Kerajaan bersetuju meliberalisasikan dasar itu setelah mengambil kira pandangan semua pihak termasuk anggota persatuan perkapalan.
"Kerajaan sentiasa mendengar pandangan positif dari pelbagai pihak berkaitan dasar kabotaj demi kebaikan semua,"
Dasar kabotaj yang dilonggarkan yang berkuatkuasa 3 Jun lepas, antara lain, membenarkan lebih banyak syarikat perkapalan asing menjalankan operasi pengangkutan di beberapa pelabuhan terpilih seperti pelabuhan Sepanggar, pelabuhan Kuching, pelabuhan Klang, pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kebenaran menggunakan kapal asing ini telah menyebabkan penurunan kos fret ke paras AS$250 satu kontena berbanding AS$800 untuk destinasi pelabuhan Kota Kinabalu sebelum ini dan AS$175 untuk destinasi Kuching.
Ramai pihak menyalahkan kenaikan harga barangan di Sabah dan Sarawak berpunca daripada dasar kabotaj yang dicipta bagi menolong membangunkan sektor perkapalan tempatan berbanding di Semenanjung.
"Sebenarnya elemen kenaikan kos juga berpunca dari pelbagai faktor seperti masalah kecekapan dan produktiviti rendah pelabuhan tempatan yang beroperasi jauh kurang dari 24 jam berbanding di pelabuhan Klang,"
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri
P.S. Ini baru longgar kalau hapus terus bagaimana ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan