Kerajaan Rancang Pelbagai Program Untuk Kurangkan Jenayah
Berikut ialah antara intipati Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mengurangkan jenayah :
- *Mengurangkan jenayah indeks keseluruhan jenayah jalanan sebanyak lima peratus bagi tahun 2010 hingga 2012.
- *Mengurangkan kes kecurian ragut dan samun yang dilaporkan sebanyak 20 peratus untuk tempoh tahun yang sama (2010-2012) berbanding tahun lepas.
- *Mempertingkatkan prestasi di seluruh sistem keadilan jenayah dengan menambahkan bilangan pesalah jenayah kekerasan yang dibawa ke muka pengadilan sebanyak 2,000 (2010-2012) berbanding tahun lepas.
- *Mempertingkatkan persepsi awam tentang keselamatan.
- *Menambahkan kepuasan awam terhadap polis atas unsur-unsur khidmat pelanggan.
- *Penyingkiran bengkel-bengkel haram untuk tangani kes kecurian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan