Lebih 300,000 Pekerja Asing Tanpa Izin Didapati Bekerja Dalam Sektor Yang Dilarang
PETALING JAYA September 20, 2011: Lebih 300,000 pekerja asing tanpa izin (Pati) telah didapati bekerja dalam sektor-sektor yang dilarang oleh Kerajaan di bawah Polisi Pengambilan Pekerja Asing.
Di bawah polisi itu, warga asing hanya dibenarkan bekerja dalam lima sektor iaitu perusahaan/pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata 327,991 pekerja asing tanpa izin tidak berkhidmat di dalam sektor-sektor terbabit.
“Sebilangan besar daripada mereka (pekerja asing) bekerja dalam sektor yang dilarang
seperti perlombongan, bengkel kereta, restoran makanan segera, menjadi nelayan atau pengedar suratkhabar,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.
Hishammuddin berkata, jawatankuasa Kabinet akan menentukan status pekerja asing tanpa izin ini dalam mesyuaratnya pada 3 Oktober depan.
Katanya, kementerian juga akan mempertimbangkan permintaan daripada pihak majikan yang memohon agar pekerja asing tanpa izin yang berkhidmat dalam sektor terlarang itu untuk melalui proses perundangan di bawah program 6P.
“Mereka yang merayu kepada Kerajaan bagi tujuan ini perlu diberikan tempoh lanjut untuk memikirkan semula strategi perniagaan daripada aspek sumber manusia,” katanya.
Menurut beliau, Jabatan Imigresen menerusi program 6P juga telah mengenalpasti bahawa sebilangan daripada pekerja asing tanpa izin ini bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan.
“Walaupun masalah ini telah dikenalpasti sejak sekian lama, ia sukar ditangani kerana faktor penyalahgunaan permit kerja dan pemalsuan dokumen,” katanya.
-----
Ada PATI jadi majikan – Hishammuddin
“Hasil risikan dan pemantauan Jabatan Imigresen melalui Program 6P mendapati, terdapat PATI yang bekerja sendiri, malah sesetengahnya telah menjadi majikan.
“Agensi penguat kuasa sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka apabila mereka berselindung di sebalik permit kerja sama ada yang sah atau dipalsukan,”
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Jadi apa tindakan pihak berkuasa mengenai majikan yang mengambil pekerja asing dalam sektor2 yang dilarang..
BalasPadamPATI jadi bos, boleh tahan. Jadi rakyat tempatan terutamanya Sabahan perlu berusaha untuk memajukan diri.
BalasPadamsetiap PATI yang bekerja di negara kita perlu direkodkan.
BalasPadammesti ada orang belakang yang berada di sebalik pemalsuan dokumen dan permit ni.
BalasPadamdiharap program 6P yang dijalankan dapat menyelesaikan masalah pekerja warga asing di negara ini.
BalasPadamSusahlah kalau begitu, ada di kalangan PATI sudah menjadi majikan, sudah pasti mereka akan terus mengambil orang mereka sendiri untuk bekerja.
BalasPadamHarap majikan tempatan janganlah mengambil PATI untuk bekerja, terutamanya sekali dalam sektor dilarang.
BalasPadammajikan atau warga asing yang tidak mengikut peraturan harus dikenakan tindakan undang-undang.
BalasPadamInilah yang menyukarkan masalah kehadiran PATI ini sukar untuk dibendung. Kerana pihak dalam tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.
BalasPadamPihak berkuasa perlu mencari cara untuk memastikan pemalsuan dokumen dan permit dapat ditangani. Mesti ada pihak yang berkerjasama dengan mereka ini untuk mendapatkannya.
BalasPadamjangan sesekali membuat kenyataan bahawa masalah ini sukar ditangani.. harapan rakyat untuk program 6P ini ialah agar masalah pekerja asing dan PATI di negara ini dapat diselesaikan.. masalah ini timbul juga bukan disebabkan oleh rakyat, tetapi oleh kerajaan yang memerintah..
BalasPadam