Aquino Gesa Proses Rundingan Berhubung Tuntutan Ke Atas Sabah
MANILA 18/03/2013: Presiden Filipina, Benigno Aquino pada Ahad berkata proses rundingan adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah dan beliau turut mengkritik tindakan kumpulan bersenjata menyerang Malaysia.
Aquino turut mengecam konspirasi terancang pihak tidak bertanggjungjawab yang menghantar pengikut-pengikut kesultanan Sulu ke Sabah kerana ia telah mengancam keselamatan 800,000 rakyat Filipina yang tinggal dan bekerja di negeri itu.
Bercakap di Akademi Elit Ketenteraan di Filipina pada Ahad, beliau turut mengutuk tindakan pengikut Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III yang membunuh dengan kejam sembilan anggota pasukan keselamatan di Malaysia.