Khamis, Januari 28, 2010

INTIPATI PELAN HALA TUJU PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) UNTUK MEMPERTINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN ISIRUMAH BERPENDAPATAN RENDAH

Taraf Hidup Isirumah Berpendapatan Rendah Ditingkat Menjelang 2012

Berikut ialah intipati Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah:


  • * Membasmi bilangan 44,000 isi rumah yang miskin tegar sepenuhnya pada akhir 2010.


  • * Mengurangkan tahap insiden kemiskinan daripada 3.6 peratus kepada 2.8 peratus antara tahun 2010 dan 2012.


  • * Meningkatkan jumlah usahawan wanita baru yang terlatih daripada bilangan isirumah berpendapatan rendah sebanyak 2,000 orang yang akan dilaksanakan secara berperingkat antara tahun 2010 hingga 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan