesterday, acknowledged that he had seen the guidelines but had yet to sign them into force. He declined to comment further.

Political corruption is listed under “grand corruption”, one of three categories identified in the Government Transformation Programme’s (GTP) National Key Result Areas (NKRA) on reducing corruption.

The other two are law-enforcement corruption and procurement corruption.

Selasa, Februari 09, 2010

"ANTARA ISU YANG DIBANGKITKAN IALAH MASALAH PENDATANG ASING YANG DIKEMUKAKAN KERAJAAN NEGERI SABAH SELAIN PERTIKAIAN TANAH NCR DI SARAWAK DENGAN MASING-MASING MEMERLUKAN JALAN PENYELESAIAN PANTAS,"

NKRA: Sarawak, Sabah perlu selesai dua masalah utama

KUCHING: Kerajaan sedia memperbaiki setiap aspek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Sabah dan Sarawak dicapai mengikut sasaran yang ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata terdapat beberapa perkara yang perlu dibaiki membabitkan isu tempatan yang akan memberi lebih banyak tekanan kepada rakyat di dua negeri berkenaan.

Katanya, isu seperti masalah pendatang asing di Sabah dan pertikaian ke atas hakmilik tanah hak adat (NCR) di Sarawak memerlukan jalan penyelesaian segera bagi memastikan setiap bidang di bawah NKRA dapat diterjemahkan kepada rakyat.

"Bagi tujuan menambahbaik dan memperbaiki NKRA, kita sedang mencari penyelesaian bagi mengatasi dua masalah utama yang berlaku di dua negeri berkenaan selain cuba mendapatkan kaedah terbaik menangani isu tempatan yang lain.

"Antara isu yang dibangkitkan ialah masalah pendatang asing yang dikemukakan kerajaan Negeri Sabah selain pertikaian tanah NCR di Sarawak dengan masing-masing memerlukan jalan penyelesaian pantas," katanya ketika sidang media selepas menghadiri sesi Makmal Pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak mengikut NKRA, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Osu Murang.

Pada sesi makmal berkenaan, antara isu yang dibangkitkan adalah berkaitan masalah pendidikan, pembangunan ekonomi, infrastruktur, pembangunan sosial serta isu berkaitan tanah NCR.

Idris berkata, isu pertikaian hakmilik tanah NCR perlu diselesaikan kerajaan kerana pemilik tanah mewarisi tanah berkenaan tanpa memiliki dokumen sah bagi dikemukakan sebagai bukti.

“Mereka (pemilik tanah) sendiri tidak tahu berapa keluasan sebenar tanah NCR yang dimiliki kerana tiada dokumen mengenainya selain terdapat juga kes tanah bertindan apabila kerajaan Negeri Sarawak turut menuntut hak milik tanah,” katanya.

Sabtu, Januari 30, 2010

TARIMA KASIH PANGARUSI MAJILIS... ANAK BUAH SIA JUGA...

Tarima kasih pangarusi majilis... anak buah sia juga...

Satinggi-tinggi panghargaan kapada YB Datuk dan rombongan, kapada badan jkkk serta semua panduduk-panduduk kampung sakalian... salamat datang ke majilis yang tidak saperti ini.

image Memang kita di kampung banyak kamajuan tapi belum lagilah maju butul masam di bandar.  Di bandar ada kapal tarabang kita di kampung bulum lagi ada yang tarabang-tarabang.  Namun kita bersyukur bahawa YB Datuk kita yang seperti ini telah bekerja keras memberi kemajuan demi kemajuan kepada kampung kita.

image Adalah manjadi harapan kepada kita supaya ni balairaya yang buruk, belubang-lubang di atas ni YB Datuk! dapat dikasi bagus sapat-sapat.  Kami juga maminta Dewan, agar kami dapatlah mangadakan majlis-majlis seperti perkahwinan dan juga pesta kaamatan.  Jalan kampung kami ini masih lagi garabel YB Datuk! tolonglah YB Datuk sabab lama sudah belum saya maninggal ini, harapan mau meningok ni jalan kana kasi bagus.

Selain daripada itu juga YB Datuk, diharap datuk dapatlah membantu panduduk-panduduk kampung ini diurang punya appilikisin (application).  Di mana... apa nama... ni permohonan-permohonan sejak YB Datuk mangimpin (berkempen) di sini... ada permohonan kami berupa sinsu (chain saw) jenis stil (steel) 038, enjin bot yamaha hospawoo (horse power) serta enjin padi bulum lagi kana lulus sama YB Datuk.

Jadi basarlah harapan kami kepada YB Datuk agar dapat melaksanakan permohonan kami ini dimana... apa nama... inilah sumber penghidupan kami ini YB Datuk!

Sebelum sia mangundur dan duduk di karusi mohon penduduk kampung agar manjaga kasalamatan budak-budak kita... jangan pigi mamukat sekarang ini... tunggulah tu air sungai turun baru pii mamukat boh!  bah konsikou!

KEPUTUSAN AKHIR AKAN DIBERIKAN RAKYAT YANG MERASAI IMPAK INISIATIF. INILAH KEPUTUSAN KAD LAPORAN SEBENAR PENCAPAI GTP DAN NKRA, BUKANNYA LAPORAN BERWARNA WARNI DISEDIAKAN PERUNDING,

Syor mesyuarat 'town hall' di setiap negeri

image KUALA LUMPUR: Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (Komuniti Malaysia) mencadangkan kerajaan mengadakan mesyuarat ‘town hall’ di setiap negeri bagi membolehkan Perdana Menteri mendengar sendiri hasrat rakyat berhubung GTP dan NKRA.

Sambil menyifatkan pembabitan rakyat dalam proses membuat keputusan sebagai langkah ke depan, Presidennya, Norizan Sharif, berkata rakyat akan lebih memahami bahawa kerajaan benar-benar ingin mendengar pendapat dan hasrat mereka dalam enam bidang NKRA.

“Kerajaan juga dicadangkan untuk memberi tumpuan kepada program bersifat ‘touch point’ atau menyentuh rakyat secara langsung walaupun mungkin kecil tetapi memberi kesan yang besar pada mereka bagi membolehkan kesan GTP dan NKRA dirasai.

“Keputusan akhir akan diberikan rakyat yang merasai impak inisiatif. Inilah keputusan kad laporan sebenar pencapai GTP dan NKRA, bukannya laporan berwarna warni disediakan perunding,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan pelancaran pelan induk GTP itu yang disifatkan kaedah terbaik dalam membabitkan rakyat dalam proses membuat keputusan dengan meminta pandangan rakyat melalui ‘road show’ dan laman web GTP.

Bagaimanapun, katanya, kejayaan GTP bukanlah pada angka atau gambar yang dipamerkan dalam ‘road show’ di negeri saja, tetap lebih penting kesannya kepada rakyat.

Beliau berkata, sekiranya pelaksanaan GTP dapat dilakukan dengan berkesan, rakyat akan faham bahawa kerajaan benar-benar mahu mendengar pendapat dan pandangan mereka.

Khamis, Januari 28, 2010

INTIPATI PELAN HALA TUJU PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) UNTUK MEMPERTINGKATKAN INFRASTRUKTUR ASAS LUAR BANDAR

Infrastruktur Asas Luar Bandar Dipertingkat

image

Berikut adalah intipati Pelan hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar:

  • *Mensasarkan jarak 210 km jalan raya baru yang diturap di Semenanjung, sementara 192 km di Sabah dan 145 km di Sarawak pada tahun ini.


  • *Menambah bilangan rumah yang baru dibina/dibaikpulih sebanyak 5,819 buah di Semenanjung, 4,988 di Sabah dan 5,819 di Sarawak.


  • *Meningkatkan rumah dengan akses kepada bekalan elektrik daripada 99 peratus kepada 99.6 peratus di Semenanjung, daripada 67 peratus kepada 72.6 peratus di Sarawak dan 77 peratus kepada 80.8 peratus di Sabah pada tahun ini.


  • *Meningkatkan rumah dengan akses bekalan air bersih atau dirawat daripada 89 peratus kepada 91.8 peratus bagi Semenanjung, dari 57 peratus kepada 62.1 peratus di Sarawak dan dari 57 peratus kepada 58.7 peratus di Sabah pada tahun ini.

INTIPATI PELAN HALA TUJU PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) UNTUK MEMPERTINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN ISIRUMAH BERPENDAPATAN RENDAH

Taraf Hidup Isirumah Berpendapatan Rendah Ditingkat Menjelang 2012

Berikut ialah intipati Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah:


  • * Membasmi bilangan 44,000 isi rumah yang miskin tegar sepenuhnya pada akhir 2010.


  • * Mengurangkan tahap insiden kemiskinan daripada 3.6 peratus kepada 2.8 peratus antara tahun 2010 dan 2012.


  • * Meningkatkan jumlah usahawan wanita baru yang terlatih daripada bilangan isirumah berpendapatan rendah sebanyak 2,000 orang yang akan dilaksanakan secara berperingkat antara tahun 2010 hingga 2012.

INTIPATI PELAN HALA TUJU PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) UNTUK MEMPERBAIKI PENCAPAIAN PENDIDIKAN

Pencapaian Pendidikan Dipertingkat Menjelang 2012

Berikut ialah intipati pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk memperbaiki pencapaian pendidikan:


  • * meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah daripada 67 peratus kepada 72 peratus tahun ini dengan membabitkan kanak-kanak seawal umur empat dan lima tahun.

  • * meningkatkan kadar literasi daripada 87 peratus kepada 90 peratus serta meningkatkan kadar numerasi daripada 76 peratus kepada 90 peratus bagi pelajar Tahun 1, tahun ini menerusi program Literasi dan Numerasi (LINUS).

  • * mensasarkan sebanyak 20 buah sekolah menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun ini.

  • * mensasarkan sebanyak dua peratus Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran layak untuk menerima ganjaran berdasarkan penilaian berasaskan prestasi dan mengkurangkan 10 peratus Pengetua dan Guru Besar yang tidak mencapai sasaran kelayakan berkenaan.

INTIPATI PELAN HALA TUJU PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) UNTUK MEMBANTERAS RASUAH

Sembilan Inisiatif Utama Untuk Banteras Rasuah

Berikut adalah intipati Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk membanteras rasuah:


  • *Meningkatkan Skor Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) dari 4.5 kepada 4.9 tahun ini


  • *Meningkatkan peratusan yang menjawab "berkesan" dalam Kajian Global Corruption Barometer TI terhadap tindakan kerajaan dalam membanteras rasuah dari 28 peratus sekarang kepada 37 peratus tahun ini.


  • *Meningkatkan jumlah kes didakwa berbanding jumlah tangkapan pengedaran dan pemilikan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya dari 75 peratus ke 80 peratus tahun ini

  • *Meningkaktan jumlah saman yang diselesaikan berbanding dengan saman yang dikeluarkan polis dari 50 peratus kepada 61 peratus dan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dari 60 peratus kepada 78 peratus


  • *Meningkatkan jumlah kes didakwa berbanding jumlah tangkapan dan tahanan di bawah Undang-undang Imigresen dari 53 peratus ke 60 peratus tahun ini


  • *Meningkatkan cukai yang diperoleh semula daripada barangan yang diisytihar di bawah harga sebenar daripada RM9 juta kepada RM21 juta tahun ini


  • *Jumlah penemuan audit terhadap salah urus perolehan setiap kementerian daripada 11.2 kepada 10.6 tahun ini.


  • *Meningkatkan peratusan perbicaraan diselesaikan dalam setahun daripada 8.5 peratus kepada 30 peratus


  • *Mesasarkan sebanyak 80 jumlah individu dalam pangkalan data pesalah daripada sifar pada tahun ini.

INTIPATI PELAN HALA TUJU PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) UNTUK MENGURANGKAN JENAYAH

Kerajaan Rancang Pelbagai Program Untuk Kurangkan Jenayah

Berikut ialah antara intipati Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mengurangkan jenayah :

  • *Mengurangkan jenayah indeks keseluruhan jenayah jalanan sebanyak lima peratus bagi tahun 2010 hingga 2012.


  • *Mengurangkan kes kecurian ragut dan samun yang dilaporkan sebanyak 20 peratus untuk tempoh tahun yang sama (2010-2012) berbanding tahun lepas.


  • *Mempertingkatkan prestasi di seluruh sistem keadilan jenayah dengan menambahkan bilangan pesalah jenayah kekerasan yang dibawa ke muka pengadilan sebanyak 2,000 (2010-2012) berbanding tahun lepas.


  • *Mempertingkatkan persepsi awam tentang keselamatan.


  • *Menambahkan kepuasan awam terhadap polis atas unsur-unsur khidmat pelanggan.


  • *Penyingkiran bengkel-bengkel haram untuk tangani kes kecurian.