Sabtu, Oktober 24, 2009

NAJIB MEMBALAS KELANTANGAN SUARA MP BN

KUALA LUMPUR 23 Okt.- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selama dua jam dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau celahan daripada barisan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sesungguhnya bajet ini merupakan bajet sulung saya sejak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

"Bersempena itu, suka saya memulakan bajet pertama ini dengan membacakan firman Allah SWT dalam surah Al-Zukhruf, ayat ke-32 yang bermaksud: Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhan mu wahai Muhammad?"

"Berdasarkan semua yang dinyatakan tadi, moga beraraklah awan mendung dan sinar mula menampakkan wajahnya."

"Kepada pihak swasta dan syarikat milik kerajaan. Dalam kejayaan meraih keuntungan, hendaklah jangan dilupa kepada tanggungjawab sosial. Kembalilah berbudi kepada masyarakat."

Najib juga mendapat tepukan meja paling gemuruh daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak apabila mengumumkan kerajaan akan membina jalan luar bandar dan jalan kampung dengan peruntukan RM857 juta di Kapit, Lawas dan Simunjam di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Ketawa kecil di kalangan wakil rakyat juga kedengaran ketika beliau menyebut nama Kinabatangan kerana Ahli Parlimen di situ, Datuk Bung Moktar Radin adalah antara wakil rakyat paling lantang bersuara di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan tidak banyak membantu kawasannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan