Isnin, Januari 16, 2012

JANGAN KAHWIN PATI - KURUP

Jangan kahwin dengan PATI

image PENSIANGAN 15 Jan. - Rakyat tempatan diingatkan supaya tidak berkahwin dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak timbul masalah di kemudian hari.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, antara masalah akibat berkahwin dengan PATI adalah anak-anak mereka sukar mendapatkan dokumen pengenalan diri kerana ibu atau bapa mereka merupakan PATI.

"Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak mereka tercicir dalam program bantuan kerajaan akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri,"

katanya yang juga Ahli Parlimen Pensiangan di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan taklimat peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi JKKK kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook di Dewan Masyarakat Sook.

Pada majlis itu, Kurup menyampaikan watikah pelantikan kepada 25 Pengerusi JKKK yang baharu dilantik.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sook, Datuk Ellron Alfred Angin.

Menurut Kurup, Pengerusi JKKK di setiap kampung perlu memberi penjelasan kepada penduduk di bawah jagaan masing-masing agar tidak sewenang-wenangnya berkahwin dengan PATI.

Sementara itu, beliau menggesa Pengerusi JKKK memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat, selain menjaga keselamatan dan kebersihan kampung.

"Pengerusi JKKK perlu berdisiplin dan menjadi contoh kepada penduduk di bawah jagaan masing-masing," ujarnya.

15 ulasan:

  1. That's right, it is difficult for the children to get citizenship in the future which will affect their chances of getting schooling and other governmental aids.

    BalasPadam
  2. Without proper documentations from the PATI side, the marriage cannot be legal in Malaysia, right?

    BalasPadam
  3. atas dasar 'kasihan' kadang2 penduduk tempatan tidak sanggup untuk melaporkan PATI yang ada di kawasan mereka.

    BalasPadam
  4. kalau tidak mau susah di belakang hari, elakkan berkahwin dengan PATI.

    BalasPadam
  5. I believe the more direct way of expressing what kurup states here is: DO NOT BE DUPED INTO MARRYING WITH A PATI.

    BalasPadam
  6. Some PATI may resort into this tactics so that they can gain citizenship. Tricking a local marrying them. Once they have obtained the proper documentation pertaining citizenship, they would leave the partner who is a local. Rare instances, yet it still happened and has been kept in the closet by those who have unfortunately feel prey into this deceiving tactic.

    BalasPadam
  7. jgnlah kita berkahwin dgn PATI, banyak masalah akan timbul, satu perkara yang akan timbul ada, pasti saudara mara PATI itu akan turut mengambil kesempatan dgn anda. jadi elakkanlah berkahwin dgn mereka.

    BalasPadam
  8. ini demi masa depan anda dan anak2 anda, jadi kahwinlah dgn warga tempatan.

    BalasPadam
  9. Hati2. jangan sampai kahwin dengan PATI.

    BalasPadam
  10. Penduduk perlu memberikan kerjasama untuk perkara ini. Kerana jangan nanti salahkan Kerajaan jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.

    BalasPadam
  11. And don't give excuses such as "sudah jodoh, apa macam?"..."kalau sudah jodoh, takkan ke mana"..think twice! Pity your future children.

    BalasPadam
  12. ala kesial la orang tempatan kalau asyik PATI saja yang dia cari.. orang tempatan pun ok apa..

    BalasPadam
  13. yang berkeras mahu juga kawin dengan PATI, akur saja la sekiranya keluarga mereka menghadapi kesukaran dimasa akan datang.. amaran dan nasihat sudahpun diberikan..

    BalasPadam
  14. Setuju, PATI hanya mendatangkan masalah kepada kita.

    BalasPadam
  15. Kalau sesiapa yang berkhawin dengan PATI seharusnya kewarganegaraan mereka harus ditukar kepada PATI dan bukannya menjadi warganegra.

    BalasPadam