Isnin, Januari 16, 2012

PENGARAH WANITA BERGELAR DATUK DR. DISIASAT SPRM DISYAKI MEMALSUKAN DOKUMEN UNTUK NAIK PANGKAT

Tipu sampai jadi pengarah

image KUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita bergelar Datuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan jenayah pemalsuan dokumen bagi membolehkannya beberapa kali naik pangkat dalam tempoh singkat.

Bekas pengarah sebuah agensi kerajaan itu dikatakan memalsukan dokumen kenaikan pangkat bermula dari Gred 48 (memangku) hingga ke Gred 52 dan ke Gred 54 dalam tempoh cuma tiga tahun iaitu dari 2009 hingga 2011.

Temberang Datuk berusia 39 tahun itu pecah apabila siasatan melalui profil perkhidmatannya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati surat terakhir yang dikeluarkan bagi perjawatannya hanya setakat pegawai Gred 48 (memangku) saja.

Menurut sumber, Datuk itu yang bertugas di sebuah negeri dikatakan memberi salinan dokumen berbentuk pengesahan lantikan pegawai Gred 48 hingga ke Gred 52, yang kononnya dikeluarkan JPA kepada kerani pejabatnya bagi proses pembayaran emolumen mengikut kelayakan.

“Pada 2009, Datuk berkenaan mendakwa menerima surat daripada ibu pejabatnya di Putrajaya yang memaklumkan dia dinaikkan pangkat dan disahkan jawatan ke Gred 48 serta mengarahkan pegawai di bahagian pentadbiran membuat perubahan gaji.

“Sekali lagi pada tahun sama, dia mendakwa menerima surat daripada ibu pejabat yang memaklumkan dia diarahkan memangku jawatan Gred 52 Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuatkuasa Januari 2010,” katanya.

--------------

Loopholes allow for fraudulent promotions

“Perhaps PSD and the Public Service Commission should look into this matter and plug the loopholes which have allowed this.

“The last thing the public service needs is unqualified personnel assuming top and critical posts by deception,”

“An audit of promotions must be done to weed them out.”

15 ulasan:

  1. That's cheating, her superiors should check her background before allowing her to be promoted.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Well its the subordinates fault as well. They should have referred the matter to headquarters for validation prior to salary adjustments.

      Padam
  2. PSD and PSC should pay more attention to cut down loopholes that could lead to fraudulent promotions.

    BalasPadam
  3. inilah yang berlaku bila gila jawatan dan tamakkan wang. sanggup untuk menipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hopefully this person will receive a punishment that fits the crime.

      Padam
  4. orang yang seperti ini tidak layak untuk berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan. lepas ni kenakan hukuman yang sewajarnya terhadap individu tersebut.

    BalasPadam
  5. menipu bagaimana sekalipun, pasti akan terbongkar juga akhirnya.

    BalasPadam
  6. patut lucutkan sahaja jawatan dia. tak perlu ada kompromi.

    BalasPadam
  7. memalsukan dokumen adalah salah di sisi undang2. patut diberhenti dan ditangkap polis.

    BalasPadam
  8. Bagus..Memang perlu disiasat perkara ini. Kerana ada kemungkinan perkara ini berlaku.

    BalasPadam
  9. Greedy can drive someone 'nuts'! One will do anything just to fulfill his/her greedy ambition.

    BalasPadam
  10. takkan kerani di pejabat beliau tidak merujuk kepada pihak JPA sebelum membuat perubahan gaji dan pangkat?? kewujudan kes seperti ini menunjukkan, terdapat kelemahan2 dalam jabatan2 kerajaan yang perlu penambahbaikkan..

    BalasPadam
  11. penjawat awam seperti ini wajar diberhentikan serta merta..

    BalasPadam
  12. Sudah melakukan kesalahan, pasti akan berhadapan dengan hukuman.

    BalasPadam
  13. Tapi sekian lama perkara ini berlaku, baru disedari sekarang. Seharusnya pemalsuan itu dapat dikesan pada ketika dokumen itu diserahkan. Jangan2 ada individu lain yang terlibat sama dalam pemalsuan ini.

    BalasPadam