Isnin, Ogos 03, 2009

WASPADA TRANSAKSI NIAGA DI INTERNET

image KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2009: Pengguna disarankan lebih berwaspada ketika melakukan transaksi perniagaan termasuk perbankan online kerana banyak kes yang dilaporkan masih tidak dapat diselesaikan berikutan penjenayah siber sukar dikesan.

Penjenayah ini licik memanipulasi dan semakin bebas mewujudkan pelbagai penipuan melalui urus niaga di Internet untuk memerangkap pengguna.

image Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata setiap tahun pihaknya akan menerima aduan mengenai penipuan menerusi Internet dan tahun ini saja 200 aduan dilaporkan.

image “Sedangkan urus niaga secara bersemuka juga masih terdapat pihak yang menipu dan mengambil kesempatan, apatah lagi transaksi melalui alam maya (siber).

“Usah mudah terpengaruh untuk berurus niaga di Internet yang tidak diketahui kebenarannya, lebih-lebih lagi jika terpedaya dengan e-mel penipuan kerana sukar mendakwa mereka khususnya jika penipu ini beroperasi di luar negara,” katanya.

image Menurutnya, jika terdapat aduan mengenai jenayah siber, pihaknya akan mengemukakan aduan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis untuk mengesan mereka yang terbabit.

image “Pihak yang melakukan penipuan ini juga semakin berani dan canggih kerana rata-rata mereka sukar untuk dikesan kerana bijak menukar identiti diri.

image “Bagi saya lebih baik pengguna mengelak daripada berurusan dengan pihak yang tidak dikenali terutama di alam siber kerana kita tidak dapat pastikan sama ada pengendali itu jujur atau sebaliknya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan