Memaparkan catatan dengan label serawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label serawak. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 25, 2009

HADI SINGGUNG MASYARAKAT IBAN

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya semasa kempen parti itu pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan, 11 Julai lalu telah menyinggung perasaan masyarakat kaum Iban di negeri ini.

image ''Beliau mungkin berpandangan jauh dan cuba membuat kesimpulan berdasarkan imaginasinya tanpa berdasarkan fakta yang benar.

''Kenyataan beliau itu telah menyinggung komuniti Iban terutamanya di Lubok Antu dan setiap orang yang berfikiran waras seharusnya memohon maaf atas kenyataan mereka itu,"

image ''Walaupun beliau berhak untuk membuat komen, tetapi kenyataannya itu tidak benar kerana hanya orang yang yang berfikiran waras sahaja yang mengundi untuk BN,"

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang

-----------

image image "Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas,"

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Selasa, Julai 14, 2009

PERLONGGARAN DASAR KABOTAJ MENGAKIBATKAN PENURUNAN KOS FRET KE PARAS AS$250 SATU KONTENA BERBANDING AS$800 UNTUK DESTINASI PELABUHAN KOTA KINABALU

Kerajaan bersetuju meliberalisasikan dasar itu setelah mengambil kira pandangan semua pihak termasuk anggota persatuan perkapalan.

image "Kerajaan sentiasa mendengar pandangan positif dari pelbagai pihak berkaitan dasar kabotaj demi kebaikan semua,"

Dasar kabotaj yang dilonggarkan yang berkuatkuasa 3 Jun lepas, antara lain, membenarkan lebih banyak syarikat perkapalan asing menjalankan operasi pengangkutan di beberapa pelabuhan terpilih seperti pelabuhan Sepanggar, pelabuhan Kuching, pelabuhan Klang, pelabuhan Tanjung Pelepas.

image Kebenaran menggunakan kapal asing ini telah menyebabkan penurunan kos fret ke paras AS$250 satu kontena berbanding AS$800 untuk destinasi pelabuhan Kota Kinabalu sebelum ini dan AS$175 untuk destinasi Kuching.

Ramai pihak menyalahkan kenaikan harga barangan di Sabah dan Sarawak berpunca daripada dasar kabotaj yang dicipta bagi menolong membangunkan sektor perkapalan tempatan berbanding di Semenanjung.

"Sebenarnya elemen kenaikan kos juga berpunca dari pelbagai faktor seperti masalah kecekapan dan produktiviti rendah pelabuhan tempatan yang beroperasi jauh kurang dari 24 jam berbanding di pelabuhan Klang,"

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri

P.S. Ini baru longgar kalau hapus terus bagaimana ?

Khamis, Jun 25, 2009

PEROLEHAN PETRONAS MENINGKAT 18.4 PERATUS KEPADA RM264.2 BILION

image KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sekali lagi merekodkan prestasi yang memuaskan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2009, dengan mencatat peningkatan 18.4 peratus dalam perolehan kepada paras tertinggi sebanyak RM264.2 bilion.

Keuntungan sebelum cukai kumpulan itu bagaimanapun susut 6.7 peratus kepada RM89.1 bilion, manakala keuntungan bersih turun 13.9 peratus kepada RM52.5 bilion.

image Pada sidang media bagi mengumumkan keputusan kewangan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican berkata perolehan kumpulan yang kukuh itu dirangsang oleh jumlah jualan dan harga LNG yang tinggi

Keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah itu, katanya disebabkan kos pengeluaran dan operasi yang tinggi.

Bagaimanapun katanya penurunan itu adalah selari dengan prestasi yang direkodkan oleh syarikat minyak dan gas utama lain, yang mencatatkan antara 6.4 dan 25.7 peratus.

Walaupun keuntungan yang lebih rendah, kumpulan itu mengumumkan dividen yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM30 bilion, 25 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya

image Jumlah aset meningkat sebanyak 14.4 peratus kepada RM388.1 bilion berbanding RM339.3 bilion sebelumnya manakala dana pemegang sama meningkat 15.1 peratus kepada RM232.1 bilion.

Meskipun keuntungan yang lebih rendah, Hassan berkata Petronas terus membuat pembayaran yang tinggi kepada kerajaan persekutuan dan negeri.

image Dalam tahun kewangan itu, kumpulan berkenaan membayar RM74.0 bilion kepada kerajaan, menjadikan jumlah pembayaran sebanyak RM471.3 bilion sejak ia diperbadankan pada 1974.

Daripada RM74.0 bilion pembayaran tahun ini, RM67.8 bilion dibuat kepada kerajaan persekutuan, membabitkan RM30.0 bilion dividen, RM20.3 bilion cukai pendapatan petroleum, RM9.1 bilion cukai pendapatan korporat, RM2.2 bilion duti eksport dan RM6.2 bilion pembayaran royalti.

imageimageimageSebanyak RM6.2 bilion lagi dibayar sebagai pembayaran royalti kepada kerajaan-kerajaan negeri, dengan RM3.0 bilion untuk Terengganu, RM2.3 bilion untuk Sarawak dan RM0.9 bilion untuk Sabah.

Jumlah pembayaran sebanyak RM74.0 bilion kepada kerajaan itu merupakan 71.4 peratus daripada keuntungan sebelum cukai, royalti dan duti eksport Petronas, dengan kumpulan mengekalkan 21.1 peratus daripada keuntungan tahun itu untuk pelaburan semula dan bakinya 7.5 peratus untuk cukai asing dan kepentingan minoriti.

Dalam tahun kewangan itu, Petronas menambah perbelanjaan modal kepada RM44.0 bilion berbanding RM37.6 bilion sebelumnya.

image Pada 1 Jan, 2009, jumlah rizab hidrokarbon Malaysia meningkat kepada 20.18 bilion bersamaan tong minyak (boe) daripada 20.13 bilion boe tahun lepas hasil daripada usaha eksplorasi semasa dan aktiviti lapangan.

Rizab antarabangsa meningkat sebanyak 9.6 peratus kepada 6.84 bilion boe, susulan penemuan gas yang signifikan di Turkmenistan dan Mozambique.